Jumaat, 5 Oktober 2012

PECHAL JAWA II


 Pechal Jawa

Assalamualaikum semua...ni nak tepek n3 menu yang menjadi kegemaranku tapi nak watnyer bercinta hu hu hu tang kuah yang malas tu.. ooppssss... tak baik malas2 he he he.. kalau tang nak sangan n kisar kacangtanah tu memang buat aku melupakan sekejap menu kegemaranku itew... tapi kalau dah teringan sangat memang kena gak membuatnyer... bukan tak ader kuah yang dijual readymade tu.. tapi aku memang suker kuah pechal versi jawa... aper yang beza? tang kuah tu aku akan buh cekur tu penambah peras yang aroma yang mengancam and menjadi kelainan pada pechal Jawa  tak gitu? wahai sahabat2 sengkatan jawa nganku he he he... jom layan pechal Jawaku itew he he he he he

 selalu kalau wat Pechal ni ikut aper yang ader kat peti ajaibku..
kalau nak sedap memang suker ader sayur kangkung...

 ni kira per yang ader..
Kacang Panjang & Taugeh (dicelur),timun, Tauhu (digoreng)
Bersama kuah Kacang Cekur

Tuang n gaulkan sayuran pilihan bersama kuah kacang 
siap n sedia dihidang..sebelum ni pernah n3 blh tgk SINI atau tepek lg untuk rujukan..


Kuah Kacang (Pechal)

Bahan-bahan
  • 11/2 cawan kacang tanah goreng tanpa minyak @ sangan -buang kulit & Kisar
  • *7 tangkai cili kering -  ikut kepedasan
  • *5 biji bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 inci belacan
  • 2-3 biji cekur (size kecil)
  • 1 sudu besar air asam jawa - bancuh ngan 1 cawan air panas
  • 5 sudu makan gula
  • sedikit garam
 Cara-cara
  • Panaskan minyak. Goreng bahan bertanda * lada kering, bawang merah, bawang putih dan belacan. Angkat dan toskan. Kemudian tumbuk. Campurkan skali biji cekur
  • Bila hampir lumat masukkan gula dan juga garam. Tumbuk lagi. Kemudian masukkan kacang tanah tumbuk, gaul sebati
  • Masukkan air asam jawa n boleh tambah air panas mengikut kepekatan . Kacau sehingga sebati
  • Seimbangkan rasa pedas, masin, lemak2 kacang dan manis. selalunya kuah pecal ni manis sikit
  • Aroma n rasa kuah ni akan wangi n sedap ngan tambahan biji cekur tadi
  • Curahkan sambal pecal ke atas sayur2an tadi.

Khamis, 4 Oktober 2012

Kue Tiaw Udang Goreng

Kue Tiaw Udang Goreng
Assalamualaikum semua... morning2 sory.. lambat bukak tingkap pagini.. ini bukan petanda malas buka tingkap tau he he he.. sebenarnyer duk bertapa di klinik kesihatan ader temujanji katanyer he he he lamalah pulak hu huhu... ok lah..ni nak tepek menu dinner malam tadi.. cam biasa yang senang, simple n cepat yang paling penting sedap n kenyang he he he... balik kerjapun dah agak lewat so kita leburkanlah menu2 mudah n yang ader kat peti ajaibku itew.. senang tak? kelakarkan menu simplepun nak n3 tapi aperpun jom jamu mata ngan menu dinner... takleh nak mintak dah habis he he he...
Kue Tiaw Udang Goreng
 mmmm sedap he he he masuk bakul sendiri.. he he he

Rabu, 3 Oktober 2012

TETAMU 2012

 Tetamu Akhir Syawal 2012
Dari kanan..Musliha, Alia, Zarina, Anis, Ummu and tuan tanah(abaikan dah makin gemuk)
tak lupa yg tukang ambil gambo.. Akif

Assalamualaikum kepada semua pengunjung2 Halamanku yang dah semak dek sawang akibat tuan tanah yang tak kemas2 umah ni... Alhamdulillah sihat aku n SK ok2 jek... kepada sahabat2 yang mengunjung dan bertanya khabar berita diucapkan jutaan terima kasih atas keperihatinan kalian ha ha ha lelagi bila lama tak update blog yang tidak seberapenyer ini... eh panjang pulak muqadimah.. sebenarnyer Aidilfitri tahun ini disambut sederhana berikutan kesihatan yang amat terbatas.. namun Alhamdulillah semuanyer berjalan lancar.. terima kasih gak tetamu yang sudi berkunjung.. cuma kadang tu tak dan nak snap gambo.. dok kalut2 terlupa he he he.. 
n3 ni tetamu terakhir Syawal kami... sebenarnyer dah habis syawalpun.. dek kerana tuan tanah gi bercuti terpaksalah ditangguhkan kunjungan mereka ini.. he he he tqvm semua... Jom layan gambo sambil story2

 Persiapan yang sangat sederhana...
menerima kunjungan daripada bekas pelajar Asasiku...

