Isnin, 30 April 2012

Kari Puff (Kentang Kari Ayam)

Kari Puff (Kentang Kari Ayam)
 
Assalamualaikum semua.. syoknyer.. ader ke yang bercuti sampai 1 Mei ni? hu hu hu kat opis neh mmm ramailah yang bercuti.. biarlah mereka berehat bersama keluarga tercinta.. Aku? ofcoz lah kejer ok.. SK jek yang cuti bab nak kena settle memacam bil yang sepatutnyer he he he.. itulah tugas/tanggungjawab bulanan yang patut dilaksanakan hu hu hu.. eh kesitu pulak.. oklah berbalik kepada tajuk n3.. teringin  nak makan karipap malas pulak nak menggelek n klimnyer.. jadi kita taramlah ngan kulit puff... mmmmm sedap.. wat menu minum petang semalam n semestinya membawalah ke menu bekpes.. he he he sssyyytttt.. jgn cakap kekuat malulah.. he he he buat inti lebih so pagi wat lah lagi puff ni.. janganlah boring.. he he he jom layan Puff Kari Ayamku itew he he he

 Ha tu dia.. amacam.. sedap rangup..sebelum ni kalau wat puff inti tuna atau sambal sardin tapi kali ni kita taram kari kentang berayam he eh he..cam biasalah tang ulit puff tu mestilah beli yang readymade ha ha ha manakan reti hambo ni.. guna yang siap jek.. so tinggal wat inti.. lately ni sayang2 gak nak guna kulit puff ni bab kat pasaraya selalu takdo terutama kat Tesco Nilai tu.. letih lah kan? aritu masa gi carefour Alamanda jumpa terus beli lebey wat stok.. nak gunapun sayang2 ha ha ha maklumlah tak reti wat sendiri, nak belipun tak selalu ader so.. pepaham jek lah yer.. Jom layan the making of my curry puff he he he

 cam biasalah yer.. kalau wat sendiri (walaupun kulit beli) boleh boh inti banyak2 boleh wat inti sedap2 eh sedap ke? sedaplah bagi aku.. aku wat inti kentang kari pastu buh ayam byk2 pastu buh daun sup sedap.. he he he betullah neh.. lah jangan lah gelak... ok..

 pastu tutuplah toping dia ikutlah nak wat cama n design ape.. yang penting tutuplah inti tu lagi.. tgk tu punyalah banyak buh inti membukit jadinyer he he he

 sesiap dikemaskan tadi... tekanlah guna garfu.. pun ikut selera n kreativiti masing2 aku cam biasa taram2 jek he he he janji dia lekat he he he

 ni lah kejadiannya.. senang kan? tu lah kekadang yang senangpun tak terbuat... siapa? Akulah hu hu hu

 dah sesiap tadi buh atas dulang pembakar yang telah disapu/ gris ngan butter... jangan lupa sapulah kuning telur kat atas tu.. aku tabur ngan serbuk origano.. selain wangi sedap...

 Dah siap.. ready untuk di taram dalam oven he he he he kepanasan 180' selama 20minit
atau sehingga masak n keperangan..

Siap .. dihidang dengan air susu / koko panas.. nyum2
he he he selamat menjamu selera...

Khamis, 26 April 2012

Buah Mangga aka buah Kegemaran


Buah Mangga aka buah Kegemaran
 
 Assalamualaikum... jom layan menu sihat pulak.. sihat ker? katanyer kalau berdiet tak digalakkan makan buah mangga nieh.. bab manis n kandungan gula tinggi.. hu hu hu aperpun dah buah kegemaran kan perlu taram ha ha ha ha tapi cam biasa aku lebih gemarkan buah mangga masak n manis berbanding mangga muda.. kalau mangga muda memang hukum wat kerabu he he he aper lagi yang nak dikongsikan pasal mangga neh..mmmmm ni memang buah kegemaran kami berdua.. he he he sedap dimakan begitu sahaja atau makan time sejuk.. kekadang tu wat smootie atau wat puding.. pendek kata buah mangga ni memang laku n licin kalau kat umah ni... ni beli ketika jenjalan, gi sungai buluh aritu.. bayangkan kalau sebiji ni hampir 1kg.. so bayangkan kebesarannye.. satu mangkuk penuh hu hu hu 1kg 5.00 kami beli 2 biji RM 10.00 he he he lepas diskaun yang pastinyer he he he oh yer jenamanyer Mangga Madu.. he he he Madu lagi.. bak kata Kak DZana Ngeri tang belakang tu he he he.. aperpun memang Alhamdulillah puas ati manis nyum2...

