Isnin, 17 Jun 2013

MAJLIS AQIQAH & BERCUKUR

Assalamualaikum semua.. bersua kembali.. maaf di atas kekangan masa yang tak dapat dielakkan.. Alhamdulillah pelajar2 Asasi Ku telah menduduki peperiksaan bermula arini sehingga hari khamis ni.. setakat neh berjalan lancar dan tiada masalah yang dihadapi oleh pelajar untuk menduduki peperiksaan pada kali ini.
ok lah n3 kali nak tepek n3 terperam kat Folder... Majlis Aqiqah Putra Kami Azfar Heryzal.. Jom kita Kongsi bersama saat-saat yang ingin ku abadykan..untuk tatapan semua..

Majlis Aqiqah Doa Kesyukuran & Bercukur
Felda Keratong 8 Pahang
Ahad
21 April 2013
11pg (Majlis Tahlil n Kesyukuran)
2ptg (Majlis Marhaban & Cukur Jambul)
semua Agenda disusun oleh MIL & FIL
Pada ketika ini Azfar Heryzal berusia 2 bulan 21hari

 Adat Cukur Jambul
Tapi kami x de cukur2 aka potong2 rambut
cuma usap2 baby + wangian + tabur bunga rampai

Jom layan cerita disebalik tabir kerjasama kedua belah pihak
ni kat JOHOR

 SK ngan kerjasama en. Ehsan aka Bos SK
menyerahkan kerja2 penyembelihan n membeli 2 ekor kambing 
untuk tujuan sedekah di MajlisAQIQAH
20 April 2013
BAtu Pahat Johor
- Institut Haiwan Kluang JOHOR
- 2 ekor Kambing

 Penghantaran terus kerumah
keadaan Kambing yang diuruskan sempurna
- daging dikikis
- tulang di asing dengan baik

 Bahagian2 lain
termasuk kepala n organ yang akan ditanam.

lubang nak tanam tulang beserta anggota yang sepatutnya disemadikan.. he he

 Daging Kambing yang telah dimasak
masakan yang agak manis2 (Bistik)

 Pulut Kung siap dikukus n di masukkan ke dalam bekas

 DAging Kambing yang di masukkan ke dalam bekas

 yang berusaha..

 Pulut Kuning + Daging Kambing Bistik
diisi di dalam beg untuk dijadikan buah tangan (sedekah) kepada tetamu yang hadir di Majlis 
Aqiqah (Pahang)

 Ketibaan di Felda Keratong 8 Pahang
Bergerak dari Batu Pahat Johor
7.30pg- 10.00pg

 Agenda ader perubahan Bacaan Berzanji n Marhaban selepas Zuhur

 FIL menanti tetamu lelaki untuk Majlis Tahlil n Kesyukuran

Tetamu telah berkumpul

 Gift yang dibawa dari Johor
Pulut Kuning + Daging Kambing Bistik

 Gift yang disediakan 
bunga telur n Manisan

 sementara menanti Majlis bermula

  Majlis Tahlil n Kesyukuran 
12tgh
21 April 2013
Ahad

 Alhamdulillah

 Jemput Makan

 Keluarga aka saudara sebelah FIL dari Sungai Merab Bangi

 tqvm atas kehadiran u all memeriahkan Majlis

 rakan2 rewang MIL yang berusaha..

 enak menjamu selera

 Pelbagai Juadah n lauk pauk terhidang

 Keluarga Aku dari JOHOR
Bonda bersama semua kakak n Abang sekeluarga
tak terlupa sahabatku Norhana Musa(pakai tudung putih)

 Bergambar kenangan bersama

 Familyku beransur pulang kerana mereka nak pulang ke rumah masing2 
tak sempat nak meraikan majlis berzanji n marhaban kerana agenda ditukarkan kepada petang..

 Majlis Berzanji Marhaban n cukur Jambul (wat syarat je) he he he
MIL mulakan



 yang terakhir n selesai

 Family kak Ros dari Sungai Buluh Selangor
lewat sampai ader tugasan
aperpun happy dia orang datang..

22 April 2013
Batu Pahat Johor
Acara mencukur rambut Azfar Heryzal

 Posing dulu sebelum botak he he he

 Papa Dukung

 Ready Mak Lawa nak mula cukur rambut
tahu2 je Azfar Papa snap gambar he he he

 Bismillahirahmanirrahim...
Bercukur bermula


 Azfar telah dicukur..

 Alhamdulillah selesai sudah

 Ambil Gambar dengan CikNa
Azfar selesai cukur n tido

Di pangkuan Mak Lawa aka Bondaku
terus tidur..
seterusnya proses nak menimbang rambut Azfar dinilai dan proses sedekah..
Insyaallah

Jumaat, 17 Mei 2013

AZFAR HERYZAL 100HARI

 
 AZFAR HERYZAL
Putra Kesayangan kami

Assalamualaikum smua... salam Jumaat kepada semua sahabat2 dan pengunjung2 Halamanku.. di Sini ingin merakamkan  perkembangan Putra Kesayangan Kami.. Azfar time neh genaplah Azfar 100hari... pada 12 Mei 2013 yang lalu..aper yang dia pandai? Pandai gelak2 sembang2 bahasa dia n yang paling meruntun hati kami... TAK MO TIDO MALAM... asyik nak main n sembang2 kalau kita senyap aka tertidur he he he sabar jek.. dia akan jerit2 atau menangis... hu hu hu sabo jek.. lately asyik datang keje lambat.. cabaran betul.. mengantuk n keletihan tak kira lagi..memang menguji kesabaran kami... Alhamdulillah.. jom layan gambar Azfar..

