Memaparkan catatan dengan label Kuah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuah. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Mac 2019

YONG TAU FOO (HOMEMADE SAUCE)


 
Yong Tau Foo

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halmanku.. sihat semua? Lama rasanya tuan tanah tak bersiaran.. sibuk? hihihi tak juga tp tiada kesempatan untuk kemas Dapoku ni, nak kata x berasap? tidak juga? tapi tu lah.. 'M' sesangat hahahaha, sampai penat  megemas habuk2 n sawang2 Dapo ni.. mmm alahai, oklah berbalik kepada n3 kalini nak berkongsi antara menu yang digemari (Yong Tau foo) sedap kan, kalau kita ke pasar malam ini antra menu yang dibeli bawa pulang… tapi kalau dapat yang sedap sos nya.. kalau tidak kecewa juga.. 
Jom Layan Yong Tau Foo ku.. nyum.. nyum..

Set Yong Tau Foo

Yong Tau Foo Sup 

kalini nak share, dah berkali juga membuat Sos Yong Tau Foo ni, test n error.. Alhamdulillah kenalah selera kita..

ramai juga sahabat2 yang telah ku kongsikan, atas permintaan ku kongsikan resepi Sos Yong Tau Foo di sini.

Bahan2 Yong Tau Foo
antara yang digemari, Kulit Tauhu, Wantan, Kue Tiaw, Bebola Sayuran n Sayur Kangkung
Bahan2 ni beli Kat Mydin, Satu pek RM2.99.. untuk semua ni dapat ku ulang masak 2 kali.. banyak bila dah celur n campur2 semua bahan..

Rebus/celur bahan2

Bahan selesai direbus/celur dan di potong2

Sos dan Kacang Tumbuk

Papa dan Mama versi  Sos

Azfar versi Sup

Yong Tau Foo

Resepi Sos Yong Tau Foo - Simple

Bahan2 Sos

10 Tangkai cili kering -  kisar (ikut kepedasan)
1 inci belacan - bakar/ goreng dengan sedikit miyak
1 Ulas bawang Putih
11/2 cawan air
3 sudu gula perang
sedikit garam
kicap secukupnya (untuk warna)
tepung jagung (untuk memekatkan kuah)

Bahan Aksesori - Tabur
Bijan @ Kacang Tanah Tumbuk

Cara-Cara

1. Kisar Cili kering+bawang putih n belacan
2. campur semua bahan2 dan masak kecuali bahan aksesori ke dalam periuk dan rebus hingga kuah agak pekat n cili masak.
3.Masak lama untuk mengurangkan rasa pedas dan cili masak. jika kering, tambah air dan masak lagi hingga pekat.
4. Tambah tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air... untuk pekatkan kuah.
5. tuangkan kicap agak-agak untuk kaler
6. Perasakan garam n gula secukup rasa.
7. Siap.. Tutup api n boleh di gunakan
8. Taburkan bijan sangai/kacang tumbuk atas bahan-bahan pilihan untuk Yong Tau Foo.
SELAMAT MENCUBA







Isnin, 4 Jun 2018

MENU BERBUKA RAMADHAN 19 - 2018

Menu Berbuka Ramadhan 19
Lempeng vs Sambal Hijau, Daging Kicap dan buah Nanas

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku, n3 kalini nak tepek menu berbuka kami, SK request nak makan lempeng, yahhooo.. senang keje ye tak? balik lebur2 sambil menebar lempeng lebur sambal hijo, Azfar pulak tetiba minta dgg masak kicap.. mujur ada stok, tp x banyak lag daging tu.. tp bila masak sikit ni cepat lah masak n siapnya ye tak.. jom layan menu berbuka kami..

Lempeng

Lempeng vs Daging Masak Kicap menu Azfar

Lempeng vs Sambal Hijau menu mama n papa

Nanas Madu.. nyum2 feberet.. sedap manis..