 closeup sikit mmm.. sedap nyum2

 Jom makan ramai2 sambil sembang2 happy.. he he he he





Labu Manis Masak Sambal Udang Kering

Labu Manis Masak Sambal Udang Kering

Assalamualaikum semua.. salam bersiaran kembali.. cam pelik tak? alah jangan lah pelik sedapni.. he he he.. selalu jumpa masak lemak labu ye tak? kalini aku nak syer menu yang simple tapi sedap.. tak pastilah korang pernah jumpa atau makan tak? tapi yang pastinyer lepas aku wat menu ni nampaknyer SK gemar gak.. kalau beli labu kuning aka labu manis, sebahagian masak lemak n sebahagian aku masak sambal.. sedap, rasanyer lemak manis n semestinyer pedas2 sambal tu kan.. wat pulak sambal tumis udang kering aroma wangi udang kering tu memang menyelerakan ye tak? jom layan menu simple, mudah n sedap neh..
 
Labu Manis Masak Sambal Udang Kering
Ader sesapa nak try.. meh aku tepek resepi simple ni..
 
 
Labu Manis Masak Sambal Udang Kering

Bahan
1/2 buji buah labu - kupas buang kulit n potong dadu

Bahan Sambal

* 3 ulas bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1 labu bawang besar
* 3 sudu besar udang kering
5 sudu besar cili kisar (cili kering kisar) ikut kepedasan.
minyak untuk menumis
garam n gula secukup rasa
 
Cara2
* Kisar bahan bertanda*
* panaskan minyak untuk menumis
* tumis bahan kisar sehingga masak n naik minyak
* masukkan cili kisar
* terus tumis sehingga masak n sebati
* masukkan labu.. gaul sekata n sebati..
* + air sekiranyer perlu
* perasakan ngan garam n gula
* masak sehingga labu empuk/ lembut
* Siap....
 
SELAMAT MENCUBA

Rabu, 25 April 2012

SOTONG GORENG KUNYIT

 Sotong Goreng Kunyit

Assalamualaikum n selamat pagi semua... Alhamdulillah arini sihat2 jek.. harap semua pun cam tu.. teriam kasih kepada semua pengunjung2 Halamanku dan sahabat2 baru yang sudi follow n link.. insyaallah akan ader kunjung balas arini.. he he he waktu sibuk dah berlalu semalam.. memang sesangat sibuk bab musim nak anto pepper exam hu hu hu.. Alhamdulillah selesai sudah.. ok ni nak tepek menu mudah n sedap.. Sotong Goreng Kunyit.. makan ngan nasi panas2 memang selera.. tambah-tambah time goreng tu lebur sekali ngan  sesayur.. kacang panjang, lobak merah n bunga kobis ha ha ha ha selesai tak? Sonang yo he he he jom layan lauk mudah, simple n sedap he he he

fokus sikit he he he
kalau ader sesapa nak syer n try boleh ler tengok SINI mudah n sedap

Selasa, 24 April 2012

KASUMAS 2012

 Karnival Sukan Mais & Anak Syarikat

Assalamualaikum semua.. maaf di atas kesibukan tak sempat nak n3 he he he aperpun memang sibuk ngan training n program h eh eh.. meh nak syer aper yang berlaku..  Karnival Sukan Mais & Anak Syarikatakan diadakan sekali setiap tahun.. tahun lepas nyer x dan nak n3 he he he.. ok lah tuk tahun ni diadakan pada 
Sabtu
21 April 2012
7.30pg - 2.30ptg
Alhamdulillah semua berjalan lancar.. jom aku syer lagi..

