Khamis, 13 Julai 2023

ANUGERAH YANG TERINDAH

 

                                   27 November 2020  (Hospital Serdang)

Assalamualaikum semua sahabatku, lama sungguh tidak bersiaran... sibuk sangat ke tu? beginilah melalui rutin harian yang kadang tak menentu dengan tuntutan kerja dan peranan di rumah.

Ingin ku abadikan detik2 yang mana semuanya hanya menurut ketentuan dan perancangan Allah yang maha kuasa. Tanpa sebarang perancangan dan lintasan difikiran, Allah kurniakan rezeki yang amat berharga dan terindah.... disahkan hamil pada April 2020 setelah mengalami pelbagai tanda dan alahan... Subhanallah, setelah 8 tahun berlalu, pregnant Azfar 2012 n melahirkan pada 1 Feb 2013 rasa tak percaya... rasa cam mimpi.

Perlbagai cabaran sepanjang tempoh pregnant dan mmg sangat berbeza dengan pengalaman pregnant Azfar dulu.. Hanya Allah yg tahu n kepadanya ku adukan pengalaman ini.. SK penguat semangat dan syukur sangat memahami dengan segala yg ku alami... Azfar, dari xcited jadi risau ngan keadaan mama... kadang Azfar cry tengok mama alami alahan yg agak teruk... Semoga Allah kurniakan kemudahan dalam melahirkan... baby apa? next nanti kita share lagi