Rabu, 27 September 2017

ROJAK SAYUR (PETIS)

Rojak Sayur (Petis)

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku, tqvm atas kesudian dan kunjugan ke Dapo yang comey n menghasilkan menu2 yang ringkas dan simple.. hihihi apa yang tuan tanah tahu masak je.. yang tak tahu? hihihi memang x de lah ye hahahahaha.. seadanya je menu tuan tanah ni.. 
ok lah berbalik kepada n3 kalini, antara menu feberet tuan tanah.. kadang wat rojak tauhu tempe vs sambal kicap, kadang rojak sayur/pecal vs kuah kacang kadang rojak sayur vs kuah petis.. hihihi macam2 versi mengikut selera dan stok bahan yang ada kat lam peti ajaibku itew.. hihhi, asalnya nak wt rojak petis.. tp bahan yang ada x ckp, stok nanas, sengkuang n kangkung x dok.. so apa yang ada kita taram je lah yer, Rojak sayur vs kuah petis.. jom layan

Tauhu Goreng potong Dadu + sayur timun mayang + sayur taugeh celur
vs
kuah rojak petis 

Siap set Rojak

Rojak Sayur vs kuah petis

tu dia.. siap buh kuah petis n sedia di makan.. jom.. sedap ni..

meh tepek resepi mudah

Pes Rojak Petis utk 1 Hidangan

Bahan2
2 sudu cili kisar (cili kering, rebus kisar)
1 sudu petis
1/2 inci belacan
2 sudu gula perang
1 sudu gula putih
3 sudu kicap
1/2 sudu pes asam jawa

Bahan2 rampai sayuran pilihan

2 keping tauhu - goreng potong dadu
1/2 mangkuk sayur taugeh - celur
1/2 mangkuk timun - mayang
1/2 mangkuk buah nanas - mayang (x de stok)
1/2 mangkuk sengkuang - mayang (x de stok)
1/2 mangkuk sayur kangkung - celur (x de stok)

Kacang tumbuk - secukupnya

cara2
1. Gaul semua bahan2 pes petis sehingga sebati.
2. Tambah sayuran pilihan dan gaul sebati
3. Taburkan kacang tumbuk

# Siap, cuma setiap kali wat pes rojak ni, wat sekali banyak n simpan lam peti, bila nak guna senang hihihi ye tak?

Khamis, 9 Mac 2017

PECHAL SAYUR

Pechal Sayur

Assalamualaikum... hiii u alls, kabare? hihihi N3 kalini nak share menu jawa, ni antara Menu kegemaranku..mudah pun mudah nak sediakan.. selalunya kalau ada stok kacang tanah.. mmg akan datang la penyakit kerajinanku yang sedikit ni nak lebur2 wat pechal.. bahan2 pun cam biasalah ye, apa yang ada kat peti ajaibku itew.. special x special la, tapi kalau dah wat pecal ni.. x mo dah mkn nasi, kenyang mkn pechal sayur ni je yang ku makan.. hahahaha.. buruk kan? jom layan..

bahan2 tuk rampai pechal
timun + Tahu Goreng + Kacang Panjang + Taugeh + Kentang goreng
hihihi.. jawa x berapa lah nak jawanya, ikut apa2 yang ada kat umah neh.. kira halallah yer..

Pechal Sayur
 tuk resepi kuah.. meh jengok SINI... 
sorry tah tuan tanah malas nak taip hihihi

Sabtu, 27 Jun 2015

BERBUKA RAMADHAN 8 2015


Rojak Manis
Menu Berbuka Ramadhan 8

Assalamualaikum semua... kepada semua pengunjung2 Halamanku.. hai kak Ani Jalil.. tqvm sudi jenguk2 kat Dapo Halamnku yang serba ringkas n kekurangan neh.. alah kak tuk suker2 hihihi menu kat sini menu biasa, ringkas sedap n mudah disediakan.. kalau nak menu yang special n hebat.. boleh lah ke Dapo sahabat2 alammayaku itew.. selain menghasilkan menu tang sedap2 mereka tidak lokek untuk berkongsi resepi.. ye lah kan.. tak rugi berkongsi ilmu.. selain dapat memeriahkan arena berbloging ni.. panjang pahala dengan ilmu yang bermanfaat ni... 
ok lah berbalik kepada n3 kalini nak n3 menu berbuka kami... macam biasa... pastinya menu yang mudah2 n sedap hihihihi.. apa taknya.. balik kerja dah lewat... so kita lebur2 jer... Aku ni selalu memang ade jer stok kacang tanah yang telah di sangan n kisar.. so menu berbuka petang ni Rojak manis... mengikut apa2 yang ader yer... jom layan ... 

kentang telah di goreng otw goreng cucur tepung
Balik2 sampai umah dah lewat terus kupas kentang.. sambil2 goreng kentang tu aku adun tepung n buh yis bagi naik.. sesiap goreng kentang ku leburkan cucur tepung...

