Khamis, 20 Julai 2017

TAUHU POKET - MENU PILIHAN POTLUCK HARI RAYA

Tauhu Poket

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku, maaf cam lama tak n3, Alhamdulillah pelajar2 baharu masih lagi mendaftar dari semasa ke semasa jadi kesibukan melanda.. balik umah dah penat tido awal.. so mmg x de lah kesempatan nak n3 ni hihihi, ok lah berbalik kepada n3, ni menu potluck, Family SK (makcik2 belah FIL kat sg. merab) wat majlis jamuan hari raya, konsep menu potluck.. ketika perbincangan time tu berbuka puasa, sama2 menentukan tarikh n menu, so ada pemintaan Along Iza nak Tauhu Poket, yang suatu ketika dahulu pernah ku hidangkan ketika mereka ziarah raya ke rumah kami.. SINI..  jadi tuk majlis ni, kami kena bawa AIR dan TAUHU POKET..
Alhamdulillah sambutan hangat, hihihi.. sebelum ni pernah gak n3 SINI, Jom kita tepek resepi, kita layan resepi bergambar ea.. 

Bahan2 untuk inti (dapat 200biji Tauhu Poket)
10 keping Tauhu
250 grm isi ayam/udang - cincang
2 Labu bwh besar - dadu
3 ulas bwg putih - cincang halus
1 pokok daun suo - mayang
1 pokok daun bawang - mayang
3 biji telur

Tauhu Goreng/ Pok Yan 100 biji potong 2 = 200 biji

1. lecek tauhu/ hancurkan tauhu

2. Campurkan bahan ke dalam Tauhu yang telah di lecek
3. tambahkan 3 biji telur + 1 sudu whitepepper + 1/2 sudu garam dan gula + 3 sudu sos tiram

4.Gaul sebati
so.. siap lah inti Tauhu Poket Kita

5. Isi kan inti Tauhu Poket sehingga penuh dan kemas, jangan risau inti takkan terkeluar
ketika menggoreng kerana kandungan telur dan peranannya.

Tauhu yang siap diisi penuh dengan inti

Goreng sehingga masak, garing dan keemasan..
siap,
  SELAMAT MENCUBA
Mudahkan..

menu kami
Air Jagung, Air Asam Boi Kasturi dan Tauhu Poket,
cuma time ni x buh lagi ais.. belum beli hihihi



Selasa, 11 Julai 2017

SPORTDAY AN-NUR ILMU MONTESSORI

Azfar bersama tr. Zue 
tr. group pink

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamanku, ni nak share n3 kalini Hari Sukan Sekolah Azfar, lama dah hihihihi, baru lah berkesempatan nak n3,
19 Mei 2017
Bukit Mahkota Club House
8.00pg - 12.30tgh

mungkin semua pernah merasainya, begitu juga kami.. maklumlah kali pertama n Azfar satunya anak kami kan.. so, keterujaan memang tergambar pada kami, hihihihi
Jom layan story

Azfar bersedia berarak
group PINK
tema Korea
Sepanjang tempoh 2 minggu sebelum Sportday ni, Azfar dan semua student diminta untuk memakai baju sukan dan berkasut kerana mereka ada latihan utk Sport Day.. tiap hari ada je lagu sorak yang Azfar nyanyikan .. sistem sukan sekolah ni, anak2 kita akan menyanyi dan hafal semua lagu2 sorakan kumpulan, x tertumpu pada lagu sorak pasukan sendiri sahaja.. memang bagus semangat yang yg diterapkan kepada semua anak2 kita ni.. jom layan story

Perarakan di majlis pembukaan Sukan

acara ni Azfar Dapat no 1.. Alhamdulillah

Azfar ngan Papa

Azfar ngan Mama

Azfar mama n papa

sementara menunggu keputusan.. 
mama n the geng lepak2 manggis

Keputusan keseluruhan Group Pink tempat ke 2

Gambar bersama

Tahniah kepada semua teacher's n warga An-Nur Ilmu Montessori di atas kejayaan menganjurkan Hari Sukan dan anak2 kita di setiap acara.. saya bangga dengan anda semua..



Khamis, 6 Julai 2017

AYAM PANGGANG (SEEKOR)

Ayam Panggang Homemade

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku, ni sebenarnya lama dah wat, hihihi baru2 ni ada kawan kat group w.up nak resepi.. hihihi dah mencarilah tuan tanah pic n gigih menaip resepi hihihi, selalu kalau sesapa nak share resepi, kita share link jer.. cpt n senang keje kita.. ye tak?  jom nak share bila panggang ayam sekoq ni.. sambil2 story layan gak pic ea.. jom...

