Memaparkan catatan dengan label Puding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puding. Papar semua catatan

Khamis, 31 Disember 2015

KUIH BAKAR JAGUNG @ BINGKA JAGUNG & SELAMAT TAHUN BAHARU 2016

Kuih Bakar Jagung @ Bingka Jagung

Assalamualaikum semua.. harap semua pengunjung-pengunjung Halamanku sihat2 n happy2 ni kiranya ni last n3 tuk 2015 hihihi cam poyo tak hahahaha.. dah lah tak seberapa n3 2015 ni..  ni cita malam tadi.. tengah2 lepak tgk berita.. tetiba tekak ni teringin nak makan Kuih Bakar Jagung @ Bingka Jagung.. so teruslah ku meleburkannya.. hahahaha tak yah kagum tau.. kuih bakar @ bingka ni lebur2 blend2 jer.. hihihihi..

Bahan2 
x snap gambo telur n esen vanila..

siap2

45 minit kemudian..
Bako malam tadi.. pagi barulah sambung tuk memotongnyer

pagi2 tadi wat bekpes..

tgk.. banyak buh jagung hihihi satu adunan, satu tin jagung ku lebur
hihihihi.. tu lah dia, kalau wat sendiri tu mmg banyak isi lebur.. puas makan..

SELAMAT TAHUN BAHARU 2016 SEMUA .. 
SEMOGA SEGALA YANG TERBAIK UNTUK ANDA SEMUA N TERLAKSANA SEGALA AZAM N IMPIAN...
maaf di atas segala kesalahan n kesilapan sepanjang tahun 2015..

Khamis, 16 Jun 2011

Agar-Agar Santan versi Pandan

Agar-Agar Santan versi Pandan

Salam semua... sihat? ni nak tepek n3 projek mlm tadi... ha ha ha lepas2 lipat n susun pakaian aku godak jap .. teringin nak makn agar2 Santan gula melaka sebenarnyer..mmmm sedapnyer.. terasa2 sejuk2 lalu kat tekak ni nyamannyer....so .. godak nyer godak.. dengan cnfdn nyer... huh Gula Kabung habis... hu hu hu agar2 dah masak so... aku gantikan ngan Pandan.. Boleh camtu? ha ha ha merungut sorang2 hu hu hu SK x der.. cam biaser gi main Futsal... so jadilah Agar-Agar Santan versi Pandan... kira halallah yer... seeeddaapppp..tapi kompom wat lagi.. nak juga Agar2 Santan gula melaka ha ha ha jom layan...


ni die.. kasi posing sama dia ha ha ha

ni semasa baru lepas dimasukkan dalam bekas.. tunggu sejuk n beku

wat 10g agar2 dapat byk juga..

mudah.. letak dalam bekas siap2..
mudah dibawa n makan ngan kengkawan opis... jom mkn..
nak resepi.. boleh rujuk SINI cuma erma gantikan ngan paste Pandan..

Isnin, 13 Jun 2011

Puding Mangga

Puding Mangga

Salam semua... ni nak tepek n3 rentetan buah mangga pemberian memberku Kak Tini... maklumlah mangga tu bukan sahaja sedap n manis... besar lak tu.. kalu sekali hadap alamatnyer mmm x habis ler kan.. so sebahagian tu aku wat puding... puding mangga yang ku cipta ha ha ha.. tapi respon baik dari SK n kawan2 SODAP ha ha ha x dapat nak nolong wat x banyak... terus aku simpan resepi ciptaanku itew... mana tau karang nak wat lagi lupa lak ha ha ha masa wat tu ikut2 perasaan he he he jom layan Puding Manggaku itew..

ha'ah wat sesiap masuk dlm bekas.. kecil2 mudah nak bawa ke office..
wat tak banyak dapat 8 bekas kecilni..
ok lah untuk rujukanku masa akan datang meh aku tepek resepi...