Kuah Kacang otw
sambil tu kulebur sekejap kuah kacang tuk rojak manis..

Kuah Kacang
sambil2 menggodak kuah kacang aku potong2 bahan 
yang ader kat peti ajaibku utk rampai rojak manis

Antara bahan rojak manis
cucur tepung, tahu, daun salad, kentang goreng, timun
semua ku potong ikut kesesuaian..

setelah dicurahkan kuah 
jom berbuka...

Jumaat, 5 Oktober 2012

PECHAL JAWA II


 Pechal Jawa

Assalamualaikum semua...ni nak tepek n3 menu yang menjadi kegemaranku tapi nak watnyer bercinta hu hu hu tang kuah yang malas tu.. ooppssss... tak baik malas2 he he he.. kalau tang nak sangan n kisar kacangtanah tu memang buat aku melupakan sekejap menu kegemaranku itew... tapi kalau dah teringan sangat memang kena gak membuatnyer... bukan tak ader kuah yang dijual readymade tu.. tapi aku memang suker kuah pechal versi jawa... aper yang beza? tang kuah tu aku akan buh cekur tu penambah peras yang aroma yang mengancam and menjadi kelainan pada pechal Jawa  tak gitu? wahai sahabat2 sengkatan jawa nganku he he he... jom layan pechal Jawaku itew he he he he he

 selalu kalau wat Pechal ni ikut aper yang ader kat peti ajaibku..
kalau nak sedap memang suker ader sayur kangkung...

 ni kira per yang ader..
Kacang Panjang & Taugeh (dicelur),timun, Tauhu (digoreng)
Bersama kuah Kacang Cekur

Tuang n gaulkan sayuran pilihan bersama kuah kacang 
siap n sedia dihidang..sebelum ni pernah n3 blh tgk SINI atau tepek lg untuk rujukan..


Kuah Kacang (Pechal)

Bahan-bahan
  • 11/2 cawan kacang tanah goreng tanpa minyak @ sangan -buang kulit & Kisar
  • *7 tangkai cili kering -  ikut kepedasan
  • *5 biji bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 inci belacan
  • 2-3 biji cekur (size kecil)
  • 1 sudu besar air asam jawa - bancuh ngan 1 cawan air panas
  • 5 sudu makan gula
  • sedikit garam
 Cara-cara
  • Panaskan minyak. Goreng bahan bertanda * lada kering, bawang merah, bawang putih dan belacan. Angkat dan toskan. Kemudian tumbuk. Campurkan skali biji cekur
  • Bila hampir lumat masukkan gula dan juga garam. Tumbuk lagi. Kemudian masukkan kacang tanah tumbuk, gaul sebati
  • Masukkan air asam jawa n boleh tambah air panas mengikut kepekatan . Kacau sehingga sebati
  • Seimbangkan rasa pedas, masin, lemak2 kacang dan manis. selalunya kuah pecal ni manis sikit
  • Aroma n rasa kuah ni akan wangi n sedap ngan tambahan biji cekur tadi
  • Curahkan sambal pecal ke atas sayur2an tadi.

Selasa, 5 Jun 2012

SPAGETTI (Angle hair)

 Spagethi Angle Hair

Assalamualaikum... betul ker istilah neh? ha ha ha tapi rasanyer itulah yang tertera kat ic dia tu ha.. ha ha ha lately ni aku cam suker lak bila wat spagethi neh pakai yang halus aka Angle hair.. huh cam pernah tgk rambut angle huh... abaikan istilah mereka tu.. yang pasti ia licin n kenyal bila dikunyah n aku suker.. he he he kekadang nak wat me goreng aku gantikan ngan Angle hair ni.. selain mudah nak simpan ye tak? jom layan menu Dinner kami yang simple n mudah disediakan... callow..


