Memaparkan catatan dengan label SOS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SOS. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Mac 2019

YONG TAU FOO (HOMEMADE SAUCE)


 
Yong Tau Foo

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halmanku.. sihat semua? Lama rasanya tuan tanah tak bersiaran.. sibuk? hihihi tak juga tp tiada kesempatan untuk kemas Dapoku ni, nak kata x berasap? tidak juga? tapi tu lah.. 'M' sesangat hahahaha, sampai penat  megemas habuk2 n sawang2 Dapo ni.. mmm alahai, oklah berbalik kepada n3 kalini nak berkongsi antara menu yang digemari (Yong Tau foo) sedap kan, kalau kita ke pasar malam ini antra menu yang dibeli bawa pulang… tapi kalau dapat yang sedap sos nya.. kalau tidak kecewa juga.. 
Jom Layan Yong Tau Foo ku.. nyum.. nyum..

Set Yong Tau Foo

Yong Tau Foo Sup 

kalini nak share, dah berkali juga membuat Sos Yong Tau Foo ni, test n error.. Alhamdulillah kenalah selera kita..

ramai juga sahabat2 yang telah ku kongsikan, atas permintaan ku kongsikan resepi Sos Yong Tau Foo di sini.

Bahan2 Yong Tau Foo
antara yang digemari, Kulit Tauhu, Wantan, Kue Tiaw, Bebola Sayuran n Sayur Kangkung
Bahan2 ni beli Kat Mydin, Satu pek RM2.99.. untuk semua ni dapat ku ulang masak 2 kali.. banyak bila dah celur n campur2 semua bahan..

Rebus/celur bahan2

Bahan selesai direbus/celur dan di potong2

Sos dan Kacang Tumbuk

Papa dan Mama versi  Sos

Azfar versi Sup

Yong Tau Foo

Resepi Sos Yong Tau Foo - Simple

Bahan2 Sos

10 Tangkai cili kering -  kisar (ikut kepedasan)
1 inci belacan - bakar/ goreng dengan sedikit miyak
1 Ulas bawang Putih
11/2 cawan air
3 sudu gula perang
sedikit garam
kicap secukupnya (untuk warna)
tepung jagung (untuk memekatkan kuah)

Bahan Aksesori - Tabur
Bijan @ Kacang Tanah Tumbuk

Cara-Cara

1. Kisar Cili kering+bawang putih n belacan
2. campur semua bahan2 dan masak kecuali bahan aksesori ke dalam periuk dan rebus hingga kuah agak pekat n cili masak.
3.Masak lama untuk mengurangkan rasa pedas dan cili masak. jika kering, tambah air dan masak lagi hingga pekat.
4. Tambah tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air... untuk pekatkan kuah.
5. tuangkan kicap agak-agak untuk kaler
6. Perasakan garam n gula secukup rasa.
7. Siap.. Tutup api n boleh di gunakan
8. Taburkan bijan sangai/kacang tumbuk atas bahan-bahan pilihan untuk Yong Tau Foo.
SELAMAT MENCUBA







Isnin, 28 Mei 2018

MENU BERBUKA RAMADHAN 12 - 2018

Set Ayam Goreng Crispy

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku, Menu Apa Berbuka petang ni? 
Tuan tanah macam biasalah yea Menu yang mudah2 hihihi harini kita lebur Ayam Goreng Krispy, KFC? ala- lah yea.. hihihi ye lah bulan-bulan puasa ni nak mkn KFC cam terkejar2 waktu Berbuka n Solat, so lebur je lah apa yang ada kat peti ajaibku tu, so ni lah menu simple kita arini.. jom layan

Nanas Madu
antara buah feberet tuan tanah, Tqvm Tr. Zulaika,
kredit tuk tr. Ika, sbb kita tempah beli nanas kat tr. Azfar.. murah n puashati.. 
nyum nyum..

Set Azfar
Set Ayam Crispy + Coslow vs Mayo & Sos

Manu Papa n Mama
Set Ayam Crispy+Coslow vs blackpepper sos
nak respi boleh tengok SINI atau tengok  SANA

Jumaat, 22 Disember 2017

ISI AYAM MASAK SOS SOUR PLUM

Isi Ayam Masak Sos Sour Plum

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku.. Apa khabar semua? harap2 semua sihat2.. maaf tuan tanah jarang bersiaran dek kekangan n macam2 perkara yang mengejutkan berlaku hihihi... nanti kita story yea, tak bersiaran tidak bermakna rutin ini terhenti, cuma belum berkesempatan utk ku kongsi n abady di Halamanku ini, ok lah berbalik ngan menu simple mudah n sedap ni.. memang masyaallah resepi lebur meleburku berjaya dengan bahan2 yang ada hihihi Alhamdulillah mmg sedap n sesuai ngan tekak ni n puteraku Azfar.. maklumlah x pedas, so ok tuk lauk Azfar juga, cuma di samping ulam n sambal belacan tuk SK, hihihi SK suka juga ngan sambal belacan, so sedap sikit hidangan lunch ni.. jom layan

