Memaparkan catatan dengan label Sate. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sate. Papar semua catatan

Selasa, 4 Jun 2019

MENU BERBUKA RAMADHAN 30 2019

Menu Berbuka Ramadhan 30

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamanku.. sayu rasa hati meniti akhir Ramadhan, arni dah mula nak masak2 untuk persiapan Syawal esok, so ptg tadi SK ajak gi jalan2 kat Down Town Jalan Reko.. Kat sana Azfar request mkn ayam kepak madu.. pastu jalan2 n balik hihihi otw balik SK beli Sate.. hihihi Alhamdulillah.. Jom Layan Menu Berbuka Ramadhan 30..

Sate Ayam n Daging

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
kepada semua pengunjung-pengunjung Halamanku..

Sabtu, 10 Jun 2017

MENU BERSAHUR RAMADHAN 14 2017

Menu Bersahur Ramadhan 14 2017

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku semua, Apa khabar harini? Hari Jumaat penghulu segala Hari, cuaca pagini pun tenanang2 jer.. nyaman, cuma kat blok ku dah bermula hiruk pikuk pelajar2 Diploma n Degree yang telah memulakan sesi perkuliahan, berbanding pelajar2 ku yang masih bercuti n akan mula menjalani perkuliahan lepas Raya. 
Baiklah berbalik kepada n3 kalini nak share menu bersahur kami pagi tadi.. nampak tak makin lama makin ringkas menu bersahur kami hahahahaha.. apalah nak jadi ni yer... hihihi mlm tadi SK request nak menu Sup Ayam merangkap menu Azfar bento ke pengasuh harini, tekak tuan tanah pulak teringin nak makan ayam rempah (rempah Sate) cuma ku tumis, x goreng nak juicy2 sikit tapi x mo berkuah.. hihihi macam2 lak kan  jom layan

Ayam Rempah Sate
nak ke resepi? meh kita tepek

Ayam Rempah Sate dan Sup Ayam
alamak lupa pulak nak snap sambal kicap.. hihihi halal lah yer


Ayam Rempah Sate

250g Isi Ayam - potong kiub basuh n toskan.


Bahan kisar
*1 labu Bwg bsr
*5 ulas Bwg putih
*1 inci Halia
*1 inci Lengkuas
*2 btg Serai

Bahan/rempah Sangai
3 sudu Serbuk ketumbar(sangai)
1 sudu Serbuk jintan manis(sangai)
1 sudu Serbuk jintan putih(sangai)
1/2 sudu serbuk Kunyit
Garam dan Gula secukup rasa 

Cara 2 

1. Kisar /tumbuk  yg bertanda * x banyak menggunakan air.

2. gaulkan isi ayam yang telh di potong kiub dengan sedikit gula
3. tambahkan bahan kisar, gaul sebati 
4. tambahkan bahan/rempah sangai
5. gaul sebati dan perap 1/2 - 1 hari, lagi lama lagi meresap bahan rempah n lagi sedap.
6. siap untuk di bakar (sate) @ panggang atas pan @ goreng, kalini kita leburkan atas pan dengan sedikit minyak, ala2 menumis, sbb nak juicy2 kuah2 sikit..

Selamat Mencuba..


Khamis, 2 Januari 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014 (Homemade Sate)

 Set Homemade Sate

Assalamualaikum semua... dikesempatan ini tuan tanah neh ingin mengucapkan selamat Tahun Baru... kepada semua sahabat2 yang mengenalai diri ini tak kira dimana anda berada... Semoga Menjelangnya Tahun 2014 membuka lembaran Baharu yang lebih bermakna n baik kepada anda semua... kita tutup buku lama... TAPI bagi Azam 2013 yang tak tercapai tuh kita continue ke 2014 pulok lah yer.. he he he
Ok lah berbalik kepada Tajuk n3 pada ari neh... ni menu semalam... katanya cuti New Year... malam tu aku peraplah ayam ngan rempah bagai... saja nak merajinkan diri ahaks... jangan gelak ok... ni bukan kali pertama aku wat Sate aka bakar sate neh... maklumlah duk appart. neh mana nak mengipas arang bagai yer tak.. boleh kalau nak tgk n3 yang lepas2 kat SINI atau SANA

