Memaparkan catatan dengan label Brownies. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Brownies. Papar semua catatan

Rabu, 28 Oktober 2015

TEMPAHAN 3 - MARBLE CHEESE BROWNIES (30 BIJI)

Tempahan Marble Cheese Brownies

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamanku semua.. apa khabar semua.. harap2 semua sihat2 n baik2 jer.. lately ni cuaca kat Bangi sering hujan.. terutama pada waktu petang.. risau gak.. dengar n tgk berita banjir lak dah mula melanda negeri2 di pantai timur... tang jerebu tu Alhamdulillah lah.. agak baik n pulih.. tapi ujian banjir lak.. semoga semua saudara2 di negeri pantai timur selamat dari segala bahaya n bencana..
ok lah berbalik kepada n3 Alhamdulillah ada tempahan dari sahabatku Nor zaiyana (kak ana) utk majlis makan2 katanya tqvm k.ana sudi tempah.. agak banyak gak tempahanya.. semoga k.ana berpushati ngan tempahan ni..

bahan2 tuk baking

proses pembakaran..

selesai

packing tuk penghantaran
kalau nak resepi boleh tgk SINI

Khamis, 24 Mac 2011

Brownies Moist

Brownies Moist

Assalamualaikum.. selamat pagi semua...mmmmm lesunyer.. hujan malam.. sejuk x terhingga.. x lena tidur.. masalahakan? itulah aku.. panas sangat tak boleh.. sejuk sangat pun x boleh.. harus bagaimana lagi.. ntahlah.. ok lah ni nak n3 projek malam tadi.. sambil2 lepak n kemas aku check stok..mmm kena settlekan ni.. karang takut xpired lak.. so godak2 kalini wat versi kukus.. hihihi.. siap... sedap n moist jek... jom layan Browniesku yang sedap n seksi itew he eh he he

mmmm memuat satu loyang .. senang citer.. ni aku dah taram ngan topping..
SK suker ... aku juga.. mana tahan tgk coklat.. tu kalu diet lama kelaut ha ha ha

sedap n moist... meh aku tepek resepi.. pernah gak wat sebelum ni..
ni sajer tepek lagi tuk rujukan masa depan..

Bahan A (sebatikan)


1 cawan susu segar
1 cawan butter yang dicairkan
1 cawan air panas
2 cawan gula perang

Bahan B (diadun sebati)

2 biji telor (gred B)
1 sudu teh esen vanila

Bahan C (diayak)

2 cawan tepung
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara

Pre-heat oven pada suhu 175 C selama 10 minit.
Sebatikan semua bahan A.
Tuangkan pula bahan B dan kacau.
Masukkan bahan C dan kacau hingga sebati.
Alaskan loyang 10 x 10 inci dengan kertas minyak dan tuangkan adunan ke dalam tin. kukus selama 40 - 45 minit.
Sejukkan dan tuangkan bahan topping di atasnya. + chocolate rise.. atau aper2 yang disukai..Biarkan sebentar sebelum dipotong .

Chocolate Topping
250 gm cooking chocolate
1 sudu besar butter
1 sudu teh susu cair (fresh milk)

Cara-cara

Cairkan cooking chocolate dengan kaedah double-boil.
Kemudian masukkan butter dan kacau sebati.
Masukkan susu cair dan kacau. Sedia untuk digunakan




Jumaat, 25 Februari 2011

Brownies Mudah K.Hana..

Brownies Mudah K.Hana

Morning semua... Selamat Pagi Jumaat..harini x de Usrah..pepagi n3 dengan hati yang sangat girang...macam2 perkara ..ptg ni balik kg.. umah MIL.. itu lain.. ader lagi yang sangat best bagi aku.. tunggu t aku n3.. memang aku nak sangat n3 insayaallah... di atas mood n kegirangan hati ni.. aku gi jengah dapo K.Hana... n aku jumpa sesuatu yang.. yummy n aku teruja nak try.. aper taknyer aku akan laju2 try bila mudah n ader bahan kat umah tu... aku terus wat.. betullah Kak Hana.. SK makan laju jek.. x sabar tunggu sejuk... he he he tqvm Kak Hana n pentumbang resepi simple n sedap ni...Tapi kalau korang nak tgk versi yang cantik blh tgk Dapo K.Hana jom aku panjang2kan resepi tuk korang lak.. jangan x cuber yer...


RESEPI BROWNIES MUDAH


sumber asal : wssary@myresipi.com
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
6 sb serbuk koko
1/4 cawan mentega cair
1 cawan gula- hana buh 1/3cwn gula putih, 2/3cwn gula perang
1/2 sk vanilla
1/4 sk garam
1/3 cawan tepung gandum
2 butir telur
1 cawan kekacang - optional

Cara-cara

Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang empatsegi berukuran 18cm - hana sapu loyang dengan butter
Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.
Gaul sebati. Masukkan kekacang jika mahu.
Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min.