Selasa, 7 Februari 2017

AZFAR KE SEKOLAH - 1 (4 JAN 2017)

Azfar bersedia  ke Sekolah

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamanku.. ok lah, n3 kalini nak share kisah Azfar ke sekolah.
Alhamdulillah Azfar bgn awal, tiada masalah untuk mama n papa tuk siapkan .. Azfar nampak bersemangat dan teruja ke sekolah.. Persekolahan Azfar bermula pada 4 Janruari 2017 . Memberi laluan kepada parent utk menguruskan persekolahan anak2 sek. rendah, menengah dan berasrama..4 - 6 Janruari ni mama n papa bercuti utuk urusan persekolahan Azfar.. tqvm tuk my Boos.. En. Azli n Puan Aliya kerana paksa bercuti anak pertama bersekolah.. walaupun hanya playschool.. Alhamdulillah diberi ruang n kemudahkan menguruskan Azfar..
Doakan Azfar ye.. semoga terus bersemangat ke Sekolah..

Sesiap ngan Papa

Bersiap.. let's go..

Sampai sekolah..

Azfar semangat nak beratur bersama kawan2.. 
sebenarnya yg tgh beratur tu senior2 K2 (5thn) dan K3 (6thn)

Beratur bersama kawan2.. mama teman Azfar

Beratur washhand, utk breakfirst
(menu serial + susu)

Tapi harini mama dah buat bento utk Azfar

Mee Hoon Goreng
Menu feberet Azfar


Sarapan Pagi

Beratur.. teacher checklist nama pelajar
Barisan Azfar adalah rakan sekelas
K1 - 4thn.. (14org)
nampak tak Azfar antara yang besar n tinggi dlm kelas

Aktiviti menyanyi, menari n melompat..
Azfar mula x selesa dengan kawan2 yg agak ramai.. Azfar angkat tangan n maklumkan pada teacher..
'techer.. saya nak beratur di depan?' hahahahaha.. nampak tak antara kelemahan putraku.. yaaa.. Azfar x biasa suasana yg sempit/ramai/kongsi.. antara sebab Azfar perlu ke sekolah.. playschool.. untuk bergaul bersama kawan2..

Aktiviti round circle.. Alhamdulillah nampak selesa n happy bersama kawan2..

'Ya Allah semoga Azfar terus selesa dan happy ke sekolah..'
harapan mama n papa agar Azfar boleh sesuaikan diri bersama warga An-Nur Ilmu Montessori.... Amiin..

Khamis, 2 Februari 2017

REKREASI DI BAGAN LALANG


Azfar pra main 

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamanku, apa khabar  semua, n3 kalini nak share story kami bereakreasi di pantai bagan lalang.. boleh dikatakan inilah pantai yang bebetul berdekatan ngan umh kami.. dari yg lain2, perjalanan lebih kurang 45minit - 1 jam juga..
kami berekreasi ni pada 25 September 2016 yang lalu.. ingin ku abadykan disini kerana inilah kali pertama bawak Azfar picnic n rekreasi di persisiran pantai. Dari kecil Azfar mmg x selesa ngan kawasan berpasir.. sandle berpasir pun x mo apatah lagi berekreasi kat pantai.. sabar je. sebenarnya kami plan nak praktis Azfar sebelum program reunion rakan sekolahku M.A.K yang dirancang akan diadakan pada 
29 Oktober 2016 di Puteri Resort Port Dickson Insyaallah

Jom layan.. simple picnic je.. hihihi

Sesampai mama setup tempat n makanan, Azfar tolong papa pasang mini khemah.
Alhamdulillah cuaca yang sangat baik n tidak begitu panas terik.. Kami sampai kul 8.45 pg camtu.. so suasana yang selesa n belum ramai pengunjung, boleh pilih tempat..



Papa Pasang Khemah

 
Azfar teruja tolong papa
Setelah selesai setup.. kami makan bersama, menu pun simple..
bwa Menu, Nasi Lemak + nugget / kentang goreng , keropk goreng n air Oren/masak

Ajar Azfar bermain Pasir..
asalnya Azfar mmg x selesa n menjerit2 bila pijak pasir
so mama n papa gader2 join main pasir.. baru Azfar slow2 boleh terima.. Alhamdulillah..
hahahahaha... anakku main pasir (mama pun x suka pasir n pantai sebenarnya)

sesiap utk turun ke pantai pula..