Telah ku potong kiub, isi ayam aku gaul ngan rempah + lidikan (cucuk lidi)
bungkus n perapkan semalaman.

simpan kat peti sejuk bah. sejuk beku..
kira ok lah tak lah berair..bagai..

sejukkan suhu bilik sekejap n boleh mula membakar yer puan-puan.

buh jer atas non stick pan tu.. sonang kojo..
tak mo daging jadi kering kita renjis2 ngan minyak + 1sudu gula perang

Tara... Siap.. lama taklah lama.. ok jer..
sihat gak bab kurang minyak he he he

Set Sate Ayam..
sedap n mudah disediakan...

Rabu, 12 Oktober 2011

Sate Homemade

 Set Sate erma Heryzal
Assalamualaiku semua... he he he n3 harini.. sebelumtu maaf bebanyak atas  kesibukan yang x menyempatkan tuan tanah nak mengemas umah ni huh berpeloh gak ni.. he he he ok lah n3 arini..mood rajin.. yer ker? ni lah kalau dah boringkan.. cuti2 aperlah nak wat.. baki nasi impit ader lagi.. SK rajin lak merebusnyer... baki kacang kisar ader lagi.. ah jom main cucuk2 sate? banyak tak lah banyak.. ni yang n3 kira terpilihlah yer ha ha ha pssttt.. abaikan kalau nampak sateku yang kehangusan itew.. he he he kira halallah yer... jom layan sate sedap

Set Sate simple.. 
lupa lak nak snap masa membakar... bakarker? atas n-stickpan he he he
alamak cover2 nampak gak yang rentung ha ha ha 
ni erma tepek resepi tuk dikongsi bersama..

 Bahan Perap
  • 1/2kg  isi ayam 
  • 3 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1inci lengkuas
  • 1cm halia
  • 1cm kunyit hidup
  • 3 batang serai
  • 3sb ketumbar
  • 1sb jintan putih
  • 1sb jintan manis
  • 3sb gula
  • 1sk garam
  • perahan 1 biji limau kasturi.. bantu serapan n daging lembut cepat masak..
** kisar bahan2 di atas n perapkan dengan daging atau isi ayam.. selalu erma wat ayam..
- Perap lebih 1 jam.. selalu perap semalaman esok baru cucuk kat lidi n biar lagi.. bunngkus dlm plastik elak daging perapan kering.
- sedia di bakar.. kalau nak bakar atau goreng atas kuali n-stik potongan daging jgn besar2 sgt t lambat masak...

SELAMAT MENCUBA

Khamis, 28 Oktober 2010

Sate Homemade

Set Sate HomemadeKu

Salam semua... ha.. pepagi dah n3 laju2 sebelum bz n line tenet mogok ha ah ha ha..pasni nak rayau umah kawan2..rindu lama x gi dapo diaorang..n3 tertunggak lagi...he he he oklah kalini nak syer menu makan malam... ni menu hari Sabtu malam Ahad.. panjang ceritanya... he he he Sk pepagi dah kuar nak baiki 2 biji moto he he he termasuk moto i lah tu he he eh.. lama x service tu.. ape taknyer.. latelyni musim ujan so.. manjang naik keta ha ha ah.. Oklah.. tgh2 SK gi baiki moto.. aku keboringan bab sumer kejer dah siap.. so.. watlah aper yang patut tapi set kamini x lengkap.. boleh x perasan nasi impit entek.. sudahnyer aper yang ader je ye Yang.. ha ha ha kira halallah..

Set Sate Ayam
ha.. ader yang tertanya bako kat mana? maklumler.. umahku yang comel itew... tapi jangan kita kufur nikmat.. meh kita mintak tolong pan Ajaib Chik Mimi kita...

Ha.. meh bakar sate.. x byk guna minyak..
compom sihat..pssttt asap pun tadak.. bersih dapo ha ha ha

Jom Bakar Sate ha ha ha
Aku kureng sikit Sate Daging suker Sate Ayam...mmm syedap..