Bahan2 ( dapat 8 bekas kecil n 2 standglass)
A. (bhg/lapisan bawah)

2 cwn buah mangga masak ranum (potong dadu) + kisar ngan 2 cawan air
11/2 cwn tepung jagung
1/2 cwn tepung beras
1 cwn gula
1 cwn air

Cara2
* campurkan semua bahan kacau sebati
* masak atas api yang sederhana sehingga mendidih n likat..
* setelah masak masukkan kedalam bekas pilihan n biar sejuk
* Tidak Perlu + apa2 bahan pewarna.. cukup warna Asli mangga
* sediakan bahan lapisan atas

B. (bhg/lapisan Atas)
1/2 cwn tepung beras
1 cwn santan pekat
1/2 cwn air
1 sudu kecil garam

Cara2
* campurkan semua bahan kacau sebati
* masak atas api yang sederhana sehingga mendidih n likat..
* setelah masak masukkan ke atas lapisan pertama (mangga)
* biarkan sejuk
* tambah potongan mangga yg dipotong dadu (bukan hanya hiasan tapi sedap dimakan bersama puding)

SELAMAT MENCUBA













Khamis, 14 April 2011

Ta-koh Sa-ku (Puding Sagu dengan Pati Santan) II

Pudang Sagu vs Pati Santan

Assalamualaikum semua... morning... ni nak tepek pepagi menu pilihan tuk Mesyuarat KPK semalam.. he he he dengan tibanya giliran Biro kami tuk sponser jamuan... SK request tuk pencuci mulut aku yang wat.. x tau aper nak wat.. asalnyer nak wat tepung pelita.. sekali x de stok sengkuang mmmm nak wat dadih.. cam biase lah pulok.. so aku teringat nak wat puding Sagu ni... sambutan amat menggalakkan.. alhamdulillah.. he he he aku ni tang kuih lembik2 agak kureng.. so sangat happy bila kengkawan suker makan... n atas permintaan kengkawanlah aku tepek n3 ni sekali lagi.. kepada yang menyumbang idea asal tqvm.. Izah Tokey muffin n kepada sesiapa sahaja yang turut menyumbang... jom layan Puding Saguku itew...

setelah bahagian Sagu disudukan ke dalam bekas..
sementara sejuk bleh kacau bahagian Pati Santan ..

Pati Santan telah disudukan..

simpan dalam peti sejuk.. sedap dihidangkan ketika sejuk2

Kepada sahabat2 ahli mes. KPK yang nak resepi semalam meh boleh tgk SINI atau ni erma tepek..

Bahan-bahan

1/2 cawan sagu
1/4 cawan tepung ubi/tepung jagung *saya guna tpg jagung
3 cawan air
1/4 cawan air pandan pekat atau 1 sudu teh pandan paste
2/3 cawan gula (lebih kurang 9 sudu besar)

Bahan2 utk pati santan:

1 cawan santan pekat
1 cawan air
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam

Cara-cara

Basuh sagu dan rendamkan lebih kurang 1/2 jam dan toskan.
Masukkan sagu, air, tepung ubi/tepung jagung dan air pandan/pandan paste ke dalam periuk. Kacau atas api sederhana.
Apabila campuran menjadi pekat, masukkan gula dan kacau hingga gula larut dan bancuhan bertukar menjadi jernih.
Sudukan ke dalam bekas dan ketepikan.
**Cara2 utk membuat pati santan:

Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau atas api kecil sehingga masak dan pekat.
Sudukan ke atas Puding Sagu. Sejukkan dulu baru la dihidangkan..

