Memaparkan catatan dengan label Bento. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bento. Papar semua catatan

Selasa, 5 Januari 2016

MENU BENTO AZFAR 06 (NASI TOMATO, AYAM GORENG N KARIPAP)

Bento Azfar Nasi Tomato vs Ayam Goreng Krispi - Karipap

Asslamualaikum semua pengunjung2 Halamanku.. Apa Khabar semua? harap semua berada didalam kesihatan yang baik di samping family tercinta ni..n3 kalini nak share menu Azfar .. cam biasa, pastinya menu yang simple hihihi teruk tak mama Azfar ni.. cuma harini mama bekalkan karipap kentang yg mama wat semalam... karipap x pedas
so menu Azfar arini... mama wat kan Nasi Tomato, Ayam goreng krispi dan Karipap... utk resepi Ayam krispi.. boleh tgk SINI

Khamis, 19 November 2015

MENU BENTO AZFAR 05 (NASI PUTIH VS SUP AYAM)

Pek Bento Azfar

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamaku disayangi... Apa khabar semua? Alhamdulillah tuan tanah n family sihat2.. setelah azfar kembali pulih.. demam 2 hari lepas.. tak tahu kenapa.. memang suhu badan agak panas.. n surut semula.. apapun Alhamdulillah kembali pulih...
ok lah kembali kepada n3 kalini nak share.. ni lah pek set bento Azfar yang kubuat untuk si comel ku setiap hari... cuma menu sampingan yang kadang kutukar menunya.. sama ada.. menu sarapan, menu sampingan (roti) atau buah-buahan..
Jom layan Menu Azfar Harini

Nasi Bear vs Sup Ayam

Menu Arini ku sediakan Nasi Putih bersama Sup Ayam + kentang + lobak merah
menu yang simple.. macam biasa pepagi ku leburkan menu utk Azfar.. n kusediakan 2 set tuk 2x mkn..
hihihi menu simple2 cuma cam biasa tidakku tambah sebarang perasa...

Selasa, 20 Oktober 2015

MENU BENTO AZFAR 04 (NASI PUTIH, AYAM KARI KERING N CUCUR)

Nasi Elephan vc Ayam kari Kering
menu sarapan cucur kentang

Assalamualaikum semua.. sahabat2 dan pengunjung2 halamanku .. Apa khabar semua.. semoga semua sihat2 di samping keluarga dan anak2 syurga.. cuma kebelakangan ini cuaca kurang baik dek jerebu.. yang anak2/ sekolah cuti... cuti lah.. yang still anta anak kat pengasuh dan nursery tu.. hati2 kurangkan aktiviti luar.. kesian paru2 anak.. kalau tak tahan boleh batuk.. sakit tekak n demam selsema jadinya.. banyak minum air masak n cuci muka..
ok lah.. berbalik kepada n3.. kalini nak share.. antara menu bento Azfar.. Nasi yang dicetak bentuk elephan.. sama cam sebelumni.. satu cetak = 3 sudu nasi, satu hidangan ayam, 1 ekor bahagi / potong 12.. so dapat bayangkan seketui tu besar manakan.. hihihi kalini wat kari kering2 buh sayur lobak merah yang dipotong bulat... selalunya.. tuk sayur Azfar ni beli khas.. pilih lobak yang saiz kecil2 so sekali masak lauk guna 1 batang lobak.. senang.. kalau tuk kami beli yang besar hihihi
macam biasa tuk bento azfar ni wat 2 set. tuk mkn tengahari dan petang.. tuk menu sarapan..  wat cekodok buh kentang...

Khamis, 8 Oktober 2015

MENU BENTO AZFAR 03 (NASI PUTIH N AYAM KRISPY HOMEMADE)

Bento Azfar
Nasi Fish + Ayam Goreng Krispy

Assalamualaikum semua.. tgh apa tu.. harap2 semua sihat2 n happy di samping menjalani rutin harian yer.. ok lah berbalik kepada tajuk n3 kali neh nak tepek lauk tuk bento Azfar.. macam biasa mestila menu yang simple2 n mudah2 tu di sediakan pagi2 neh.. hahahahaha.. nampak tak menu bekpes x dan nak wat.. lauk Azfar pun.. hhaaaa... menu frozen teruk tak? tu lah kalau ada tragedi2 bangun lewat neh.. memang lauk lebur je jawabnya hihihi tuk menu Ayam Goreng Krispy neh boleh tgk SINI aritu ade share menu2 frozen neh.. ok lah n3 simple tuk kali neh.. bye

MENU BENTO AZFAR 02 (NASI PUTIH, SINGGANG IKAN N CUCUR SAYUR)

