Khamis, 6 Julai 2017

AYAM PANGGANG (SEEKOR)

Ayam Panggang Homemade

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku, ni sebenarnya lama dah wat, hihihi baru2 ni ada kawan kat group w.up nak resepi.. hihihi dah mencarilah tuan tanah pic n gigih menaip resepi hihihi, selalu kalau sesapa nak share resepi, kita share link jer.. cpt n senang keje kita.. ye tak?  jom nak share bila panggang ayam sekoq ni.. sambil2 story layan gak pic ea.. jom...

Ayam yang telah di basuh bersih n tos buh dlm bekas yg besar, sebab pasni kita nak lumur2 dia ngan bahan perapan/rempah

ni bahan perapan, cuma kalini kita guna resepi Moden sikit n semestinya apa2 bahan yang ada kat umh ni la yer.. hihihi
resepi bahan perapan ayam..

Bahan-bahan:
1 Ekor Ayam
3 inci halia - kisar
3 inci lengkuas - kisar
3 ulas bwg putih - kisar
1/2 cwn kicap
1/2 cawan minyak zaitun
1 sudu serbuk paprika
1 sudu chili flakes
1 sudu rempah origanu
3 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
3 sudu cuka delima
5 sudu lada hitam - kisar
5 sudu madu
Garam secukup rasa
Cara2
Campurkan semua bahan n sebatikan...
lumurkan pada ayam

Kentang  xyah buang kulit
potong2
taburkan garam + origano + blackpepper
buh lam dulang pembakar

Ayam yg telah siap dilumur
potong2 lemon sumbat lam ayam dan atas ayam

letak ayam yang telah dilumur ngan bahan rempah dan lemon 
di atas redai, atas dulang yg ada kentang tadi.. 
bila proses memanggang segala lemak dan air ayam akan turun melalaui redai ke dulang kentang,
kentang akan empuk dan masak ngan rempah dan air ayam

setiap 30 minit, keluarkan dan ulang sapu baki bahan rempah perapan
agar ayam resap dengan bahan perapan agar ayam sentiasa juicy dan tak kering


ayam dah betul2 masak 
bakar ngan suhu 200'c 1jam30minit

masak empuk dan SEDAP

hidangan atau menu ngan Ayam panggang ni kita sambung next n3 yer

Tiada ulasan:

Catat Ulasan