 Perasmian oleh Ybhg. Dato' Setia Hj. Mohammad Adzib b. Mohd Isa
Pengerusi Maj. Agama Islam Selangor

 Bulan Inovasi

 Dari kiri: Kak Aishah, Kak Asiah n Me.. he he he
ni sementara tunggu acara kita lepak2 he he he

 Alhamdulillah kami meraih pinggat Emas.. he he he

 Posing kenangan bersama

 Tuan Tanah  he he he

 Bersama SK
Alhamdulillah SK meraih pingat Perak (Acara Bola Sepak)
Apalah Acara yang aku sertai...

Tu dia.. BATU SEREMBAN
ha ha ha ha kelakar tak..
Alhamdulillah syukur.. he he he

Khamis, 19 April 2012

Udang Masak Merah Bermadu

Udang Masak Merah Bermadu
Salam semua.. menu Udang kalini.. masak merah request SK.. kalau nak ikutkan terpengaruh gak ngan menu kak watie semalam ha ha ha.. aritu gi shopping kat Tesco.. udang bersaiz XXXL RM 16.99 sekilo.. va va va va aper lagi SK ngan semangatnyer borong.. he he he bab kat pasar malam sini pun kalau udang besar neh RM 19-21 sekilo.. so he he he semangat tak? balik tu terus2 aku lebur kan ye lah masa ngah segar terus masak.. masak pu tak lama ffuuhhh memang manis time makan tu he he he memang puas hati.. lebih dari tu he he he jom layan Menu Udang masak merah bermadu ku yang simple n sedap neh..
Amacam seksi tak Udang ku lepak manggis kat situ he he he
ader sesapa nsk try menumudah ni blh tengok SINI pernah n3 sebelum neh.. selamat mencuba..

Rabu, 18 April 2012

Kerabu Mangga

 
Kerabu Mangga
Assalamualaiku... bertemu kembali.. macam dah lama tak wat Kerabu Mangga he he he teringin gak.. selalu SK kalau beli mangga, pastinya mangga masak n manis he he he jarang ader mangga muda kat umah ni.. kebetulan SK ada bawa 3 biji mangga muda yang agak2 comel gitu.. SK yang request nak makan kerabu mangga, so pagi tadi bersilatlah aku untuk menyediakan Kerabu mangga.. nyum2 masam2 manis.. sedap tau.. he he he ader sesapa yang teringin? meh.. meh.. ader lagi.. ingat nak wat lunch tengahari neh he he he jangan tak terliur.. sedap tau ha ha ha.. saja ngayat bagi semua orang wat kerabu sama.. jadilah hari kerabu sedunia.. Jom layan kerabu mangga syedap neh he he he..

Kerabu Mangga
buh atas/ tabur udang kering ngan kacang tumbuk.. nyum2 aroma yang wangi n menyelerakan tau.. he he
kerabu mangga ni macam2 cara gandingnya.. boleh wat lauk atau diratah cam tu jek.. bab tu lah kejadiannya agak2 manis gitu..
Ni sajer bagi posing banyak2 ader sesapa nak try..
boleh tengok kat SINI 
pernah n3 sebelum neh.. atau meh tepek lagi he he he
Kerabu Mangga
  Bahan-bahan
  • 3 biji mangga muda - sagat
  • 3 sudu besar udang kering - goreng tanpa minyak n blend / sebahagian tabur
  • segenggam kacang tanah - nk sedap goreng tnpa minyak n blend / sebahagian ditabur
  • 7 biji  cili padi - suker pedas hi hi hi
  • 3 sudu /secubit ikan bilis goreng
  • 2 tangkai kacang panjang - potong agak2 2cm
  • 1 biji tomato - potong nipis
  • 3 sudu air lemon
  • 1 sudu sos ikan
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula perang
Cara-cara 
** Masukkan udang kering, ikan bilis, cili padi n kacang panjang dalam lesung dan tumbuk kasar.
 * + sebahagian kacang tumbuk,
 * di bekas yang besar, gaulkan mangga yang telah disagat dan tomato bersama bahan tumbuk 
 * + garam n gula.. guna gula perang lagi sedap n wangi.. he he he.. 
 * + sos ikan dan perahan lemon.. 
 * gaul semua bahan sehingga sebati n seimbangkan rasanya..
*****Taburkan kacang tumbuk dan udang kering ketika menghidang... 
SELAMAT MENCUBA..

