Nasi Ayam Goreng
Salam semua.. selamat pagi n selamat hari Isnin... Terlebih dulu erma nak ucapkan ''SELAMAT HARI GURU '' kepada teman2 kenalan maya yang bergelar guru,
K.Hana n
K.Zana dan sesapa sajer n Tak lupa kepada semua Suri2 Isteri2.. kerana u all semua Guru kepada anak2 anda... guru 24 jam tu kekadang orang panggil guru x berbayar he he he he.. segalanyer bermula di rumah kan.. kan.. kan..
Ok.. n3 kali ni merealisasikan list menu dari
izzahmuffin rajin he he he tq dah cuba memang syedap.. tapi sorry coz dah derhaka sikit resepi tu he he he.. whatever sesapa yang lum cuba leh cuba.. mudah cepat n syedap... ppsssttt SK kata.. sangatlah sedap.. cayalah Izzah tqvm bebeh..
jom layan resepi.. izah halal ye cnp..
Set Nasi Ayam GorengKu
bersama Acar n Cili...yummy syedap tau...
Nasi Ayam Goreng
Bahan-bahan:
1 sudu rempah kari
2 sudu sos tomato (erma tambah)
1 inci Halia - Tumbuk Kasar
4 ulas bawang merah - Tumbuk Kasar
2 ulas Bawang Putih - Tumbuk Kasar
1/2 labu bwg Besar - Potong Dadu
2 inci kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
1/2 cawan susu cair
sedikit kiub ayam
garam lada hitam
daun ketumbar
2 cawan beras basmathi - cuci n toskan
Cara2
Panaskan minyak, tumiskan bunga lawang, kayu manis, buah pelaga n bahan yang ditumbuk dengan serbuk kari hingga wangi.
Masukkan beras kacau hingga sebati atau mesra bahan2 tadi.
Tuangkan susu cair n 5 cawan air
susunkan ayam goreng diatasnye, masukkan garam n kiub ayam. masak nasi hingga masak..