Ayam yang telah di basuh bersih n tos buh dlm bekas yg besar, sebab pasni kita nak lumur2 dia ngan bahan perapan/rempah

ni bahan perapan, cuma kalini kita guna resepi Moden sikit n semestinya apa2 bahan yang ada kat umh ni la yer.. hihihi
resepi bahan perapan ayam..

Bahan-bahan:
1 Ekor Ayam
3 inci halia - kisar
3 inci lengkuas - kisar
3 ulas bwg putih - kisar
1/2 cwn kicap
1/2 cawan minyak zaitun
1 sudu serbuk paprika
1 sudu chili flakes
1 sudu rempah origanu
3 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
3 sudu cuka delima
5 sudu lada hitam - kisar
5 sudu madu
Garam secukup rasa
Cara2
Campurkan semua bahan n sebatikan...
lumurkan pada ayam

Kentang  xyah buang kulit
potong2
taburkan garam + origano + blackpepper
buh lam dulang pembakar

Ayam yg telah siap dilumur
potong2 lemon sumbat lam ayam dan atas ayam

letak ayam yang telah dilumur ngan bahan rempah dan lemon 
di atas redai, atas dulang yg ada kentang tadi.. 
bila proses memanggang segala lemak dan air ayam akan turun melalaui redai ke dulang kentang,
kentang akan empuk dan masak ngan rempah dan air ayam

setiap 30 minit, keluarkan dan ulang sapu baki bahan rempah perapan
agar ayam resap dengan bahan perapan agar ayam sentiasa juicy dan tak kering


ayam dah betul2 masak 
bakar ngan suhu 200'c 1jam30minit

masak empuk dan SEDAP

hidangan atau menu ngan Ayam panggang ni kita sambung next n3 yer

SALAM AIDILFITRI 1438 - 2017 (JOHOR)

Tema Tahun ni Songket - Melayu
SK request nak set tanjak sampin n bengkung, Azfar juga tak ketinggalan teruja n suka memakainya.. 

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamanku.. kalini nak sambung n3 SINI  Hari Raya belah JDT lak..mlm Syawal 3 kami gerak dari Bangi menuju ke Yong Peng.. ada tempat2 yb agak slow lalulintasnya.. selebihnya lancar.. maklumlah musim org kluar beraya.. So pagi Syawal 3 barulah sampai ke kgku
Tema Tahun ni Songket - Melayu
SK request nak set tanjak sampin n bengkung, Azfar juga tak ketinggalan teruja n suka memakainya.. Alhamdulillah berjalan lancar semuanya..

Bersama Bondaku

Gambar kenangan bersama keluarga, Kanda Ros dan Kanda Jeff

Bersama Kanda Jeff (Azfar panggil Bapak Jeff n Mak Iena)

Bonda bersama keluarga Kanda Ros

Kanda Rose n Kanda Jeff

Azfar beraksi bersama Papa n Kakak Canteq

Azfar dan Kakak Canteq




Rabu, 5 Julai 2017

SALAM AIDILFITRI 1438 - 2017 (BANGI)


Salam Aidilfitri 1438 - 2017

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku yang dirindui semua.. cepat benar masa berlalu.. Dah tiba syawal.. ni pun dah 11 Syawal dah ni.. hihihi.. Raya tahun ni raya Bangi Selangor, Belah SK Dulu.. Alhamdulillah semua berjalan lancar.. tema kaler MIL yang pilih Hijau Lumut, bawak MIL n FIL gi beli kain n tudung sekali .. kaler Hijau Lumut pilihan MIL.. hahahaha  untuk belah tuan tanah next n3 ok..
Jom layan pic2 kami..


pic - ambil kat umah Nenda SK,
Bangi lama

bergambar kat umah sebelum ke rumah nenek SK
(setiap kali turn beraya ngan family SK, kami mmg akan duk umh sendiri je.. umah nenek SK dekat je ngan umah ni) hihihihi








SALAM AIDILFITRI 1438

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku yang disayangi semua.. Dikesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan nak Maaf Zahir danBatin, sekiranya sepanjang penulisan dan n3 yang dikongsikan ada yang tersinggung dan terasa, mohon maaf banyak2 yer, sekaga yang dikongsikan adalah untuk suka2 n nak diabadikan untuk anak2 n generasi akan datang.. ceewwaahhh.. hihihi

Selamat Hari Raya semua...