Sambal kering aka Sira (Kacang Tanah & Ikan Bilis)

Sambal kering aka Sira (Kacang Tanah & Ikan Bilis)
Assalamualaikum.. menu kudap2 he he he maklum lah kalau dah takde aper yang nak dileburkan kita main lebur2 aje ikut aper yang ader kat stok tu ye tak? he he he.. nai nak tepek menu febret SK gak kiranyer neh.. cuma boleh dibuat pelbagai versi sama ader kacang n ikan bilis atau boleh gak kalau nak ditambah ngan tempe.. ader panggil sambal kering ataupun sira pedas.. semua2 boleh jek.. Ok lah menu sambal kering neh boleh di ratah begitu sahaja maupun di gandingkan ngan nasi lemak atau aper2 kalu bebetul kering boleh gak disimpan lama sedikit he he he.. kekadang tu time nak puasa wat awal2 sambal ni kot2 terbangun lambat kiranya lauk segera atau wat pembuka selera he he he.. jom layan Sambal kering aka Sira (Kacang  Tanah& Ikan Bilis) yang simple n seap neh he he he

Sambal kering aka Sira (Kacang Tanah & Ikan Bilis)
jom erma tepek tuk dikongsi bersama...
Sambal kering aka Sira (Kacang Tanah & Ikan Bilis)

Bahan2
250 gram kacang tanah - goreng dan ketepikan
100 gram ikan bilis siap dikupas - goreng dan ketepikan.

Bahan2 sambal
1 mangkuk cili kering yang telah dikisar - mengikut kepedasan
3 biji bawang putih - kisar
7 labu bawang merah - kisar
1 biji buah keras - kisar
1/4 cawan air asam jawa
1 sudu kecil garam
1/2 cawan gula
minyak untuk menumis

Cara2
* Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau n masak
* + cili kering yang telah dikisar
* + garam
* + air asam jawa.. masak sehingga pekat dan sebati
* + gula.. masak sehingga bahan benar2 masak n berbuih.. tanda gula betuk2 masak
* setelah bahan benar2 masak, masukkan kacang yang telah digoreng.. gaul sebati.. kalau boleh sentiasa gaul untuk elakkan hangit.. 
* bila semua bahan sebati.. baru masukkan ikan bilis yang telah digoreng.. gaul rata n Siap..mudahkan? 

SELAMAT MENCUBA..

Selasa, 17 April 2012

Lemak Labu n Kacang Panjang

Lemak Labu n Kacang Panjang

Salam semua.. ni menu lunch arini eerrrkkk.. Alhamdulillah kenyang he he he.. tapi nak wat camana keje kan so pepagi sebelum gi kejer dah masak sesiap n tapau gi keje he he he.. bukan aper nak syer sejarah dah hampir 1 tahun lebih kami tak gi cafe hu hu hu hu.. cenggini citanya.. pada satu ketika ni, aku tak tapau makanan.. senang kata tak masak lah.. he he he.. so kat opis lak aritu sangat lah bz.. memang x sempat nak bekpes... skip lah kiranye.. tepat jam 12tgh masyaallah betapa berkeroncong perut neh so ngan panas2 gaban redah gak gi cafe ngan opismate aku efa.. dengan lemah bab lapo n longlai langkah bab panas terik huh dlm 10-15minit baru sampai cafe.. tau aper jadi.. subhanallahwalhamdulillah.. semua lauk pauk habis kecuali nasi n baki kuah2 jek.. aper perasaan.. hhhooooooooooo bengang dh tak berguna lagi so.. aku ngan efa makan nasi berkuah  jek.. sebab perut dah lapo hu hu hu.. sejak tu kami bertekat untuk tidak gi cafe.. bab sedey tak dapat lauk tapi bukan pangkah cafe.. diaorang tak salah hu hu hu kami yang takde rezeki he he he.. itulah al-kisahnyer..
Oklah panjang cita pasal sejarah.. ni nak cita pasal n3.. lemak labu.. taklah spesel mana bab masakpun guna santan kotak segera.. itu jek yang ader kat dapo mudahku itew.. he he he kira halallah tapi rasa tetaplah sedap.. ni 1/2 labu yang dimasak n tunggu lagi sebahagian labu tuk menu seterusnyer he he he.. oklah jom layan sayur lemak labu..
 