SELAMAT MENCUBA

Rabu, 23 Mac 2011

Ta-koh Sa-ku (Puding Sagu dengan Pati Santan)

Puding Sagu dengan Pati Santan

Assalamualaikum.. semua.. morning2 mmmm semangat ... terlambatkah aku untuk mencuba resepi yang .... sedap.. rugi kalau tak cuber he he he siyes aku dah cuba SK suker.. mkn time sejuk2 nyum2 lembut n nyaman jek.. rasa yang sangat sangat seimbang... syedap...tqvm kepada sahabatku yang rajin Izahdaut mmm memang tidak mengecewakan.. ramai gak yang dah try Kak Mas Duniaku n ramai lagi.. jom layan Puding Sagu Pati Santan...



mmm struktur yang agak lembut..
sedap dimakan ketika sejuk (ais) atau suam.. nyum2

jom erma tepek resepi mudah n sedap ni...
mintak halallah Izah yer..kalau nak yang comei blh terus gi  Dapo Izah yer..

Bahan-bahan ( 6 bekas )


1/2 cawan sagu
1/4 cawan tepung ubi/tepung jagung *saya guna tpg jagung
3 cawan air
1/4 cawan air pandan pekat atau 1 sudu teh pandan paste
2/3 cawan gula (lebih kurang 9 sudu besar)

Bahan2 utk pati santan:

1 cawan santan pekat
1 cawan air
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
Cara-cara

Basuh sagu dan rendamkan lebih kurang 1/2 jam dan toskan.
Masukkan sagu, air, tepung ubi/tepung jagung dan air pandan/pandan paste ke dalam periuk. Kacau atas api sederhana.
Apabila campuran menjadi pekat, masukkan gula dan kacau hingga gula larut dan bancuhan bertukar menjadi jernih.
Sudukan ke dalam bekas dan ketepikan.

**Cara2 utk membuat pati santan:
Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau atas api kecil sehingga masak dan pekat.
Sudukan ke atas Puding Sagu. Sejukkan dulu baru la dihidangkan




Isnin, 14 Februari 2011

KUIH BAKAR JAGUNG aka BINGKA JAGUNG

 

Salam semua... morning... ader yang sambung cuti? he he he seronok lah yer.. aku plan nak cuti gak tuk sambung sampai esok.. maklumlah esokkan cuti Maulud ar-Rasul... aperkan daya sok 9pg SK ader meeting so.. kita luperkan jer ok... he he eh ok lah n3 harini nak syer kuih Bakar Jagung atau Bingka Jagung he he he ader ker yang wat? he eh he tapi memang best.. kuih yang aku wat n Alhamdulillah SK suker... resepi asal Dapo Izzahdaut atau Dapo Cikgu Zana cumer aku dah edit2 ikut bahan yang ader kat umah.. selalu wat Kuih Bakar Pandan.. kononyer nak wat Kuih Bakar Pisang.. tgk kat kat dapo Izah tuk SK tapi... xder lah pulok budak pisang ni.. so aku tukar ngan Jagung... he he eh sedap tau.. meh cuber 

yang ni dah ready nak masuk oven..
meh aku tepek resepi mudang n sedap ni...

Bahan2


1 sisir pisang masak di lenyek kasar - erma tukar 1 cwn jagung (dlm tin)
1 cwn tepung*
3/4 cwn gula*-boleh kurangkan
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat/cair*- saya guna susu segar
1 biji telur*
2 sudu besar butter*

Cara2

1. Blender semua bahan*
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
4. Bakar 180C selama 45 minit.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi bestt
*Kalau nak potongan cantik kena tunggu kuih sejuk dulu, 
 
ni dah siap bako n kuar dari oven
bakr agak garing tgk kerak tepi2 SK suker... he he he

Wokey kengkawan siap ... boleh mkn meh2 he he he


Khamis, 10 Februari 2011

Puding Roti Pandan II

Puding Roti Pandan

Salam semua.. n3 kalini menu berulang Puding Roti Pandan ... ader permintaan so kita wat lagilah yer.. he he he cuma kalini tergaring sikit... tapi SK suker lak yang garing ni... sebelum ni ader gak wat Puding Roti ni.. permintaan Kak Rose@ila kita.. byk n kita jamu lah tuk urusetia KPK.. sambutan Ok n ramai kata sedap he he eh betul ker sedap.. syukur selesai.. SK kata sedap he he he sedaplah tu he he he ader sesiapa nak cuber bleh tgk SINI atau resepi asal Dapo K.Hana

Puding Roti Pandan senang n cepat disediakan...

