Jumaat, 10 Jun 2016

Menu Bersahur Ramadhan 5/2016

 Menu Bersahur Ramadhan 5

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku yang disayangi, Salam Jumaat.. Alhamdulillah dah masuk ke 5 Ramadhan.. cepat betul masa berlalu kan? lelagi bila kita bekerja ni.. sekejap je dah tengahari.. sekejap dah petang n fikir nak masak apa tuk berbuka.. hihihi.. Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah beri.. dengan cuaca yang damai ni.. Alhamdulillah tidak letih.. ok lah berbalik kepada n3 menu bersahur kami pagi tadi.. SK request nak sup tulang malam tadi.. hihihi tgk2 mmg masih ada berbaki sedikit tulang rusuk yang SK beli aritu.. lama dah.. sampai lupa i ni.. sabo je kan? hahahha Jom layan Sup Tulang rusuk yang ku lebur lam noxxa.. senang keje..

 Sup Tulang Hadyai Noxxa
eh.. rasanya x share lagi pasal gajet baru Dapo Halamanku ni..
nanti erma share kemudian yer..

Sup Tulang Hadyai vs Sambal Kicap

Telur Dadar

Resepi Sup Tulang Rusuk Hatyai
450grm - tulang rusuk
2 btg serai - titik
1 inci lengkuas*
1 inci Halia*
5 ulas bwg merah*
3 ulas bawg putih*
1 sudu kecil lada putih*
2 sudu ketumbar*
1 sudu jintan putih*
1 sudu jintan manis*
kisar bahan *
1 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2-3 biji cili - ikut pedas
5-6 cawan air
3 biji tomato - potong 4
1 batang saderi
1 batang lobak merah
3 biji kentang - potong 4
garam n gula secukup rasa
- hiasan daun sup/daun bawang/bawang goreng

Cara2

1. Tulang rusuk, cuci bersih dan tos
2. panaskan sedikit minyak , tumis bahan yg kisar, serai n rempah tumis sehinggan masak n naik bau
3. setelah masak, masukkan bahan tumisan ke dalam periuk noxxa
4. masukkan tulang rusuk dan gaul sebati
5. masukkan air n sayuran
6. perasakan ngan garam n gula
7. tutup periuk dan tetapkan 'highpressura' - 40minit
8.biarkan proses memasak.
9. setelah masak taburkan bahan hiasan (daun sup,bawang dan bawang goreng) n boleh dihidang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan