Khamis, 15 Jun 2017

MENU BERBUKA RAMADHAN 19 2017

Menu Berbuka, Nasi Goreng Udang

Asalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku... mmmm ni lah dia menu berbuka kami berdua.. Nasi Goreng jer? haah memang Nasi Goreng jer, ni pun Azfar yang request... 
"Mama boleh tak saya nak makan Nasi Goreng? yang tak pedas tu? mama letak sayur sedikit je... tapi saya suker UDANG"
Addoooiiii la anak ku yang seorang ni kan,.. mmg pandai n suka oder nak makan apa.. kalau tak mee nasi yang selalu Azfar oder.. hihihi so, layan je lah yer.. jangan papa merungut sudah lah, perut penuh berat nak terawih hihi.. jom layan ...

Nasi Goreng Udang simple..

MENU BERSAHUR RAMADHAN 19 2017

Menu Bersahur Ramadhan 19 
Daging ungkep, Sambal terung dan Salad

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku semua, harap semua sihat2 n ceria di samping keluarga n insan tersyang.. n3 kalini tuan tanah nak tepek  menu bersahur kami, menu kalini x lah simple sangat, hihihi masak mlm tadi ye lah nak bagi lembut daging tu, kalau lebur pagi2 x ckp masa daging tu nak melembutkan dirinya.. hihihi, jom layan menu bersahur kami..

Daging Ungkep (masakan Java) hihihi
resepi boleh tengok SINI atau SANA
cuma kalini wat ungkep daging..

Terung Sambal

Daging ungkep vs Sambal terung

Rabu, 14 Jun 2017

MENU BERBUKA RAMADHAN 18 2017

Menu Berbuka Ramadhan 18

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku semua, hihihihi tu dia menu berbuka kita harini, menu lebur-lebur di waktu petang, balik kerja lewat dah, sampai umah dah agak lewat so, kita lebur2 menu yang mudah n cpat.. sambil2 menggoreng tu sambil2 lah wat air.. sempat la.. hihhi ni antara menu feberet ku setiap kali berbuka, cuma tahun ni x tahu kenapa cam kureng sikit, sampai jiranku pun sedar.. kalau tidak hari2 ade je aneka cucur yang sampai ke umah jiranku, hihihihi, jom layan menu simple kami..

Cucur Sayur vs sos

MENU BERSAHUR RAMADHAN 18 2017

Menu Bersahur Ramadhan 18

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamaku semua, n3 kalini nak share menu bersahur kami.. hihihi satu lauk jer, aci tak? hahahaha pagi yang dingin, mata yang berat kaki yang longlai melangkah ke Dapo kecilku, ku buka peti ajaibku sambil termenung manja, ku putuskan ku lebur Ayam Masak Kicap buh kentang hihihi done.. siap dah menu bersahur kami berdua... jom layanz..


Ayam Masak Kicap

Ayam Masak Kicap

Selasa, 13 Jun 2017

MENU BERSAHUR RAMADHAN 17 2017

Menu Bersahur Ramadhan 17 2017

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamanku.. Alhamdulillah dah 17 Ramadhan, cepat masa berlalu, ok lah ni nak n3 menu bersahur pagi tadi, macam terajin sikit ea.. hihihi kaaannnn, bangun pun terawal so wat lah apa2 yang sempat, tapi menu pun menu lebur2 je pun so mudah n cepat disediakan. Alhamdulillah selera kan pepagi ni menu fresh n sedap2 sikit hihihi jom layan menu bersahur kami.. Harini Insyaallah akan ke sg. buluh umh kakak, n nak tlg kakak jual Nasi Ambeng kat Bazar Ramadhan Wangsa Maju.. tiap Tahun kakak berniaga n sebelum ni penah juga tolong SINI so, kita x de n3 menu berbuka ramadhan 17 lah yer.. berbuka umah kakak lah kita arini..

Udang Masak Rempah
resepi ni officemate (k.maizan) resepi ala2 ungkep kalau menu jawa,
rempah2 cuma dia tumis kering n ada ala2 mmaks, tqvm k.maizan share resepi yang sedap lagi ummppphhh ni.. nyum..nyum..
nak resepi meh kita tepek..

Sayur Yaw Mak Tam tumis sos tiram

Telur Dadar

K.Maizan, minta halal yer, kita share kat sini..

Udang Rempah Mamaks (K.Maizan)

300 gram Udang - lumur sedikit garam n kunyit Goreng kilas n tos

Bahan 2 tumis

3 Labu Bwg Merah - kisar
5 Ulas Bwg - kisar
3 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk jintan manis
2 tangkai daun kari
3 sudu sos tiram
garam n gula secukup rasa

Cara2

1. Tumis bahan kisar sehingga masak n naik minyak bersama daun kari
2. tambah bahan rempah, serbuk ketumbar, jintan pth n jintan manis dan sos tiram.
3. terus menumis sehingga bahan sebati masak tambah sedikit air jika perlu.. tp men ni mmg kering2
4. perasakan dgn garam n gula..
5. masukkan udang n gaul sebati.. 

