Salam semua... menu berbuka kami berdue semalam.. he he he cam biaser.. lebur melebur jadi amalan.. balik semalam agak awal bab SK kata die letih banget he he he he so aku balik semalam kul 5.30ptg he he he awal tak.. jangan mara ha.. Jom layan menu simple kami semalam..
Ayam Masak Hitam Manis
Paceri Terung
he he he agak pekat sikit.. tapi memang best..
Wat Popiya buat agak byk n aku frozenkan...
aku wat inti kentang n daging..aka inti karipap he he he.. sebelum ni dah wat inti sayur..
tu dia aku frozenkan..
Jom aku syer resepi ayam Hitam Manis ni..
-AYAM HITAM MANIS-
Bahan2
*Ayam 250grm
Potong Ikut suker.. goreng 1/2 masak n ketepikan
Bahan Tumis :
* Rempah 4 sekawan
* 3ulas bawang kecil
* 3ulas bawang putih
* 1 inci halia
* 1 inci lengkuas
* 3 sudu cili kering yg telah dikisar
* 1 sudu serbuk jintan manis
* 1 sudu serbuk jintan putih
* 1 serbuk ketumbar
Bahan B
* 2 btg serai dititik
* 1 labu bawang besar.. dimayang
* Kicap secukupnyer
* garam n gula secukup raser
Cara2
* Panaskan minyak, goreng Rempah 4 sekawan. + Tumis bahan2 tumis sehingga harum n masak.. + serai
* Masukkan Ayam yang telah digoreng 1/2 masak tadi.. masak n gaul sebati
* setelah bahan mesra + kicap n perasakan ngan garam n gule ...
* Kalau nak kuah bleh tambah air.. senangkan?..
Atas permintaan meh erma tepek resepi pajeri terung..
-PAJERI TERUNG-
Bahan2
4 biji terung panjang (potong ikut suker)
2 sudu besar rempah kari daging
1 cawan santan pekat
2 sudu kerisek
1 btg kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
1 sudu besar udang kering
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
minyak untuk menumis
garam n gula secukup rasa
Cara-cara
*Blend bawang putih, bawang merah, udang kering. Gaulkan dengan rempah kari.
*Tumis bahan blend tadi dgn rempah kari , kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga pecah minyak.
*Masukkan santan, biarkan sampai mendidih + terung, , perasakan dgn garam dan gula . Masak sehingga kuah pekat. akhir sekali + kerisek... jika ingin berkuah + air..
Selamat Mencuba..