 Sebenarnyer kalau wat spagethi tang kuah yang penting ye tak?
buh daging kisar lebih2 sikit rempah arogano susu n semestinyer cheese..
mmm wallah tak cukup sepinggan.. kompom kelaut diet tu... ha ha ha
Ader sesapa nak try masak kuah style aku? meh tengok SINI

Selasa, 29 Mei 2012

KUIH BOOM vs KUAH KACANG

 Kuih Boom vs Kuah Kacang

Assalamualaikum semua.. menu minum petang merangkap Dinner ha ha ha boleh ke cam tu? ha.. lah aper lagi.. eh ader sesapa yang pernah makan? atau tak pernah jumpa? atau tak pernah mkn? atau aper2 lagi tu he he he ni kuih selalu gak mak aku wat.. n pastinyer aku tak pernah jumpa kat tempat lain selain umah aku ha ha ha.. ader orang panggil kodok pisang tu kuih boom. tapi pada aku kuih bom tu rupanyer cam ni lah.. cuma saiz tu ikut suker lah yer nak wat beso ker atau wat tomei2 cam aku wat neh.. gandingan cicahan yang paling mantap adalah kuah kacang atau smbal kacang.. pun memang sedap n tak pernah jumpa selain kat sini ha ha ha ye ker? kira boleh lah.. menu ni memang sesuai tuk wat menu hidangan sarapan pagi atau menu minum petang.. tapi kalau aku tu.. dah wat minum petang akan jadi menu makan malam sekali ha ha ha kira orait lah tu.. jom join... sedap neh.. jangan lambat t habess... layan...

 Kuah Kacang aka Sambal kacang
aper2 namapun yang penting sama makna he he he 
kalau nak resepi kuah kacang boleh tengok SINI atau SANA kalau nak versi ader daging..

tang kuih boom tu pulak.. perapkan ngan yis.. n sedikit garam
dalam 1/2-1jam pastu goreng...
ha.. siap di hidang n sedia di makan..
jemput2 semua.. he he he

Jumaat, 24 Februari 2012

MEE BANDUNG JOHOR

 Mee Bandung

Salam semua...mmmm lamanyer tak masak Mee Bandung .. kalau kat sini susah nak dapat Mee Bandung  style Johor.. kalau aderpun jauh lah kat Kajang nun nak cari yang sedap..ke.. aku yang tak tau mana nak dapat? ha ha ha maklumlah tang makn kat luarni tak terrer sangat he he he.. oklah kalau nak puas ati memang masak sendiri.. tapi tang nak wat kacang tumbuk yang wat aku bercinta nak wat Mee Bandung tapi dek keinginan yang meluap2 aku gagahkan juga he he he ok lah ni menu Dinner malam tadi balik kerja aku lebur2 jom layan menu mudah n sedap ni...pppsssttt berselera SK makan siap + + he he he selalu kalau wat mee camni atau mee hoon sup ker memang aku wat cukup2 tuk 2 Mangkuk he he he ya lah karang x habis tak mo nak ulang makan benda sama... tapi mlm ni SK siap minta tambah.. paksalah aku celur lagi mee kuning tu he he he jom layan...

Mee Bandung
nak resepi? meh aku kongsi bersama style family aku masak Mee Bandung ...

Bahan-bahan (utk 2 orang makan)
  • 1 peket mee kuning
  • 10 ekor udang basah 
  •  hirisan daging (agak2 cukup)
  • 1 labu bwg besar- kisar
  • 3 ulas bwg putih- kisar
  • 3-4 sudu cili kisar (cili kering : ikut kepedasan)
  • *3 sudu besar Udang kering
  • *3-4 sudu kacang tumbuk (kacang tanah goreng n kisar)
  • *5 keping biskut merrie
  • KISAR/BLEND BAHAN* sekali (campur) senang keje he he he
  • 2 biji telur
  • sawi secukupnyer
  • Air rebusan daging
  • Gula
  • Garam