Lemak Labu n Kacang Panjang

Isnin, 16 April 2012

Roti John Daging (Mini) - Menu Sarapan Pagi

Roti John Daging - Menu Sarapan Pagi
Assalamualaikum semua.. n selamat pagi kepada semua pengunjung2 Halamanku yang disayangi he he he tqvm diatas kesudian kalian bertandang ke umah yang tak seberanya neh he he he .. ok lah cam biasa kalau n3 yang ado kat Dapo mudah ku ni mestilah menu yang mudah2 n sempat di godak oleh tuan tanah yang kadang kala tak berapa nak rajen nak tepek.. kekadang tu nak on pun tak sempat.. aperlah yang disibukkan tu yer.. ntahapapantah lah jawab nyer.. Ok lah berbalik kepada menu Sarapan yang mudah, cepat dan pastinya sedap disediakan kat Dapo.. taramlah aper yang ader kat peti ajaib ku.. yang penting cukup mengenyangkan dan puas ati.. berbanding ngan beli kat kedai atau pasar2 malam tu.. kadang tu isi ciput.. rasa pun telur jek.. takde beza roti john ayam atau daging betul tak kengkawan.. so kalau wat sendiri.. haaa.. ambek ko.. aper n berapa banyak nak taram he he he he.. Jom layan Roti John ku itew h ehe he

 Susun2 taram2 tiup ngan sos n mayonis..

Tara... siap untuk dinikmati..

Jom aku tepek resepi mudah untuk dikongsikan persama...

Roti John mini

Bahan2 Roti John
Roti - readymade he he he untuk 2- 3 Roti John mini..
5 sudu besar daging cincang - agak2
3 biji telur
3 labu bawang besar - potong dadu
3 ulas bawang putih - cincang halus
3 sudu serbuk kari
1 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
1 sudukecil garam - secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Bahan Rampai
2 Helai Kobis - diracik halur
1 batang Lobak merah - dimayang
sebiji tomato - potong bulat
timun - dipotong bulat..

Cara2 
* sangan/ goreng serbuk kari tanpa minyak.. sehingga harum - ketepikan
* tumis bawang putih dengan minyak yang sangat sedikit.. sehingga harum
* masukkan daging kisar n gesek ngan bawang putih sehingga sebati dan mesra..
* apabila bahan agak sebati n kering.. masukkan bawang besar yang dipotong dadu, sos cili dan sos tiram..
* terus menumis sehingga bahan sebati dan kering.. tambahkan garam
* apabila bahan betul2 sebati.. dia agak peroi.. masukkan serbuk kari..
* bahan akan jadi peroi n kering... (Siap - boleh disimpan dalam peti sejuk dan sedia digunakan bila2)
* Setelah siap kocokkan bersama telur n sedai digunakan..
* tebar atas nonstick pan.. takupkan roti..
*agak kering n masak... 
* susunkan bahan rampai dan tiupkan ngan sos pilihan bersama Mayonis.. Siap
SELAMAT MENCUBA..





Jumaat, 13 April 2012

Rojak Tauhu n Taugeh (versi sambal kicap)

Rojak Tauhu n Taugeh (versi sambal kicap)
Assalamualaikum n salam jumaat semua.. arini happy.. dapatlah join Usrah kejap.. sebelum tu nak ucapkan Takziah di atas pemergian Bonda Rektor KUIS Prof. Dato' Dr. Aziudin bin Ahmad. pada harini kul 10.51pg tadi.. Jenazah akan dikebumikan selepas Solat Asar. Al-Fatihah...
Ok lah berbalik kepada n3 arini.. tak tau nak taram nama aper.. tapi penyediaan yang simple n sedap.. nak wat lauk makan ngan nasi boleh nak ratah camtu jek pun ok.. memang sedap bagi yang suker pedas.. penyediaannyapun simple.. sebenarnyer tang bahan2 boleh letak macam2 contohnya sayur kacang, Sayur kangkung - dicelur tempe goreng macam bahan2 pecal.. cuma tang kuah tu erma wat Sambal Kicap.. blh try.. aper2 pun bahannya he he he jom join sedap neh.. he he he he
Tauhu n Taugeh yang telah di siram ngan sambal kicap..
jemput semua he he he