Isi Ayam Masak Sos Sour Plum vs Ulam Sambal Belacan


Ayam Masak Sos Sour Plum

Bahan- bahan
200grm Isi Ayam - 3-4keping Ayam
100grm Kacang Buncis - pilihan sayur untuk rampai
1 Labu bwg besar potong Baji

Bahan Kisar
3 Ulas Bwg merah
1 Ulas Bwg pth
1 inci Halia

Bahan Sos
3 sudu Sos Sour Plum
2 sudu Sos Cili
1 sudu Sos Tiram
1 sudu Kicap manis
1 sudu kecil lada hitam

garam n gula secukup rasa

Cara2
1. Bersihkan dan potong isi ayam ikut pilihan

2. perapkan isi ayam dengan bahan sos dan lada hitam - rehatkan sebentar

3. tumiskan bahan kisar sehingga harun n pecah minyak.

4. Masukkan isi ayam yang telah diperap bersama bahan sos perapan

5. gaul sebati sehingga bahan sos mula kering, 

6. masukkan bahan rampai (kacang buncis dan bawang besar potong baji)

7. perasakan dengan sedikit garam n gula, seimbangkan rasa

8. terus tumis sehingga bahan rampai lembut dan kuah kering sebati.

9. SIAP... boleh dihidangkan, Selamat Mencuba.



Isnin, 29 Jun 2015

BERBUKA RAMADHAN 11 2015

menu berbuka ramadhan 11
Spagety Karbonara

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku yang disayangi... semoga kalian dibawah lindungan dan rahmat Allah swt. Menu berbuka Ramadhan 11... sekejap masa berlalu.. pejam celik.. pejam celik.. Alhamdulillah.. dah 11 hari kita berpuasa... semoga dikurniakan hayat dan kesihatan utk terus manjalani ibadah dibulan yang mulia ini..
ok lah berbalik kepada n3 kalini menu berbuka kami.. wat spagety Karbonara... again? hihihi.. tapi kali ni wat guna tuna.. nyum2 lagi krimmy n yammy... TAPI... tanpa kusedar.. tanpa kusedar u all... aku dah masak IKAN + SUSU... huhuhuhu bkn makanan sunnah ni... siyes aku tak sedar... bila time berbuka aku post w.up group sekolah menengah... Allahuakbar.. ada yang menegurku Alhamdulillah.. tapi menu dah selesai masuk perut.. Allahuakbar.. semoga tidak berulang.. perkongsian tuk u all juga.. cam biasalah kan aku ni kalau melebur.. mestilah apa yag ada.. tapi malang aku ni x sedo lak.. adu yai.. sebelum ni aku wat karbonara ayam.. cam kurang ump.. bila wat ngan tuna.. memang sedap lemak cukup bagai.. tapi tu lah kesilapan.. harap maafkan.. yer.. n minta jauh dari sebarang penyakit... jom layan menu ku.. utk berkongsi x yah tirulah yer.. menu x sihat..

tumis garlic n bawang holand yang di potong dadu ngan olive oil

tumiskan isi tuna + tepung 

Buh susu + parmesan cheese + balckpeper

perasakan ngan garam n gula
buh sedikit daun selasih.. tabur origano

rebus 1/2 paket spagety
tuk kami bertiga hihihi


Alhamdulillah siap n sedap..
suker wat karbonara ni selain cremy n sedap.. azfar blh mkn tak mcm bila wat bolognes.

nak tepek resepi kuah karbonarn yang kubuat n cipta mengikut sedap tekak neh.. hihihi

Resepi Sos Karbonara versi Erma

5 sudu olive oil
1/2 tin tuna (apa2 seafood atau ayam)
3 ulas bawang putih - cincang halus
1 labu bwg holand - potong dadu
1 sudu tepung gandum
3 sudu krimer
1cwn susu segar
1/2 cwn air (ikut kepekatan kuah)
1 sudu kecil serbuk blackpeper
sedikit daun selasih - cincang halus
cheese parmesan secukupnya
garam n gula secukup rasa

Cara2
1.Panaskan olive oil dan tumiskan bawang putih n bawang yg dipotong dadu- tumis sehingga wangi n warna yang cantiq
2. masukkan tuna atau bhn2 lain mengikut pilihan
3.masukkan tepung gandum.. untuk bagi kuah likat n pekat.. x banyak2
4.masukkan krimmer n susu utuk kuah..+ sedikit air
5. tambahkan serbuk blackpeper, garam n gula secukup rasa... kacau sebati
6.tambahkan daun selasih yg diracik halus..
7. akhi sekali bila kuah mendidih n masak... tambahkan cheese parmesan atau chedar kalau x der cheese yg slice pun boleh...

SIAP... selamat mencuba...