Memaparkan catatan dengan label Berbuka Ramadhan 2017. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berbuka Ramadhan 2017. Papar semua catatan

Khamis, 22 Jun 2017

MENU BERBUKA RAMADHAN 27 2017

Menu Berbuka Ramadhan 27

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamanku.. taarrraaaaaaa hah tu dia menu berbuka kami, tekak ni teringin bebeno nak cicah mushroom soup ni tau.. tp ngan x berapa rajin, x lah nak wat garlic breadnya.. hihihi potong2 roti je sudah roti perancis tu.. hihihi, betul ke istilah tu, selalu panggil roti prancis beli kat tesco sebatang rm1.99 hihihi..., soup, banyak juga buat soup tu.. haah, soup tu wat sendiri, insyaallah nanti kita tepek resepi mushroom soup mudah n sedap tu..
jom layan  menu berbuka kami..

Mushroom soup vs roti perancis

Rabu, 21 Jun 2017

MENU BERBUKA RAMADHAN 26 2017

Menu berbuka Ramadhan 26
Keropk Lekor Cheese

Assalamualaikum.. kepada semua pengunjung2 Halamanku, hihihi menu berbuka kami, simple2  je tapi sedap hihihi.. stok ni selalu order kat suami officemateku leena, memang best, jom layan menu berbuka kami..

pek Keropk Lekor Cheese, sesiap ngan sos

Keropk Lekor Cheese siap goreng

siap dihidang

Selasa, 20 Jun 2017

MENU BERBUKA RAMADHAN 25 2017

Menu Berbuka Ramadhan 25
Kuey Tiaw Goreng vs telur mata dan Air Buah Kuini

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamanku semua, bahang Hari Raya kian terasa, ramai ke dah balik Bercuti Raya ke Kampung, setakat kat opisni nampaknya masih ramai yg bekerja termasuklah staf2 pentadbiran dan pensyarah Pusat Asasi, walau pelajar PA masih bercuti tetapi semua pegawai masih bekerja n sibuk menguruskan kerja2 semasa..  oklah ni nak n3 menu berbuka kami, simple kan? hihihi camtu apa yang sempat n apa yang ada yg mampu ku leburkan.. Jom layan menu berbuka kami.. 

Kuey Tiaw Goreng vs telur mata

Air Buah Kuini
buah kuini yang masak ranum x ku blend, hanya ku cacar/ racik
mmmm sedap dan menyegarkan.. hihhi

Isnin, 19 Jun 2017

MENU BERBUKA RAMADHAN 24 2017

Menu Berbuka Ramadhan 24
Tauhu Sumbat

Assalamualikum semua pengunjung2 Halamnku, tekak tuan tanah teringin sesangat lah nak mkn tauhu sumbat.. iya.. betul, tak percaya? tanyalah kat SK, hihihi memang menu ni je berbuka kami.. plan nak berbuka kat luar.. so wat menu berbuka simple2 jer, tapi bila dah makan2 minum air.. Alhamdulillah kenyang so, x jadi kluar makan.. jom layan menu simple kami tauhu sumbat wat 2 jenis sos, teringin mkn ngan kuah kacang, SK pulak nak mkn ngan sos pedas.. jadi adalah 2 jenis cicahannya.. 

 Tauhu Goreng

 inti rampai tauhu sumbat
timun yang di mayang dan sayur taugeh yg dicelur
ikut apa yang ada kat peti ajaibku itew.. hihihi

Tauhu yang siap disumbat ngan bahan2 rampai..

Ahad, 18 Jun 2017

MENU BERBUKA RAMADHAN 22 2017

Menu Berbuka Ramadhan 22
Homemade Roti John 

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamanku, Alhamdulillah dah Ramadhan 22, cepat betul masa berlalu.. syukur kita masih lagi dapat menjalani ibadah di bulan yang mulia ini. ok lah n3 kalini nak share menu berbuka kami.. menu yang mudah2 n cam biasa apa yang ada kat peti ajaibku itew.. harini SK ada meeting ALK KOKUIS, so apa yg ada kita lebur je lah yer, insyaallah kalau x de masalah kami akan blk kg JDT , jom layanzzz.. menu berbuka kami.. kita share resepi bergambar ea.. jomm... jomm..

Bahan2
1 Labu Bwg Besar - mayang
1 sudu pes rempah
 ( 1sudukecil cili boh+1sudu kecil serbul ketumbar+1/2 sudukecil jintan putih + 1/2 sudu kecil jintan manis + 1/2 sudu kecil kunyit = sebatikan dgn sedikit air)
1 keping isi ayam yg telah diperap n di panggang - potong halus
sedikit daun sup + bwg  - mayang

2. Satukan bahan2

3. tambahkan 2 biji telur, pada Bahan2 

4. Kacau Sebati bahan bersama telur

5. tebar atas nonstick pan

6. tepek roti (mini roti)

7. ni lah rupa.. hihihi

8. bur salad n sayur pilihan

Tiupkan dengan sos pilihan, potong n hidang
insyaallah lps berbuka akn bertolak balik Johor sekejap sbb anta kuih raya kat umah mak kita, ye lah thn ni raya belah SK camtu lah juga kalau giliran raya kat belah Johor, akn sesiap anta kuih kat MIL.. so x de lah n3 Ramadhan 23 yer..

