Selasa, 25 Ogos 2020

HARI PERTAMA AZFAR SEKOLAH SRA - 2 JAN 2020

hari pertama Azfar Sekolah SRA - sesi pagi

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku semua... 
Selamat Tahun Baharu 2020 semua...
Tahun baharu episod baharu, azam baharu n lembaran diari baharu juga bagi kami.. Azfar Sekolah darjah 1.. berdebar risau dengan kerenah anak darjah 1 yang sering di kongsikan oleh pengalaman parent2.. aduuuhhaaiiii...
ok lah n3 kalini nak share story pasal putera kami nan seorang ni..
Azfar telah kami aturkan untuk menaiki perkhidmatan Van ke sekolah SRA dan SK, perkhidmatan van ni pun ku rasakan istimewa... Papa Rose ni tak ambil ramai... hanya dikalangan anak2 yang tinggal sama appt ni je, Alhamdulillah.. so tak risau Azfar berasak2 n tidak selesa untuk naik van... bayarannya juga amat berpatutan untuk dua sesi pengambilan (SRA dan SK)
telah ku terangkan, disiplinkan Azfar agar menaiki perkhidmatan van Papa Rose,
 setelah tamat sesi persekolahan tamat, Azfar akan menaiki van pulang ke rumah Mama Ana
 (transit - pengasuh Azfar dari kecil).
untuk harini Azfar bersiap seawal 7.00pg, kerana perlu manaiki van selewatnya 7.10pagi 
Kami hantar Azfar menaiki Van.. n kami follow van ke SRA.. kami cuti untuk memantau pergerakan Azfar ke Sekolah.

Sampai di Kelas, ku beri kebebasan kepada Azfar untuk memilih meja, macam biasa... Azfar nak pilih meja didepan meja guru... tapi kecewa sebab semua meja2 tu dah ada beg.. rasanya pelajar perempuan sbb beg kaler pink.. hihihi 
akhirnya dia pilih meja ni, masih baris hadapan tetapi agak hujung berhampiran pintu..
takpelah Azfar janji dapat duduk depan kan? hihihi

semua pelajar diminta berhimpun 
n beratur mengikut ketetapan kelas di dataran sekolah

Taklimat ringkas sebelum masuk semula ke kelas

bergambar kenangan
dari kiri, kariman x-officemate, SK dan Dr. Zulkefli Hj. Aini, mantan Dekanku, mantan Timbalan Rektor Akademik, Kini berkhidmat di UKM merangkap Pengerusi PIBG SRA ni
lama tak jumpa.. sifatnya tetap peramah dan merendah diri.. 

Kedudukan Azfar dalam kelas..
kelas Azfar 43org murid dan terdapat 12 kelas untuk pelajar tahun 1.


Guru Kelas Azfar - Ustazah Asma

bila diminta sukerela memperkenalkan diri...
Pastinya Azfar lah yang pertama.. hihihi

selesai sesi pertama
waktu rehat
macam biasa... Azfar kami bekalkan dengan makanan
agar mudah dan tidak berasak dikantin beratur membeli makanan.

sesi persekolahan tamat
Azfar bersama Papa Rose menuju ke Van.

suasana setelah tamat sesi persekolahan..
pelajar agak ramai

Azfar di pimpin oleh papa Rose

ni nak share sikit.. hati mama yang tisu.. hihihi
kami menunggu Azfar di perkarangan luar kelas Azfar... bila loceng berbunyi menandakan sesi persekolahan tamat, kedengaran ustazah minta pelajar bangun dan beratur keluar kelas..
xcited n berbunga hati mama papa ni nak tengok n peluk Azfar kluar kelas.. ye lah.. hari pertama sekolah.. pengalaman pertamalah kononya... tau apa jadi..
keluar kelas Azfar nampak kami dan hanya melambaikan tangan je.. kami terkedu.. Azfar meluru ke arah Papa Rose, pemandu van yang menunggu di hujung kelas, dia salam dan terus Papa Rose pimpin tangan Azfar menuju ke Van.. 
masuk kereta, mama cry... Allahuakbar, betul2 Azfar ingat pesan mama papa dan sangat berdikari.. sedihnya... sedih sangat2 nampak tak hati mama tisu.. hihihi

Azfar naik Van Papa Rose

nak bergerak balik ke rumah..
Alhamdulillah selesai sesi pagi sekolah SRA.
kami pun balik follow van pulang ke rumah