Jumaat, 29 Mac 2019

YONG TAU FOO (HOMEMADE SAUCE)


 
Yong Tau Foo

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halmanku.. sihat semua? Lama rasanya tuan tanah tak bersiaran.. sibuk? hihihi tak juga tp tiada kesempatan untuk kemas Dapoku ni, nak kata x berasap? tidak juga? tapi tu lah.. 'M' sesangat hahahaha, sampai penat  megemas habuk2 n sawang2 Dapo ni.. mmm alahai, oklah berbalik kepada n3 kalini nak berkongsi antara menu yang digemari (Yong Tau foo) sedap kan, kalau kita ke pasar malam ini antra menu yang dibeli bawa pulang… tapi kalau dapat yang sedap sos nya.. kalau tidak kecewa juga.. 
Jom Layan Yong Tau Foo ku.. nyum.. nyum..

Set Yong Tau Foo

Yong Tau Foo Sup 

kalini nak share, dah berkali juga membuat Sos Yong Tau Foo ni, test n error.. Alhamdulillah kenalah selera kita..

ramai juga sahabat2 yang telah ku kongsikan, atas permintaan ku kongsikan resepi Sos Yong Tau Foo di sini.

Bahan2 Yong Tau Foo
antara yang digemari, Kulit Tauhu, Wantan, Kue Tiaw, Bebola Sayuran n Sayur Kangkung
Bahan2 ni beli Kat Mydin, Satu pek RM2.99.. untuk semua ni dapat ku ulang masak 2 kali.. banyak bila dah celur n campur2 semua bahan..

Rebus/celur bahan2

Bahan selesai direbus/celur dan di potong2

Sos dan Kacang Tumbuk

Papa dan Mama versi  Sos

Azfar versi Sup

Yong Tau Foo

Resepi Sos Yong Tau Foo - Simple

Bahan2 Sos

10 Tangkai cili kering -  kisar (ikut kepedasan)
1 inci belacan - bakar/ goreng dengan sedikit miyak
1 Ulas bawang Putih
11/2 cawan air
3 sudu gula perang
sedikit garam
kicap secukupnya (untuk warna)
tepung jagung (untuk memekatkan kuah)

Bahan Aksesori - Tabur
Bijan @ Kacang Tanah Tumbuk

Cara-Cara

1. Kisar Cili kering+bawang putih n belacan
2. campur semua bahan2 dan masak kecuali bahan aksesori ke dalam periuk dan rebus hingga kuah agak pekat n cili masak.
3.Masak lama untuk mengurangkan rasa pedas dan cili masak. jika kering, tambah air dan masak lagi hingga pekat.
4. Tambah tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air... untuk pekatkan kuah.
5. tuangkan kicap agak-agak untuk kaler
6. Perasakan garam n gula secukup rasa.
7. Siap.. Tutup api n boleh di gunakan
8. Taburkan bijan sangai/kacang tumbuk atas bahan-bahan pilihan untuk Yong Tau Foo.
SELAMAT MENCUBA







Tiada ulasan:

Catat Ulasan