Sabtu, 17 Jun 2017

MENU BERBUKA RAMADHAN 21 2017

Menu Berbuka Ramadhan 21
Kuey Tiaw Kung Fu

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku n3 kalini nak tepek menu berbuka kami arini.. hihihi betul ke istilah ku.. cewwwaaahhh kung Fu gitu, jangan arah ea.. sebenarnya balik kerja dah lambat so sampai2 malas nak fikir2 dah SK lak lately  ni bz sikit ngan pembelian perabut bagai.. sampai umah pun masih online ngan boss x habis2 kesian kan.. hihihi kita pun dengan machonya wat2 ada idea lah x bertanya pun kat SK n Azfar.. hihhi  jom layan, kita main masak2, ni share resepi ngan gambo sekali hihiihi senang jer, x sampai 15 minit setle


1. Kocak 1 biji telur + secubit garam dan serbul kada putih.
masukkan kuey tiaw n gaul sebati

2. goreng atas pan dengan minyak yg sedikit (guna nonstick pan - mudah)

3. goreng dengan api yg perlahan sehingga separa garing kedua belah bahan (kuey tiaw goreng)

4. angkat n hidang dlm pinggan kuey tiaw yang telah digoreng tadi

5. utk kuah, guna sayur yang ada lam peti ajaibku itew..
sawi + bunga kobis + lobak

6. tumis 3 ulas bawang putih (diketuk)
7. masukkan 3 sudu sos tiram, terus tumis sebati,
8. masukkan 3 cawan air dan reneh hingga mendidih,
9. masukkan sayuran pilihan n udang
10. setelah semua nya masak, perasakan,
11. tambah 3 sudu pes tepung jagung untung memekatkan kuah..
SIAP..

Hidangkan bersama Kuey tiaw yg telah digoreng tadi
boleh dihidang bersama cili kicap

Jumaat, 16 Jun 2017

MENU BERBUKA RAMADHAN 20 2017

Menu Berbuka Ramadhan 20

Assalamualaikum.. pengunjung- pengunjung Halamanku semua, apa khabar semua?  Alhamdulillah cepat masa berlalu, dah 20 Ramadhan kita yer, ok lah n3 kalini nak share menu berbuka kami.. hihihi pastinya yang mudah2 n cepat disediakan.. cicahan, satu tu sambal sardin n sambal hijau.. hihihi saje2 lah kan selera masing-masing mana nak cicah.. hihihihi jom layan menu berbuka simple kami..

Lempeng vs sambal sardin n sambal hijau
resepi sambal hijau? meh tengok SINI

Khamis, 15 Jun 2017

MENU BERBUKA RAMADHAN 19 2017

Menu Berbuka, Nasi Goreng Udang

Asalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku... mmmm ni lah dia menu berbuka kami berdua.. Nasi Goreng jer? haah memang Nasi Goreng jer, ni pun Azfar yang request... 
"Mama boleh tak saya nak makan Nasi Goreng? yang tak pedas tu? mama letak sayur sedikit je... tapi saya suker UDANG"
Addoooiiii la anak ku yang seorang ni kan,.. mmg pandai n suka oder nak makan apa.. kalau tak mee nasi yang selalu Azfar oder.. hihihi so, layan je lah yer.. jangan papa merungut sudah lah, perut penuh berat nak terawih hihi.. jom layan ...

Nasi Goreng Udang simple..

Rabu, 14 Jun 2017

MENU BERBUKA RAMADHAN 18 2017

Menu Berbuka Ramadhan 18

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku semua, hihihihi tu dia menu berbuka kita harini, menu lebur-lebur di waktu petang, balik kerja lewat dah, sampai umah dah agak lewat so, kita lebur2 menu yang mudah n cpat.. sambil2 menggoreng tu sambil2 lah wat air.. sempat la.. hihhi ni antara menu feberet ku setiap kali berbuka, cuma tahun ni x tahu kenapa cam kureng sikit, sampai jiranku pun sedar.. kalau tidak hari2 ade je aneka cucur yang sampai ke umah jiranku, hihihihi, jom layan menu simple kami..