Wat guna 8 keping roti.. byk tu... tapi SK mkn laju jek he he he

Selasa, 4 Januari 2011

Puding Roti Pandan

Puding Roti versi Pandan

Salam semua... selamat pagi... pagini sarapan Pisang Goreng jek.. x yah n3 lah yer... he he he.. ok ni projek malam tadi.. balik kejer awal.. siap dinner 7.30ptg.. so awal lagikan... ader lak lebihan roti wat sandwich aritu... teringat Puding Roti Kak Hana kita tu... tapi stok jagung ilek..aku beralih ker puding roti kat umah K.Hana tapi aku x wat sos kastard...he he he so aku cuba wat aper yg ader kat umah... memang sedap SK pun suker... dengan bau harum susu vs pandan...mmmm cukup wangi n menyelerakan... Jom layan puding Roti versi aku lak... jom layan...

wat tak banyak.. 5 keping roti erma potong empat setiap keping..

mmmm sedap meh lah...
mintak halal yer kak erma cnp resepi... jom layan...

Bahan-bahan




8 keping Roti
* 500 ml Susu segar
* 4 sudu besar Gula halus
* 2 sudu besar Butter- cairkan
* 2 biji Telur
* 1 sudu teh Esen vanilla
* 1 sudu besar Tepung Jagung
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon
* 1 sudu esen Pandan (Erma Tambah)
* beberapa titis pewarna hijau (Erma Tambah)

2 sudu besar Kismis

Untuk Sos Kastard (erma x wat)

1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
2 s/b gula

Cara-cara

Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
Taburkan kismis diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.

Tuang ke atas puding roti tadi.


Jumaat, 26 November 2010

Agar2 Santan Gula Merah


Agar2 Santan Gula Merah

Salam sumer...Selamat ari Jumaat.. sorylah dah petang baru nak n3.. maaflah harini sibuk banyaklah he he hehe manjang sibuk.. ye ker? betul.. kompom tak tipu.. mcm2 program nak wat kat KUIS ni.. nak wat camana dah keje ye tak? Oklah ni nak n3 projek mlm tadi... aritu aku ader nampak kat dapo Kak Nur..terliur.. dulu pernah wat tapi x lak n3 aper taknyer malu wei... sokmo santan ntah mana lari layournyer ha ha ha.. rasa ok tapi ruper mmm alahai.. lepas dah terliur kat umah Kak Nur aku try wat lagi mlm tadi...SK tido awal.. letih giler katanyer.. so aku godaklah sorang2 kat dapo.. penuh hati2 gitu dgn harapan layourku menjadi... ha.... tgk tu sucsess tu ha ha ha ha appy sgt2 sampai kejut SK tgh he he he ye lah ngan sapa lagi nak syer... ha ha ha kelako.. pagi ni memasing bawa gi opis.. ye lah bebanyak.. sapa lak nak makankan?
Jom layan agar2 Santan Gula Melaka ku itew...
ha tu dia... bukan sahaja Syantiq malah sedap... cukup sifatlah...
masuk bekastu pulak.. macam2 bentuk ade

aperpun Syukur n tq Kak Nur dan kengkawan yang turun temurunkan resepi ni.. jom aku tepek resepi...

Agar-Agar Santan Gula Melaka - Hakcipta Kak Watie
Bahan-bahan

* 10g serbuk agar-agar
* 1/2 cawan gula merah (erma guna Gula Kabong/Melaka)
* 1/4 cawan gula putih
* 1150 ml air
* 120ml air campur 1 paket santan serbuk (guna Santan Kotak M&S)
* 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
* secubit garam
* 1 helai daun pandan
 
Cara-cara

* Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis)
* bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
* Kecilkan api
* kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
* Tuang kedalam acuan yang anda suka
* Sejukkan baru di dinginkan dalam peti sejuk!