 Set Nasi Tomato

 Nasi Tomato, Ayam Masak Merah Madu, Acar n Papadom

 Set Soto
Nasi Impit, rampai, Sambal Kicap n Sup Ayam

 Jom Jamu Selera..

 Kuih Raya Coner

 eh kuih raya ker?
takdernyer... coklat2 n asam2 jek he he he

Air Mangga

Terima Kasih kepada semua2 bekas2 pelajar yang tak serik n jemu berkunjung ke rumah kami..
Semoga ukhuwah yang terjalin berpanjangan dan mendapat keredhaan Allah..
Kepada sahabat2 yang lain tiada jemputan khas untuk hari raya.. kalau nak datang bagi tahu jek.. rumah kami sentiasa terbuka..

Selasa, 31 Julai 2012

BERSAHUR RAMADHAN 10 2012

 Ayam Hokkien
sesapa nak try boleh tengok SINI atau SANA atau SINUN 

 Sayur Goreng

Assalamualaikum... next n3 menu bersahur ari Isnin semalam he he he.. cam biasa menu yang mudah2 n boleh dilebur cepat waktu pagi... bangunpun lewat 4.30pg... memangpun he he he nak sahur kul 5.00pg he he he so memang masak yang mudah2 n ringkas2. so layan zzzz he he he


BERBUKA PUASA RAMADHAN 9 2012

 Mee Hoon Goreng Ala Jawa

Assalamualaikum semua.. morning2 hu hu hu pagi yang sangat sejuk... hujan turun dengan lebatnyer BBUURRSSSHHHH he he he ader yang tak jadi g kejer? ader yang lewat? he he he biasalah tu.. oklah ni n3 menu berbuka puasa ari Ahad ppsssttt perasan tak tak de n3 menu bersahur? ha ha ha menu nasi baryani tu membawa ke sahur he he he boleh cam tu? nak wat camana ada lagi baki berbuka.. he he he kira halallah yer... ok lah berbalik kepada n3 ni.. kira n3 tertunggaklah yer.. perlahan2 tuan tanah ni nak update.. he he he.. walaupun hari Ahad kami mendapat undangan untuk berbuka beramai2 kat umah nenek SK, pastinyer ader menu yang aku masak gak  he he he tapi bawak bubur jek... tang mee ni sendiri teringin sebenarnyer.. ader sesapa pernah makan atau jumpa? sebenarnya kalau masyarakat Jawa kat kampung aku lah kan.. bila wat Nasi Ambeng Set Mee Hoon dia akan goreng cam ni.. bahan simple, ringan, x de haiwan dalam tu, hanya sayuran jek.. pernah jumpa ke? ke kat kampung aku jek? he he he.. lagi satu warnanyer memang kuning ye.. rendam ngan kunyit.. he he he bagi yang suker.. suker lah cam aku.. he he he bab tak pedas cili cuma ada campuran serbuk lada sulah jek.. wangi.. jom layan Mee Hoon Ala Jawa ni..

 mmm sedap.. kanak2 pun boleh mkn x pedas he he he

Bubur Kacang
Menu sampingan he he he senang, watpun sikit tuk berdua jek.. he he he

Kepada sesapa yang nak tau atau nak cuba mee Hoon Goreng Ala Jawa meh aku kongsikan resepi mudah ni... Selamat Mencuba..

