Memaparkan catatan dengan label Kue tiaw. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kue tiaw. Papar semua catatan

Selasa, 28 Mei 2019

MENU BERBUKA RAMADHAN 23 2019

Menu Berbuka Ramadhan 23 2019

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku semua, n3 kalini nak share menu Berbuka kami, request daripada Anakanda kesayanganku Azfar, Alhamdulillah Azfar Puasa harini.. so bila Azfar Request n bahan2 pun ada, ku leburkan Kue Tiaw Goreng Simple ni.. Semosa Sata pemberian Mama Ana, Alhamdulillah sedap.. Jom layan

Kue Tiaw n Semosa Sata

Kue Tiaw Goreng Udang

Samosa Sata

Jumaat, 17 Mei 2019

MENU BERBUKA RAMADHAN 12 2019

Menu Berbuka Ramadhan 12

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku, sekejap Masa berlalu, sampai kita Ramadhan 12.. Alhamdulillah, n3 kalini nak share menu berbuka kami, menu simple, Kue Tiaw Goreng Udang n Air Laici..

Jom Berbuka

Rabu, 15 Mei 2019

MENU BERBUKA RAMADHAN 10 2019

Menu Berbuka Ramadhan 10

Assalamaualaikum semua pengunjung2 Halamanku, apa khabar semua, sht? Alhamdulillah kami sht..  baiklah, n3 kalaini nak share menu Berbuka kami, hihihi pastinya menu yang simple2 mudah disediakan n sedap😋.. Jom layan..


Kue Tiaw Sup Udang

Buah Tembikai

Kue Tiaw

Sup Udang

Kue Tiaw Sup vs Sambal 
N Buah Tembikai😋😋😋

Selamat Berbuka Semua

Ahad, 12 Mei 2019

MENU BERBUKA RAMADHAN 7 2019

Menu Berbuka Ramadhan 7

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamanku, apa khabar semua.. Alahamdulillah kami di sini sht2 je.. hari ke 2 berpuasa hari cuti dirumah.. hihihi kemas2 apa yg patt insyaallah esok Bondaku akn pulang dr mengerjakan Umrah.. Alhamdulillah moga Bonda selamat Sampai..
Ok lah n3 kalini nak share menu Berbuka kami.. mcm biasa, menu yang simple2 je.. hihihi kul 6.30 baru aku mula melebur  menu mudah ni.. jom layan..


Kue Tiaw Ladna n Dessert Sago Gula Melaka

Bahan2 Rampai utk Kue Tiaw Ladna
(1 pokok sawi, satu lobak merah, sedikit bunga kobis n 1 paket cendawan inoki) semangkuk udang 🤭.. lupa snap gambar udang..

Kuah Ladna

Kue tiaw goreng
Kue tiaw yg di gaul dengan kicap n digoreng

Kue tiaw n kuah ladna 

Kue Tiaw yang sedia itk dihidang dengan kuah Ladna

Setelah dihidang dengan kuah Ladna😍


Kue Tiaw Ladna Simple😋

Dessert Sago Gula Melaka😋

Bila Azfar tolong mama siapakan Dessert, tuangkan Susu Kurma n Air Gula Melaka.. happy bila dpt tolong wat Dessert😍




Selasa, 7 Mei 2019

MENU BERBUKA RAMADHAN 2 2019

Menu Berbuka Ramadhan 2

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku, apa menu pilihan untuk berbuka harini? N3 kalini nak share menu berbuka kami.... kami macam biasa menu yang mudah n ringkas disediakan.. Jom layan 

Kue Tiaw Goreng

Tauhu Bergedil


Air Longan

Ahad, 20 Mei 2018

BERBUKA RAMADHAN 3 - 2018

Kue Tiaw Kungfu vs Cekodok Pisang

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku? Menu apa berbuka harini? Sebenarnya menu simple ni, kita wat sesaja, harini SK Kerja ye lah minggu depan ah nak ada sesi pendaftaran pelajar baharukan... so bz lah Bahagian SK wat persiapan tuk pendaftaran pelajar nanti. blk ptg tu SK usya nak ajak berbuka kat luar, ye lah orang puasa kan.. mmm tgk dia balik keje pun cam dah penatkan.. so biarlah dia rehat2 ..
ptg2 ni kita lebur menu simple.. jom layan

Kue Tiaw yang telah dikocak n goreng ngan telur

Kue Tiaw Kungfu Udang
nak resepi, meh kita share.. boleh tengok SINI

Cekodok Pisang request SK

Selasa, 20 Jun 2017

MENU BERBUKA RAMADHAN 25 2017

Menu Berbuka Ramadhan 25
Kuey Tiaw Goreng vs telur mata dan Air Buah Kuini

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamanku semua, bahang Hari Raya kian terasa, ramai ke dah balik Bercuti Raya ke Kampung, setakat kat opisni nampaknya masih ramai yg bekerja termasuklah staf2 pentadbiran dan pensyarah Pusat Asasi, walau pelajar PA masih bercuti tetapi semua pegawai masih bekerja n sibuk menguruskan kerja2 semasa..  oklah ni nak n3 menu berbuka kami, simple kan? hihihi camtu apa yang sempat n apa yang ada yg mampu ku leburkan.. Jom layan menu berbuka kami.. 