Cucur Sayur vs sos

Jumaat, 9 Jun 2017

MENU BERBUKA RAMADHAN 13 2017

 Menu Berbuka Ramadhan 13 2017
Mee Goreng Udang

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku semua... Alhamdulillah dah 13 Ramadhan, tanpa sedar cpt benar masa berlalu, berkongsi n3 kalini nak tepek Menu Berbuka kami, macam biasa menu yang terhasil dari Daru kecilku hanyalah menu2 simple, mudah n cepat disediakan.. hihhi tuk kalini SK request Mee Goreng, so meleburlah tuan tanah ni Mee Goreng, oh ye, selalu kalau wat menu panas2 ni kita wat sekali je, tuk Azfar sekali so, memang x pedas lah rasa cam baby2 pedas2 manja gitew.. nampak tak mama x berapa nak rajin masak asing-asing hihihi jom layan Mee Goreng Udang simple tapi wallah

Mee Goreng Udang vs sambal cili potong
tuk Mama n Papa

Khamis, 8 Jun 2017

MENU BERBUKA RAMADHAN 12 2017

 Menu Berbuka Ramadhan 12 2017

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku semua.. ni je? hahahaha kaaann APAKAH? mmm seriusly memang ni lah menu berbuka kami Ramadhan 12 ni, balik sampai umah dkt kul 6 ptg, pastu ku tanya dia, dia tanya kita pulak.. so, haaaaaa kita main lebur-lebur je lah ye.. mintak halal ok. menu berbuka harini Lempeng vs Sambal Telur Kocok.. jom layan


Lempeng vs Sambal Telur Kocok

Rabu, 7 Jun 2017

MENU BERBUKA RAMADHAN 11 2017

Menu Berbuka Ramadhan 11 2017
Mee TomYam vs Kentang Goreng

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku semua, Apa khabar semua? semoga sihat2 di samping manjalani Ibadah Puasa dan amalan2, Tuan Tanah Alhamdulillah setakatni masih lagi lum ponteng puasa, hihihi harap2 kalau dapat cukup puasa sebulan Alhamdulillah kaannn, ye lah kekangan wanita ni kadang ada masa2nya Allah bagi rehat ni.. ok lah berbalik kepada n3 kalini nak share menu berbuka Ramadhan 11, ada request so memang terhasillah menu simple tap sedap n mengenyangkan, Azfar pula minta kentang goreng hihihi senang keje mama ye tak? jom layan menu berbuka kami..

Mee setelah dicelur

amacam, seksi tak udang ku lepak manggis kat tepi mangkuk tu
hihihi... hep, posa.. posa.. 

Mee TomYam vs Kentang Goreng

Selasa, 6 Jun 2017

MENU BERBUKA RAMADHAN 10 2017

 Menu Berbuka Ramadhan 10 2017
Kue Tiaw Udang Vs Popia

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamanku, harap semua sihat2 ye, n3 kalini nak tepek menu berbuka kami, pastinya menu2 simple2 je, harini SK masih lagi bz kerana urusan pelajar2 lama pula masuk tuk mengambil kunci bilik asrama, so macam biasalah balik pun lewat lah sikit hihihi, bila dah balik lewat ni kita takyah stress2 kita lebur je menu2 yang simple yang ada lam peti ajaibku itew.. hihihi jom layan

 Kue Tiaw Udang vs Sambal Kicap cili potong
ni Set Mama Papa, sudu sesiap cili kicap potong tu

 Popiya Goreng inti sayur
popiya ni wat semalam n frozenkan
so ptg yang suntuk ni tinggal goreng je lah,
tu pun yang tinggal sbb Azfar dah banyak makan hihihi

Isnin, 5 Jun 2017

MENU BERBUKA RAMADHAN 9 2017

Menu Berbuka Ramadhan 9 2017

Assalamualaikum semua ... hhaaaaiiii tgh wat pe tu? bz ea, Alhamdulillah dah Ramadhan 9, cepat betul masa berlalu kan.. ok lah nak tepek menu berbuka kami, harini SK kerja tuk pendaftaran Diploma n Degree, mmmm mentabah je lah kan bila SK keje Sabtu Ahad ni, kenalak bulan puasa ni.
sebenarnya SK penah request menu ni, tp lama dah sebelum puasa lagi, kita lak cam ingat2 lupa lak request tu.. ni bila puasa2 ni teringat SK mesti stress n penat keje Sabtu Ahad ni kan.. stok kat peti Ajaibtu lak ada so ku leburkan tuk menu berbuka lawan lak dengan Sambal Kicap mmm memang wallah .. jom layan

Sup Jari/Kaki Ayam..
apa istilah yang sesuai? 
hihihi ikut lah ye, kalau Azfar putra kesayanganku ku sebut.. Sup Ayam Bertangan hihihi..
kalini ku leburkan Sup Hadyai, so pekat berempah x lah muak lemak ayam tu..
nak resepi boleh tengok SINI