Khamis, 12 April 2012

Sukun Goreng Rangup

Sukun Goreng
Assalamualaikum... ader sesapa yang suker Sukun Goreng? samalah kita .. aku memang penggemar buah sukun.. tapi selalunya goreng atau wat kerepek.. lupa pulak nak snap gambo buah sukun tu.. he he he permintaan SK goreng garing2 he he he akupun suker ++ cicah ngan sambal kicap.. nyum2 sedap gandingan ngan Nescafe panas.. memang umph!!!.. jom layan menu minum petang kami..
 
yah tu die.. garing2

Sukun Goreng Rangup

Bahan 
buah sukun - kupas, potong n basuh bersih.

Bahan-bahan (celup goreng)
3 sudu tepung gandum,
3 sudu tepung jagung,
sedikit pewarna kuning
sedikit garam, secukup rasa
3/4 cawan air

Cara2
- campur semua bahan didalam satu bekas... kacau dan adun sebati
- setelah bahan sebati blender sekali lagi.. sehingga bahan agak berbuih..
- sedia digunakan celupkan sukun n goreng..
Hasilnyer.. selain rangup, ia sangat rapuh dan beruang udara kat tepung tu.. rangup dan sedap
SELAMAT MENCUBA..

Isnin, 9 April 2012

LEMAK CILI API KETAM

 
Ketam masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum semua.. he he he ni kira menu teringin lah yer.. aper taknyer jarang bebenorler ader menu ketam kat dapo mudah ku itew.. ha ha ha sesekali kalau teringin jawab nyer ader lah menu yang mudah dimasak tapi sukar di makan... tu yang agak maleh nak masak ketam neh.. karang yang tukang makan  aduiisshhh kecoh.. sapa lagi si budak aku ler ha ha ha ha  tapi aperpun masakannyer kalau ketam tu segar pasti manis n sedap rasa isinyer.. Jom layan menu mudah dimasak susah dimakan ha ha ha ha

ha.. aper lagi meh tunjuk lengan sepit yang mengancam neh he he

Jumaat, 6 April 2012

Pengat Pisang & Keladi

Pengat Pisang & Keladi
Assalamualaikum dan salam jumaat semua.. moga semua sihat2 n happy2 jek.. sekejap jek masa berlalu...dah sampai hujung minggu.. ni erma baru dapat pekeliling untuk cuti Umum Pertabalan Yang Dipertuan Agung.. minggu depan hari Rabu 11 April.. Alhamdulillah mmm cuti lagi.. he he he.. Oklah ni nak tepek menu pangat yang jarang2 ader kat list menu dapo ku he he he.. tapi sesekali layan sedap gak kan? lagipun neh hasil tuaian masa balik kampung minggu lepas.. he he he bila tuaian dari kampung neh.. daun pandan pun fresh.. kalau idok.. taram pes pandan jek jawabnyer he he he.. masa bawa dari kampung memang banyak pisang.. mendapatlah juga jejiran sebelah umah n kengkawan opis he he he  bila dah ader pisang, ++ ader keladi.. so terjadilah menu pengat neh.. lemak keladi n harum pisang yang membuka selera... jom layanmenu mudah n sedap neh.. he he he

Pengat Pisang & Keladi

Khamis, 5 April 2012

Ikan Kembung 3 Rasa lagi

Ikan Kembung 3 Rasa
Assalamualaikum... panjang salam.. he he he salam April untuk semua sahabat2 dan pengunjung-pengunjung HalamanKu.. maaf bebanyak di atas kelemauan tuan tanah mengemas sesawang kat dapo ni.. semangat2 kadang tu jangan kan nak n3 nak on internetpun tak sempat.. disebabkan kerja2 n gangguan2 kat sini ha ha ha apalah yang mengganggu tu kan? h eh he he he..
oklah berbalik kepada menu simple lunch kami.. Ikan kembung tiga rasa.. cam biasa yang senang2 aje kat dapo mudahku.. makan ngan nasi panas2 nyum3 Alhamdulillah.. Jom layan menu simple n mudah ni
Ikan Kembung 3 Rasa
ade sesapa nak try boleh jenguk kat SINI atau SINI
senang n sedap tau.. he he he