Jom.. kita turun ke pantai..

Azfar dah mula x selesa.. hahahahah.. dok panggil papa bersihkan kaki
yang terkena pasir yang basah
maaf x de gambar Azfar kat pantai sbb mama n papa teroaksa berbasah tuk tmn Azfar juga..

Siap mandi.. Azfar lepak2 lam khemah

makan juga dalam khemah.. hahahaha.. teruja gitu

ok.. masa utk pulang..
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..
harap2 Azfar boleh sesuaikan diri bila di program Reunion mama
di Persisiran pantai Puteri Resort PD..

Rabu, 1 Februari 2017

PERSEDIAAN AZFAR KE SEKOLAH 4 (3 JAN 17)

 Pakaian  Azfar yang mama n papa dah tempah sulaman nama

Assalamualaikum semua, n3 kalini nak share n ku abadykan persiapan Azfar untuk ke sekolah..
Minggu persekolahan agak lewat bagi Sekolah An Nur Ilmu Montessori, yaitu 4 Januari 2017. Berikutan pihak seolah memberi laluan ibu bapa/penjaga menguruskan persekolahan anak2 di sekolah kebangsaan/menengah/Asrama..
Alhamdulillah, kami juga berkesempatan membuat persiapan akhir unruk putera kami Azfar, maklumla.. ada urusan balik kampung Johor sekejap.. jom layan.. persiapan Azfar ke sekolah esok.. 4 Januari 2017

 Unifom Sekolah
Pakai setiap hari Isnin, Rabu dan Khamis

 Pakaian Physical Education (PE)
Pakai setiap hari Selasa dan Jumaat

Kelengkapan Azfar ke sekolah esok..

Sabtu, 28 Januari 2017

SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS - TUMIS


 Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku.. Apa Khabar semua? semoga semua sihat2 je ya.. cam dah lama tak up menu/resepi kan...  ok lah n3 kalini nak share.. tuan tanah wat Sambal Tempoyak ikan bilis.. sebelum ni mmg pernah wat.. SINI hihihi kepada semua penggemar2 tempoyak, maaf yea.. menu ni mmg kucipta sendiri.. ikut suka suki je.. tapi yang penting Alhamdulillah, SK mmg menggemarinya, apa taknya tuan tanah ni x mo makan tempoyak.. tapi tolong masakkan insyaallah lah yer.. hihihi jom layan.. kalini tepek resepi n step nak watnya.. 

Antara bahan2
Sambal (cili+bawang merah+bawang putih= kisar) ikan bilis goreng rangup dan Isi durian/tempoyak

Tumis cili sehingga masak, perasan dengan sedikit garam n gula,
tambahkan isi durian
terus masak n tumis sehingga sebati n agak kering

tambahkan ikan bilis yang digoreng rangup, gaul sebati
pastikan sambal tempoyak benar2 kering 
agar boleh mengekalkan kegaringan dan kerangupan  ikan bilis

hidangkan.. sedap dimakan bersama nasi panas
(SK kata sedap) hihihi..

Selamat Mencuba

Isnin, 2 Januari 2017

SELAMAT TAHUN BARU 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Assalamulaikum semua pengunjung2 Halamanku dan semua sahabat2ku.. maaf di atas kekangan yang x dpt ku elakkan.. lama x ku kemas Halamanku nih.. syuh syuh.. berhabuk dan bersawang si sana sini.. hihihi.... pelbagai peristiwa berlaku di penghujung 2016 yang lalu.. insyaalah jika ada kesempatan akan kukongsikan di samping ku abadykan di Halamanku ini..

Belum terlewat igin ku ucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua pengunjung2 dan Sahabatku.. semoga terukir Azam dan semangat baru dan pastinya yg lebih baik dari yang telah lalu.. Insyaallah.. Amiiin..
☺☺

Khamis, 29 Disember 2016

PERSEDIAAN AZFAR KE SEKOLAH 3 (27 DIS 16)


Tempah Sulaman Nama Azfar Heryzal
mudah n tak tertukar..

Tempah nama untuk tag barang/pakaian Azfar

 Stiker 
tag barang2 Azfar.. 