MEE HOON GORENG ALA JAWA

# 1/2 Paket Mee Hoon = rendam ngan air dan kunyit (1inci kunyit tumbuk)
# 5 ulas Bawang Merah
# 3 ulas bawang putih
# Ikan Bilis Secukupnya - agak2
# 1sudu serbuk lada sulah
# 1/2 inci lengkuas
# 1/2 inci halia
# garam n gula secukup rasa
-- Tumbuk @ kisar semua bahan kecuali Mee he he he

Bahan Rampai:
# 1 Mangkuk Sayur Tauge
# 1 Mangkuk Tahu = 3 keping potong dadu 
# 1 Mangkuk Daun Kucai = dipotong11/2 inci
# Sedikit Daun Sup n Daun Bawang

Cara2
1. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk atau kisar sehingga masak n harum
2. masukkan serbuk lada sulah
3. tambah garam n gula secukup rasa
4. Masukkan tauhu yang dipotong dadu.. tumis manja sehingga tauhu agak masak
5. Masukkan Mee Hoon yang telah direndam ngan air kunyit... Mee akan bewarna Kuning
6. Gaul sebati sehingga masak
7. tambahkan bahan rampai.. gaul mesra n siap dihidang....Senangkan? Selamat Mencuba


Isnin, 30 Julai 2012

MENU BERBUKA RAMADHAN 8 2012

Set Nasi Baryani

Assalamualaikum semua... Alhamdulillah dikurniakan kesihatan dan kesempatan untuk update blog kesayangnku ini... maaf bebanyak.. kekangan kesihatan membuatku agak ketinggalan di dalam mengupdate Dapo kesayanganku ini.. aperpun Alhamdulilah arini ader sedikit kesempatan dan kesihatan.. tuk menu tertunggak t insyaallah akan ader n3 kalau diberi kesempatan ye.. Jom meh aku tepek menu berbuka ari sabtu lepas.. he he he hari cuti bolehlah nak wat menu istimewa sikit he he he kalau tak aper yang dan je.. balik keje lewat.. ngan kesihatan yang tak menentu so menupun menu Radho ha ha ha boleh cam tu?.. Menu yang senang, ringkas n sedap he he he jom layan..

Kalini guna beras Basmati..
Saja tak mo cetak biar nasi tu lerai he he he
Gandingan Ayam Kashmir dan Acar Jelatah..
Kalau sesapa nak resepi boleh tgk  SINI

Cucur Ikan bilis vs Sos jek tak dan wat sambal kicap ..
Menu Sampingan he he he

Isnin, 23 Julai 2012

ALHAMDULILLAH.. YANG DINANTI

Nilai yang amat berharga

Salam semua.. Selamat menjalani ibadat puasa kepada semua sahabat2 dan pengunjung2 Halamanku..Alhamdulillah dah masuk hari ke-3 kita berpuasa.. n3 menu berbuka n bersahur akan menyusul ye he he he..

Bismillahirrahmanirrahim...Ehem.. ehem.. Bagaimana nak ku mula..he he he.. aperpun semua mesti faham bila tengok gambo kat atas tu he he he.. sebelum story nak bagi 10stars kat Kak Dzana@Dzanariah.blogspot.com  yang bijak n berpengalaman menekanyer...

Oklah Alhamdulillah aku n SK memanjatkan 1juta kesyukuran kehadrat Allah s.w.t yang mengizinkan dan mengurniakan segala2 nyer... Kami sesangat bersyukur.. Alhamdulillah.. tak tau nak luahkan camana.. mungkin sahabat2 pernah mengalami pengalaman sama ketika pertama kali disahkan Hamil.... sebenarnyer kami telah membuat pemeriksaan dan telah disahkan oleh Doktor pada 6 Jun 2012 yang mana pada ketika itu usia kandunganku berusia 5 minggu... Subhanallah... hilang segala demam2 alahan2 yang aku alami 2 minggu dan akan datang pada waktu Maghrib... setelah menerima berita yang amat membahagiakan...Subhanallah..  diiringi dengan airmata kesyukuran aku n SK.. Alhamdulillah, berkat doa keluarga dan kengkawan yang ingin melihat kami menimang cahaya mata... Alhamdulillah.. setelah itu kami manjalani rutin seperti biasa dengan ceria n cergas sekali.. maklumlah tiada alahan pada waktu siang menyebabkan tiada siapa yang mengetahuinya.. aku n SK menerima nasihat dari keluarga yang mahu dirahsiakan berikutan usia kandungan yang masih awal n muda.. mereka jiga berharap kami tidak terlalu beria n banyakkan berdoa... sehinggalah aku membuka buku rawatan di klinik kesihatan yang berhampiran n usia kandunganku kini telah masuk 13 minggu.. 
Alhamdulillah... aku memnberanikan diri untuk wat n3 selain ingin mengabadikan kenangan terindah mohon doa daripada semua sahabat2 agar semuanyer dipermudahkan.. Walau aku mula merasa alahan ketika hari pertama berpuasa.. Aku berharap n bermohon kepada Allah agar diberi kesempatan n peluang untuk menyempurnakan Ibadah Puasa pada Ramadhan kali ini... Setakat ini aku masih mampu menyediakan juadah berbuka n bersahur.. cuma ader masa kemuncak aku akan muntah2.. Apapun aku akan cuba untuk kuatkan semangat menjalani ibadah puasa...
Semoga kalian sudi mendoakan dan memberi tunjuk ajar kepada kami yang serba kekurangan ini...
Sekian dulu yang ingin diabadikan berkaitan dunia baruku ini.. he he he

Jumaat, 20 Julai 2012

SALAM KEMAAFAN & SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Salam Kemaafan & Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum n selamat pagi semua... Salam Jumaat yang berkat.. mendengar pengumuman semalam mengamit kenangan yang indah... cepat sungguh masa berlalu.. Alhamdulillah n syukur kerana diberi peluang untuk bertemu bulan yang mulia dan penuh keberkatan...ini merupakan kali ke3 aku menjalani ibadah puasa sebagai seorang isteri n bersama SK.. n...hi hi hi Alhamdulillah..
Dikesempatan ini, erma ingin menyusun 10 jari diatas segala kesilapan dan ketelanjuran.. sama ada yang disengajakan atau sebaliknya sepanjang berblogging ni..manalah tau kot2 ader terkasar bahasa atau menyinggung perasaan.. sesungguhnya segala kelemahan adalah daripada kedhaifan diri ini sendiri.. Maaf juga kepada semua pengunjung halamanku ini yang selalu tutup buka pintu.. kadang tu tutup tak buka2  ha ha ha aperlah tuan tnah nie kan? he he he ader berita gembira yang ingin dikongsikan dan diabadikan disini tapi belum berkesempatan lagi.. insyaallah n3 akan menyusul...
Akhir Kalam...Semoga kita bersama dapat mengambil manfaat di atas kemuliaan dan keberkatan Ramadhan dan menjalani Ibadat Puasa dan Sunnah2 yang lain... dan moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan semapurna daripada Ramadhan yang lalu... Insya-Allah.. Amin....

P/s: Kepada semua sahabat2 dang pengunjung2 halamanku silalah ambil kad ucapan ini.. h ehe he ehsan dari Pak Encik Google.. he he he

Rabu, 6 Jun 2012

LEMAK CILI API UDANG

 Lemak Cili Api Udang

Assalamualaikum n morning2 ni nak tepek cam biaser menu Dinner kami berdua malam tadi..... hu hu hu sebenarnyer tekak neh teringin nak makan lemak Ikan Kurau Nanas kat Dapo Kak Azian aritu.. balik selongkar2 peti ajaib ku hu hu hu mana ader stok nenas n ikan masin... nak gi beli? lambatlah.. aperlah aku nikan.. so nak memenuhi tekak yang teringin nak makan masakan Kebangsaan bak kata kak Azian tu aku leburkankanlah Udang masak lemak cili api.. dengan saiz udang yang besar n segar.. puaslah kami berdua makan ha ha ha ha ambik ko..anak tekak puas ati dapat mkn lemak cili api neh he he he jom layan menu simple2 n sedap neh...Zas..

 Closeup sikit... ha ... tu dia ngan kuah yang pekat..
gunalak banyak serai n kunyit hidup... memang segar menikmatinyer..

mmmm sedap tau.. he he he

Selasa, 5 Jun 2012

SPAGETTI (Angle hair)

 Spagethi Angle Hair

Assalamualaikum... betul ker istilah neh? ha ha ha tapi rasanyer itulah yang tertera kat ic dia tu ha.. ha ha ha lately ni aku cam suker lak bila wat spagethi neh pakai yang halus aka Angle hair.. huh cam pernah tgk rambut angle huh... abaikan istilah mereka tu.. yang pasti ia licin n kenyal bila dikunyah n aku suker.. he he he kekadang nak wat me goreng aku gantikan ngan Angle hair ni.. selain mudah nak simpan ye tak? jom layan menu Dinner kami yang simple n mudah disediakan... callow..


 Sebenarnyer kalau wat spagethi tang kuah yang penting ye tak?
buh daging kisar lebih2 sikit rempah arogano susu n semestinyer cheese..
mmm wallah tak cukup sepinggan.. kompom kelaut diet tu... ha ha ha
Ader sesapa nak try masak kuah style aku? meh tengok SINI