Selasa, 15 Jun 2010

Puding Blossom


Set Puding Blossom


Salam semua.. n3 kalini wat puding blossom... he he he he.. ader stok laici, jenjalan umah K.Hana Jepun nun n jumpalah menu ni n akupun mencubakan diri.. Tq k.Hana syedap n laku.. tapi tang dekotu aku x de acuan cam k.Hana so aku pakai aper yang jek ok ker camtu... jom layan.. bila nak mkn aku siram jek ngan susu segar..cambiaser.. aper yang ader kat peti ajaibku itew..


Jom.. makan time syejuk2 best..


Isnin, 12 April 2010

Puding Mangga

Puding Mangga

Salam semua la la la.... n3 ku ini pengaruh blog member2 ku... ha ha ha.. sebenarnyer minggu lepas bondaku lepak umah seminggu... so ada beli buah mangga... banyak tak banyaklah tapi sempat aku wat puding ni.. memang best.. bagi penggemar cam akuni he he he.. jom layan.. banyak ni... memang yummy..

Puding ManggaKu..

Khamis, 18 Februari 2010

Puding Roti

Puding Roti spider web
Salam... ha ha ha n3 lagi... buat malam tadi n bawa bekal gi keje.. SK request.. die suker makan... aku suker buat jek he he he.. janji licin..
Bukan aper dok rajin n3 ni.. ngah bz n boring ngan "COPIA" n meeting yang bertimpa2 hu hu hu yeke... leh percayer ke... ntah yang penting ntah aper2 ntah yang aku akan wat tuk lawatan copia ni hu hu... time tu bos aku gi brunei.. harp2 juruaudit tak singgah bleh ke? he he he
Puding Roti Spider web Ku..
Puding rotini dah banyak kali aku wat.. bile ader yang request so akan terjadi lagiler web ni.. kalau tak he he he.. tapi bahaya gak kalau lama tinggal takut luper he he he.. jom.. join banyak nie... jangan segan ambil sorang sepotong ye...


Tengok tu... he he he... berjaya spiderku wat keje... SK senyum jek.. sebab die memang suker...


Jom kita layan resepi..

*4 keping roti
*2 biji telur
*1/2 cawan susu pekat
*170ml susu cair
*8gram serbuk agar2 @ sepeket
*1/2 cawan gula - bleh kurangkn
*2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
*31/2 cawan air
pewarna asal(kuning) dan coklat. (terpulang masing2)
Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn).
Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
Bahagi kepada 2. masukkan warna pilihan dan kacau sebati.
Ambil sesenduk warna coklat dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna kuning, tuang di atas warna coklat tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tk payah ratakan atau kacau. kemudian ambil pula warna kuning tuang di atas kaler coklat pula. ulang smula n berselang seli mengikut warna dan buat hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb pudingmudah sejuk dan membeku.
Enak dmakan ketika sejuk (masukpeti sejuk)syedap....

Isnin, 5 Oktober 2009

Menu simple makan malam..

N3 kali ni makan malam semalam... menu simple mee goreng.. memang da lama tak makan mee goreng alah mamak, siap alas daun pisang x tahan.. ni keje DeqNa ler aper lagi housemate aku itew... ader lebihan daun pisang masa wat ikan bakar aritu... he he he
lepas dinner aku bersilat kat dapo...wat puding roti.. sucsess..walaupun aku x beraper gemar makan kuih muih aka lembik nier he he...
kak Hana sucses tqvm atas tunjuk ajarmu itu... tapi lambat baru nak wat... bz kononnyer... jom layan...
mee goreng sedap... he he he

puding roti marbleku.. sorry kualiti gambar yang amat kureng...

clouseup sikit...ok ker...DeqNa n my MFR suker...depa yg perabih...aku...he he