 Azfar nak ikutkan masih susu kalau nak tidur. (siang/malam)
kadang2 x menyusu pun xpe..
Stanby je.. kot2 Azfar nak menyusu kat Sekolah..

 Barang2 Kendiri

Tuala

Rabu, 28 Disember 2016

PERSEDIAAN AZFAR KE SEKOLAH 2 (24 DIS 16)

 Azfar mencuba Unifom Sekolah

Assalamualaikum semua.. ni kesinambungan n3 yang lepas.. hihihi, semalam gi bayar yuran n beli baju unifom sekolah, minta bawak balik 2 saiz utk cuba.. ye lah, x pasti, nanti mana yg sesuai kita pilih yg tidah tkr saiz..
Alhamdulillah Azfar nampak happy n sesuai ngan unifom ni.. sebenarnya, Azfar siap gi umh mama ana, pengasuh untuk tunjuk dia cuba unifom.. mama ana pun bg pandangan kesesuaian saiz unifom Azfar

Azfar mencuba baju Physical Education (PE)
ok set.. esok mama tukar, saiz baju yang sesuai..
pasni plan nak anta baju Azfar untuk tempah sulaman nama.. Azfar Heryzal..

Selasa, 27 Disember 2016

PERSEDIAAN AZFAR KE SEKOLAH 1 ( 23 DIS 16)


Pakaian Seragam Azfar

Assalamualaikum.. hii semua, sebagaimana ibu bapa yang lain, kami juga turut membuat persiapan n keperluan persekolahan putra kesayanganku.. Insyaallah 2017 Azfar 4 thn dan telah menjadi impianku untuk Azfar ke sekolah.. tp playschool je, untuk mebina social skill Azfar Insyaallah, ye lah, masih banyak kekurangan n kelemahan putraku ni.. Manja, ialah.. kat umah semamgnya the onlychild, kat umah pengasuh juga dia seorang.. hihihi.. so sajalah nak bg Azfar bergaul n berkawan.. 
kami sepakat memilih An-Nur Ilmu Montessori.. 
Semoga dipermudahkan urusan dan hajat kami di makbulkan Allah swt..
jom.. layan Story

 Harini aku n SK gi bayar yuran dan beli pakaian seragam..
Pakaian Seragam sekolah 2 Pasang
Pakai setiap Isnin, Rabu dan Khamis setiap minggu

 Baju Physical Education (PE)
Pakaian PE 1 pasang
Pakai setiap Selasa dan Jumaat

Alhamdulillah 
selesai semua untuk urusan bayar yuran dan pakaian unifom Azfar

sedikit dedekasi untuk Putra kesayangan Mama
Azfar, 
''tiada yang lebih lengkap dari hadirnya Azfar dlm hidup Mama n Papa,
Tiada yang menggembirakan,
selain mendengar gelak tawa Azfar,
Tiada yang membahagiakan
selain cinta dan kasih sayang bersama
Kurniaan Allah  Azfar adalah suatu anugerah terindah buat Mama dan Papa..''
Kami sayang Azfar..

Rabu, 3 Ogos 2016

RESEPI MENAMBAHKAN SUSU IBU / MINUMAN PENYEJUK BADAN

 Kurma Merah, Longan Kering n Gula Kabung

Assalamualaikum semua sahabat2 Alam Maya dan pengunjung2 Halamanku...
Lama tak bersiaran.. sibuk sedikit melepaskan Audit SIRIM MS ISO 9001:2008... Alhamdulillah berjalan lancar pada 25-26 Febuari.. pada ketika itu Pelajar2 Asasi baru selesai menduduki peperiksaan dan di  sibuk untuk urusan menanda skrip jawapan peperiksaan dan key in markah keputusan pelajar... fuh... Alhamdulillah selesai semuanya.. 
Baiklah.. berbalik pada tajuk n3 hari ni... setelah usia Azfar 2 tahun... aci tak baru nak n3... hihihi sebenarnyer Alhamdulillah aku dapt menyusukan Azfar sepenuhnyer genap 2 tahun... sekarang ni dah mula campur susu dan proses untuk putuskan terus...

Bahan-bahan

Rebus Air dan gula kabung sehingga mendidih 

setelah betul2 mendidih.. masukkan longan kering..

setelah itu masukkan kurma merah tunggu mendidih lagi n siap..