Bento Azfar
Nasi Bear + Singgang Ikan Merah + cucur sayur

Assalamualaikum semua sahabat2 dan pengunjung2 Halamanku yang disayangi... Alhamdulillah bertemu lagi di n3 kalini nak tepek n berkongsi next menu bento Azfar.. menu kalini ku masakkan bento Azfar Ikan merah masak pindang atau singgang ... apa-apapun istilah n panggilannya.. kira halallah yer.. rasanya sama macam2 ibu yang lain kot.. untuk lauk pauk anak neh selain berkhasiat kita akan cari yang mudah.. contohnya ikan.. ikan yang kurang tulang.. so anak kita mudah n x fobia kot2 tersekat tulang ikan ni ye tak? hihihi..  saiz ikan pun penting.. tuk satu hidangan memang aku masak satu ketul ikan yang saiznya kecil.. so taklah membazir.. kita dapat agak kan sukatan pemakanan anak kita.. hihihi.. untuk set sarapan pagi.. aku leburkan cucur/ cekodok sayur.. cuma apapun yg kita masak untuk anak seusia Azfar, eloklah kalau masakan tanpa sebarang perasa tambahan.. garam/gula.. seeloknya perasa2 dari bahan semulajadi.. jom layan..

Singgang Ikan Merah

Bahan2

2 hiris ikan Merah
1 Lobak Merah saiz kecil
1 batang Saderi
 sedikit bunga kobis
1 cawan air

Bahan Tumis
1 Labu bawang sederhana besar - hiris tipis
1 Ulas Bawang putih - cincang halus
1/2 inci halia - sagat
1/2 inci kunyit - sagat
sedikit minyak zaitun

Cara2
1. Panaskan minyak zaitun
2. Tumis bahan tumis
3. Masukkan Ikan
4. tambahkan 1 cawan air
5. Tambah asyuran
6.tutup
7. tunggu sehingga mendidih masak n bahan sayuran lembut.. siap

Cucur Sayuran

Bahan2
1/2 cawan tepung
1 labu bawang merah saiz sedang
1 btg lobak merah saiz kecil
sedikit daun sup n bawang
1/2 cawan air

cara2
1. gaul bahan2 diatas sehingga sebati dan sesuai adunan cucur
2. goreng sehingga masak
3. tos n siap..






Rabu, 7 Oktober 2015

MENU BENTO AZFAR 01(NASI PUTIH, SUP IKAN N MEE HOON GORENG)

Bento Azfar
Nasi Bear + Senangin Sup Blackpepper + Mee Hoon Goreng Kicap

Assalamualaikum semua... apa khabar semua? harap u all semua happy di samping cuaca jerebu yang kurang menyihatkan neh yer.. semoga Allah permudahkan segala urusan dan segalanya berlalu segera.. Amin.. ada di kalangan kawan2 yang anak2 n pusat asuhan tutup.. kadang stress gak sebab tempat kerja kita ibu n bapa x ttp ye tak? ada yang dok mengangkut anak2 gi tempat kerja.. kepada boss n majikan jangan lah marah.. mereka lakukan kerana nak gi kerja.. ye tak? macamkat opis neh ada jer.. tapi selagi anak mereka tidak mengganggu kerja2 or bising2 sampai terganggu pensyarah n pelajar2 so kira ok lah tu.. ye tak.. hihihihi panjang lak bebelanku..
 ok lah berbalik kepada n3 kali neh bento Azfar.. putera kesayangan kami.. meh nak kongsi.. Azfar mula sepenuhnya menjalani rutin pemakanan bermula 2 tahun sebulan.. yang mana baru betul2 keberi pemakanan yang penuh di samping ku putuskan penyusuan badan perlahan... Alahmdulillah Azfar dapat kuberikan sepenuhnya susu ibu sebagaimana yang di sunnahkan.. syukur diatas rezeki dan izin dari Allah s.w.t.
 Setiap hari aku akn bekalkan Azfar dengan makan yang ku masak sendiri.. 1. Sarapan (kalau sempat) 2. Set tuk mkn tengahari 3. Set tuk mkn petang... tang set sarapan tu kalau sempat.. kalau tak bawa lah roti ke.. apa2 yg sempat lah yer..hihihi
  Nasi akan ku cetak bukan tuk cantik je.. tapi sukat gak.. satu bentuk tu = 3 sudu nasi.. lauk lak kalini masak ikan senangin sup blackpepper + sayur lobak merah + saderi + bungta kobis.. tanpa bahan perasa.. semua perasa adalah semulajadi dari bahan2 masakan sahaja...

Ikan Senangin Sup Balckpepper

Bahan2
2 hiris ikan Senangin
1 Lobak Merah saiz kecil
1 batang Saderi
1 cawan air

Bahan Tumis
1 Labu bawang sederhana besar - hiris tipis
1 Ulas Bawang putih - cincang halus
1/2 inci halia - sagat
1 sudu kecil serbuk blackpepper
sedikit minyak zaitun

Cara2
1. Panaskan minyak zaitun
2. Tumis bahan tumis
3. Masukkan Ikan
4. tambahkan 1 cawan air
5. Tambah asyuran
6.tutup
7. tunggu sehingga mendidih masak n bahan sayuran lembut.. siap