Kuey Tiaw Goreng vs telur mata

Air Buah Kuini
buah kuini yang masak ranum x ku blend, hanya ku cacar/ racik
mmmm sedap dan menyegarkan.. hihhi

Sabtu, 17 Jun 2017

MENU BERBUKA RAMADHAN 21 2017

Menu Berbuka Ramadhan 21
Kuey Tiaw Kung Fu

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku n3 kalini nak tepek menu berbuka kami arini.. hihihi betul ke istilah ku.. cewwwaaahhh kung Fu gitu, jangan arah ea.. sebenarnya balik kerja dah lambat so sampai2 malas nak fikir2 dah SK lak lately  ni bz sikit ngan pembelian perabut bagai.. sampai umah pun masih online ngan boss x habis2 kesian kan.. hihihi kita pun dengan machonya wat2 ada idea lah x bertanya pun kat SK n Azfar.. hihhi  jom layan, kita main masak2, ni share resepi ngan gambo sekali hihiihi senang jer, x sampai 15 minit setle


1. Kocak 1 biji telur + secubit garam dan serbul kada putih.
masukkan kuey tiaw n gaul sebati

2. goreng atas pan dengan minyak yg sedikit (guna nonstick pan - mudah)

3. goreng dengan api yg perlahan sehingga separa garing kedua belah bahan (kuey tiaw goreng)

4. angkat n hidang dlm pinggan kuey tiaw yang telah digoreng tadi

5. utk kuah, guna sayur yang ada lam peti ajaibku itew..
sawi + bunga kobis + lobak

6. tumis 3 ulas bawang putih (diketuk)
7. masukkan 3 sudu sos tiram, terus tumis sebati,
8. masukkan 3 cawan air dan reneh hingga mendidih,
9. masukkan sayuran pilihan n udang
10. setelah semua nya masak, perasakan,
11. tambah 3 sudu pes tepung jagung untung memekatkan kuah..
SIAP..

Hidangkan bersama Kuey tiaw yg telah digoreng tadi
boleh dihidang bersama cili kicap

Selasa, 6 Jun 2017

MENU BERBUKA RAMADHAN 10 2017

 Menu Berbuka Ramadhan 10 2017
Kue Tiaw Udang Vs Popia

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamanku, harap semua sihat2 ye, n3 kalini nak tepek menu berbuka kami, pastinya menu2 simple2 je, harini SK masih lagi bz kerana urusan pelajar2 lama pula masuk tuk mengambil kunci bilik asrama, so macam biasalah balik pun lewat lah sikit hihihi, bila dah balik lewat ni kita takyah stress2 kita lebur je menu2 yang simple yang ada lam peti ajaibku itew.. hihihi jom layan

 Kue Tiaw Udang vs Sambal Kicap cili potong
ni Set Mama Papa, sudu sesiap cili kicap potong tu

 Popiya Goreng inti sayur
popiya ni wat semalam n frozenkan
so ptg yang suntuk ni tinggal goreng je lah,
tu pun yang tinggal sbb Azfar dah banyak makan hihihi

Selasa, 7 Mac 2017

KUE TIAW UDANG & SANDWICH AYAM

 Kue Tiaw Udang  & Sandwich Ayam 

Assalamualaikum semua... hiii sihat ke? semoga semua sihat2 n happy2 dalam menjalani rutin harian. N3 kalini nak share menu dinner semalam.. macam biasalah ye, menu yang mudah2 n simple je yang dilebur, SK n Azfar request nak mkn kue tiaw goreng.. kita pulak perut x berapa nak ok, tak stabil lagi ni.. tp kalau x mkn... karang memalam kelaparan lak, lagi lah parah ye tak.. so buat lah sandwich simple tuk diri sendiri.. jom layan menu dinner kami

 Kue Tiaw Udang (Menu SK n Azfar) 

 Sandwich Ayam (Menu Mama)

 Roti Keping+Salad+Ayam+tiupkan mayonis

 tiupkan sos

tambah kepingan cheese
Siap... mudah disediakan dan mengenyangkan.

Set Menu dinner..