Kad Selamat Hari Ibu
Maaf kerana lambat tuk mengucapkan "SELAMAT HARI IBU" kepada semua teman2 n kenalan2 blogku yang bergelar Ibu atau bakal Ibu... weekend minggu yang amat bz bagi ku.. penuh ngan agenda.. Tapi aku x lupa telefon n Ucapkan Selamat Hari Ibu kepad BondaKu di Kg... Bagi yang telah kehilangan Ibu... janganlah sedih x dapat meraikan.. ader lagi cara.. byk hadiahkan doa n zikir padanyer.. mereka sering menanti doa dari anak2 yang Soleh n Solehah...
Selamat Hari Ibu ku titipkan kepada BondaKu Hajah Aminah bt. Hussin
Sesungguhnyer Bondalah Ibu, Bapa, Guru, Teman n SahabatKu diwaktu Senang n Susah... Setelah ketiadaan AyahKu.. Bondalah tempatku bermanja.. semua perkara kami kongsi bersama.. sangat selesa.. dari segi masalah kerja maupun peribadi... Sangat tenang bersama... Hadiah sempena Hari Lahir n Hari Ibu Kami akan bawa Bonda bercuti seminggu ke Langkawi he he he tunggu...
Ucapan Selamat Hari Ibu juga untuk Ibu MertuaKu Pn Zaiton Hanim bt. Samsuddin
weekend MIL n FIL datang ke Umah ku untuk mrlawat pakcik yang berada di Hospital Kajang.. kami sambut Hari Ibu bersama..
"Bonda.. terima kasih kerana mendidik n membesarkan SK dengan sempurna sehingga menjadi seorang Suami yang Soleh, Penyayang, Penyabar n Bertanggungjawab ke atasKu.. Hanya Allah yang dapat membalas segala budi n jasamu... terima kasih juga kerana menyayangi n menerima diri ini sebagai anakmu n sebahagian dari keluargamu"....
Kami merancang akan membawa keluarga SK bercuti seminggu juga ke Langkawi tunggu...