Memaparkan catatan dengan label 10 Dis 2009. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 10 Dis 2009. Papar semua catatan

Isnin, 14 Disember 2009

Hari Pernikahanku



Pasangan Suami Isteri...Erma & Faizal

Salam.... N3 kali nie aku nak berkongsi Hari Bersejarahku..... Hari Pernikahanku.
Aku macam tak percaya....cewah...hari Bersejarah Ini tiba juga... persiapan yang dibuat sekadarnyer.... Tarikh keramat ini dipilih oleh Bonda kesayanganku...atas alasan aper? hanye die yang lebih memahami...

10 Dis 2009 bersamaan 23 Zulhijjah hari Khamis....tepat jam 3.00ptg kami diijabkabulkan dengan kesederhanaan tetapi meriah... hanya keluarga dan saudara terdekat yang turut sama meraikan majlis kesyukuranku...

Saat diijab Kabul (Pernikahan)

Mendengar Ta'liq

Penyerahan wang Mas Kahwin (RM 1,000.00)

Batal Air Sembahyang...Pemberian Suamiku....Seutas Rantai

Kesyukuran atas pemberian...

Rantai Tangan.... Terima Kasih Suamiku.....

Pemberianku Sebentuk Cincin Suasa bertatahkan Batu Serai Kuning

Bimbingan Imam Hj. Hamin...memegang dahiku dan membaca doa..Sunnah Rasulullah

Dulang iringan dari pihak lelaki....Dulang iringan dari pihakku.....

Aku sisipkan agenda memberi cenderahati kepada bonda....dan abang (waliku) dari pihak lelaki kepada kedua ibu bapanya...

Doa kalian mengiringi Kebahagian Kami....

Gambar Kenangan Sekeluarga....

Alhamdulillah semua majlis berjalan lancar dan kini.... Aku telah bergelar seorang Isteri.... Moga Allah memberkati dan merahmati hubungan dan kebahagian kami semua......

Kepada rakan blogku.... kad jemputan akan menyusul...Insyaallah...untuk Majlis Pernikahan ini agak sederhana, tertutup n untuk keluarga sahaja....