Alhamdulillah Ulang Tahun Perkahwinan - 8
Assalamualaikum.. Selamat Tahun Baru kepada semua pengunjung2 Halamanku.. maaf lama beno tuan tanah x bersiaran yea? nanti kita share.. pertukaran jabatan n bidang tugas baharu, insyaallah next N3 yea..
ok lah berbalik kepada n3 kalini nak share.. Alhamdulillah 10 Dis 2018 genap usia perkahwinanku 8 Tahun..
sambutan diraikan sederhana TAPI... ada story disebaliknya.. ingin ku abadikan disini..9 Dis 2018, Kandaku Kak Rose ada membuat kenduri arwah abang Iparku Allahyarham Mohd Yusak Salehan serta ahli keluarga yang telah kembali ke rahmatullah Al-Fatihah..., Bondaku datang dan turut bersama dalam majlis tersebut.. Alhamdulillah, seminggu bonda berehat kat umah Kanda Rose, jadi minggu tu kami memang berkumpul di rumah kandaku..
Keesokkan harinya 10 Dis 2018, pelbagai agenda disusun oleh Kandaku dan tidak ketinggalan anak saudara kesayanganku Yusma..
Seawal pagi, kami menuju ke Shah Alam untuk Sarapan di Lontong Klang.. memang sedap dan popular menu di restoren tersebut.. Selepas itu kami ke Kompleks membeli belah PKNS Shah Alam.. biasalah kan kalau dah sampai sini memang acara shopping tu kaannn... hihihi peniaga yang kulihat semuanya bumiputra dan barangan berkualiti harga berpatutan.. puashati shopping kat sini.. Tqvm SK belanja shopping hihihi..
Kemudian, kami menuju ke Pantai Remis.. berehat santai disana.. layan menu2 seafood yang sedap n berbaloi2, Selesai Solat Zuhur, Kami menuju ke Tanjung Karang, SATE HUT.. haa tu dia sana sini dijelajahnya yea.. hihihi setibanya di Sate Hut.. jom layan pic
Menu Set Sate Hut
Mee Bandung, Nasi Goreng Ayam, Mee Hoon
Pelbagai Menu telah di pesan... setelah itu semua sedar ketiadaan SK.. memang tetiba tanpa makluman.. masing2 tertanya2 dimana SK.. OMG, dengan rengekan Putraku mencari Papa, pesanan makanan yg telah tiba, masing2 resah mencari SK.. aku gelisah.. sangat2 gelisah.. marah bercampur risau berbaur dlm hatiku.. MANA SK?
Akhirnya SK muncul dengan Kek SR.. yang ntah dari mana asalnya..
Alhamdulillah..
Bersama insan tersayang, Bonda, Kanda Rose n Yusma
Bahagia Bersama
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke 8
Terima Kasih Sayang
atas Ingatan dan raikan ini.
Sayang,
terima kasih kerana menerima diri ini seadanya,
tanggungjawab, kasih sayang dan perhatianmu,
menjadikan diri ini begitu berharga,
Semoga Ikatan ini beroleh keberkatan dan kekal hingga ke Jannah
disamping Putera Kesayangan Azfar Heryzal
Amiin... amiin..
terima kasih juga buat kalian atas doa dan sokongan. sayang u all..
happy anniversary :) dan salam takziah juga ya
BalasPadam