SIAP.. Selamat Mencuba

Isnin, 12 Jun 2017

MENU BERBUKA RAMADHAN 16 2017

Menu Berbuka Ramadhan 16 2017
Pecal Sayur

Assalamualaikum.. hiiiii semua pengunjung-pengunjung Halamanku semua.. maaf ye, bz sikit lately ni sebab setup dokumen mesyuarat pengesahan markah ni, hihihi ok lah ni nak share n3 menu berbuka ramadhan 16, tekak tuan tanah ni teringin nak makan sangat2 pechal sayur, tapi buat pecalni x lah lengkap sangat bahan2 rampai tu, apa yang ada kat umah ni je lah yer.. hihihi jom layan pecal simple tapi sodap..

Pecal Sayur
Taugeh celur + kacang panjang celur + timun + tauhu goreng vs kuah kacang

Pecal Sayur dah gaul ngan sayur
nak resepi jom tengok SINI  


MENU BERSAHUR RAMADHAN 16 2017


Menu Bersahur Ramadhan 16 2017
Daging Masak Kicap


Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku? hihihi Satu Lauk jer? kaaaannnnn hihihi mmmm masak ikut hati ni, apa yang ada stok kita lebur lah ye? harini tuan tanah lebur Daging Masak Kicap Simple yang mudah n sedap, cuma tang daging tu memang kena rebus n goreng kering dulu sebelum di masak kicap.. malam tadi macam rajin tu yang rebus daging hihihi.. pepagi baru lebur masak kicap hihihi.. jom layan menu bersahur kami..

Daging Masak Kicap
kalau nak resepi meh tgk SINI atau SINI

Ahad, 11 Jun 2017

MENU BERSAHUR RAMADHAN 15 2017

Menu Bersahur Ramadhan 15 2017
Tom Yam Sayur vs Ayam Kari Kering

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku, apa khabar semua lama x bersiaran hihihi, ok lah t adalah n3 menu2 tertunggak mintak lah halal ye, berbalik kepada n3 kalini, nak share menu bersahur kami berdua, cam biasalah ye menu mudah2 yang sempat dileburkan di pagi yang sejuk beku n berat mata memandang berat lagi mata nak bkk bangun pepagi masak sahur ni hihihi.. ok jom layan menu bersahur kami..

Ayam kari kering
nak resepi? meh tgk SINI

Tom Yam Sayuran

Sabtu, 10 Jun 2017

MENU BERSAHUR RAMADHAN 14 2017

Menu Bersahur Ramadhan 14 2017

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku semua, Apa khabar harini? Hari Jumaat penghulu segala Hari, cuaca pagini pun tenanang2 jer.. nyaman, cuma kat blok ku dah bermula hiruk pikuk pelajar2 Diploma n Degree yang telah memulakan sesi perkuliahan, berbanding pelajar2 ku yang masih bercuti n akan mula menjalani perkuliahan lepas Raya. 
Baiklah berbalik kepada n3 kalini nak share menu bersahur kami pagi tadi.. nampak tak makin lama makin ringkas menu bersahur kami hahahahaha.. apalah nak jadi ni yer... hihihi mlm tadi SK request nak menu Sup Ayam merangkap menu Azfar bento ke pengasuh harini, tekak tuan tanah pulak teringin nak makan ayam rempah (rempah Sate) cuma ku tumis, x goreng nak juicy2 sikit tapi x mo berkuah.. hihihi macam2 lak kan  jom layan

Ayam Rempah Sate
nak ke resepi? meh kita tepek

Ayam Rempah Sate dan Sup Ayam
alamak lupa pulak nak snap sambal kicap.. hihihi halal lah yer


Ayam Rempah Sate

250g Isi Ayam - potong kiub basuh n toskan.


Bahan kisar
*1 labu Bwg bsr
*5 ulas Bwg putih
*1 inci Halia
*1 inci Lengkuas
*2 btg Serai

Bahan/rempah Sangai
3 sudu Serbuk ketumbar(sangai)
1 sudu Serbuk jintan manis(sangai)
1 sudu Serbuk jintan putih(sangai)
1/2 sudu serbuk Kunyit
Garam dan Gula secukup rasa 

Cara 2 

1. Kisar /tumbuk  yg bertanda * x banyak menggunakan air.

2. gaulkan isi ayam yang telh di potong kiub dengan sedikit gula
3. tambahkan bahan kisar, gaul sebati 
4. tambahkan bahan/rempah sangai
5. gaul sebati dan perap 1/2 - 1 hari, lagi lama lagi meresap bahan rempah n lagi sedap.
6. siap untuk di bakar (sate) @ panggang atas pan @ goreng, kalini kita leburkan atas pan dengan sedikit minyak, ala2 menumis, sbb nak juicy2 kuah2 sikit..

Selamat Mencuba..


Jumaat, 9 Jun 2017

MENU BERBUKA RAMADHAN 13 2017

 Menu Berbuka Ramadhan 13 2017
Mee Goreng Udang

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku semua... Alhamdulillah dah 13 Ramadhan, tanpa sedar cpt benar masa berlalu, berkongsi n3 kalini nak tepek Menu Berbuka kami, macam biasa menu yang terhasil dari Daru kecilku hanyalah menu2 simple, mudah n cepat disediakan.. hihhi tuk kalini SK request Mee Goreng, so meleburlah tuan tanah ni Mee Goreng, oh ye, selalu kalau wat menu panas2 ni kita wat sekali je, tuk Azfar sekali so, memang x pedas lah rasa cam baby2 pedas2 manja gitew.. nampak tak mama x berapa nak rajin masak asing-asing hihihi jom layan Mee Goreng Udang simple tapi wallah

Mee Goreng Udang vs sambal cili potong
tuk Mama n Papa