Untuk Hiasan : Limau Kasturi
                          Daun Sup n Bawang
                          Bawang Goreng
                          1biji tomato potong 6
Cara-cara
  1. Celur mee kuning secukupnyer n ketepikan
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga cili masak.
  3. Masukkan campuran udang kering, kacang tanah n biskut merrie yang telah diblend hingga naik bau. 
  4. Kemudian masukkan air rebusan daging, udang basah dan hirisan daging . Didihkan. perasakan dengan gula dan garam secukup rasa & masukkan sayur sawi .
  5. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jgn kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak.
  6. Tutup api. Curahkan di atas mee. Dan hiaskan dengan daun sup, daun bawang, bawang goreng, tomato yang dihiris dan limau kasturi. kalau ader cili jeruk lagi umph ni he he he
SELAMAT MENCUBA

Rabu, 1 Februari 2012

Pisang Goreng Aneka vs Kuah Kacang

 
Pisang Goreng Aneka vs Kuah Kacang

 Pisang Goreng Aneka yang disiram ngan kuah kacang...
siram? betulker istilah tu? he he he halallah yer..
 Salam semua... he he he ok ker istilah erma tu? ntah tak tau nak bagi nama aper ha ha ha wat2 ader nama.. ye tak.. ni menu minum petang kami berdua semalam.. senang cepat n menyelerakan.. sebenarnye ni pisang daripada kampung ku Johor.. boleh dikatakan tiap kali balik kg ader jek hasil yang aku hangkut bawa balik bangi terutamanya pisang.. Alhamdulillah.. so seringlah ade stok pisang di umahku itew... he he he selalu gak wat pisang goreng tuk minum petang so kalini aker sajer wat kelainan yang pastinyer SK memang teruja bab tak pernah makan ha ha ha... sebenarnyer ingat nak  cicah2 camtu jek tapi sajer nak bagi menarik kita cucuk2 n sekali letak timun best2 he he he boleh cuba.. tang kuah kacang tu boleh tengok SINI
jom layan pisang goreng vs kuah kacang..

Goreng pisang tanpa dibelah.. biar dia bulat aka utuh sebiji pisang

potongkan pisang bulat2 cam ni.. n timun jepun

lidikan pisang n timun berselang seli 

hidangkan bersama kuah kacang..
selamat mencuba...

Khamis, 23 Jun 2011

Lontong Sambal Kacang

Lontong Sambal Kacang

Assalamualaikum... morning2 dah bekpes.. he he he arini bekpes Lontong.. SK request.. he he he wat malam tadi.. pepagi tinggal masak lodeh jer.. he he he dah dua ari SK request.. pastu tengok2 stok nasi impit takde.. he he he bila dah ader stok tu SK sesiap rebus he he he aper lagi paham2 yer.. cepat godak hu hu hu tang sambal kacang yang bercinta sikit.. he he he he pepagi cebus2 kita lebur Lodeh.. siap.. Amacam syedap tak? he he he jom bekpes..Layan...

Set ni wat tak sesiap campur bab nak tapau gi kejer... he he he

Siap Tapau gi kerjer...he he he

 KUAH KACANG

Bahan-bahan:

* 150gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit (Dikisar)
* 100grm direbus n potong ikut suka.
* gula ikut kemanisan (tp kuah kcg selalu agak manis)
* garam secukup rasa
* 2 cwn Air Bancuhan Asam Jawa (bancuhan 1 sudu asam jawa)

Bahan Dikisar:

* 5 ulas bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1 sudu udang kering
* 5 sudu cili kisar (Ikut Kepedasan)
**2 btg serai dititik

Cara2

- Tumiskan semua bahan kisar dan serai sehingga naik bau dan  masak.
- Setelah sambat tumis bebetul masak masukkan  + kacang yang telah dikisar... gesek sehingga sebati n akan mengeluarkan minyak awas guna api sederhana mengelakkan hangus.. bila sebati + bancuhan air asam jawa....+ gula + garam terus masak hingga mendapat kepekatan yang diinginkan... kena sering kacau kerana bahagian bawah cepat berkerak atau hangus..perasakan ikut selera.. bila bebetul mendidih n pekat boleh angkat n hidang..