 Berat Azfar kini 8kg
Ketinggian Azfar kini 65cm

Penawar Hati Mama n Papa

Khamis, 16 Mei 2013

SAMBAL MANGGA VS ULAMAN

 Sambal  Mangga

Assalamualaikum semua.. maaf lambat n3..dan tak terlambat nakucapkan 
"Selamat Hari Guru"
 kepada semua guru yang pernah menabur ilmu kepada ku n kawan2 blog.. 
Kak Dzana aka Cikgu Dzanariah, Kak Hana aka Cikgu Shamsina n Kak Sari aka Seri Kandi.. #Semoga Jasa n Bakti kalian beroleh keberkatan Dunia n Akhirat..#

Ok lah.. ni nak tepek menu launch arini.. tapi cam biasa watnyer pagi tadi n tapau gi keje... sebenarnyer semalam masa jenjalan umah kengkawan singgah Dapo kak Amie terliur dibuatnya.. kebetulan ader beberapa biji mangga kat umah tu.. so pucuk dicita ulam mendatang.. he he he pepagi tadi bersilat sekejap n siap.. mudah, ringkas n enak menikmatinya.. jom layan ..

 Sambal Mangga vs Sayur n Ulaman..

Sedap n mudah disediakan...
sesapa nak try jom tgk SINI atau meh erma tepek..
minta halal ye kak Amie.. tqvm..

Resepi : Sambal Mangga
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:

15 biji cili padi
1 biji cili merah
5 biji bawang putih - belah 2 dan goreng
5 biji bawang merah - belah 2 dan goreng
3cm belacan - goreng (bakar lagi sedap)
1 labu bawang besar - mayang
1 cawan hirisan mangga
2 biji limau kasturi - ambil jusnya
garam / gula / perasa

Cara:
1. Tumbuk cili padi, cili merah, cili hijau, bawang putih, bawang merah goreng serta belacan. 
2. Masukkan 1/2 cawan mangga dan gilis dengan anak lesung hingga hancur.
3. Masukkan garam / gula / perasa secukupnya.
4. Gaulkan dengan bawang besar dan 1/2 cawan lebihan hirisan mangga.
5. Tambahkan dengan jus limau kasturi supaya sambal mangga menerbitkan aroma yang menyelerakan.
6. Sedia untuk dihidangkan.

Rabu, 15 Mei 2013

MEE KARI

 Mee Kari

Assalamualaikum  semua.. lama tak n3 menu2 masak2 makan2 he he he... ni nak tepek menu dinner kami berdua.. cam biasa yang mudah2 ajer.. bahanpun aper yang ader kat peti ajaibku ajer.. selalu kalau mkn malam neh dah jarang mkn nasi n lauk pauk.. laagi bagus he he he senang keje kita lebur2 je yer.. jom layan menu simple mudah n sedap.. Mee Kari..

Belum buh kuah..
watpun dua mangkuk je.. maklumlah bedua he he he

setelah kebanjiran.. jom layan..

Bahan-Bahan tuk 2 orang:
Bahan tumis:
*5 biji bawang merah 
*3 biji bawang putih 
*3 sudu besar serbuk kari (babas)
*2 sudu besar cili kering kisar
# kisar bahan bertanda*

2 keping tauhu yang dipotong kecil
250g ( 2-3ketul ayam) potong kecil
3 keping fishcake yang dipotong
1 paket (fishball) yang dibelah dua
Sedikit air asam jawa
Garam n gula secukup rasa
5 ketul tahu kering-potong dua

Santan (1 kotak:200ml)
Sedikit air

Bahan rampai
1 bungkus mi kuning yang dicelur
1 biji telur - rebus potong dua
Bawang goreng 
Tauge secukupnya dicelur
Sawi secukupnya dicelur
Cili hijau n merah - dimayang
 cara :
1. Mula-mula tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan sedikit air bersama cili giling dan serbuk kari.
3. Setelah, bahan tumisan masak n pecah minyak, masukkan ayam yang dipotong kecil, tumis sehingga ayam masak n empuk
4.+ air asam jawa dan  dan  santan kelapa.
5. Kemudian, masukkan fishcake, fish ball, tahu n tahu kering. Biarkan menggelegak sambil dikacau-kacau kuahnya supaya santan tidak pecah minyak.
6. Masukkan garam n gula secukup rasa dan angkat untuk dihidangkan.

Selasa, 14 Mei 2013

CATATAN MEMORI DI SAAT MENANTI KELAHIRAN...

 Dewan Bersalin 
Hospital Serdang Selangor

Assalamualaikum semua... bertemu kembali.. ingin ku abadykan kenangan di saat aku mengalami situasi menanti kelahiran dan melahirkan Putra kami...
petang Khamis 31 Januari 2013.. Aku masih bekerja seperti biasa, aku tidak mengambil cuti awal untuk berehat atau bersedia menanti kelahiran ini.. ntahlah rasanya masih kuat n sihat nak gi kerja walaupun bondaku telah ada di rumahku.. rutin ku jalani seperti biasa.. hatiku kuat nak siapkan semua kerja2 di office sebelum bercutipanjang. setakat ni tak de kerja2 penting, semua telahku siapkan awal insyaallah.. segala dokumentasi telah ku hantar n siap ku failkan... Alhamdulillah..
  Korang tengok tak cerita Setia hujung Nyawa? TV3 setiap isnin - khamis kul 7mlm? ha ha ha aku layan cita tu dan 31 jan 2013 merupakan episod terakhir... lepas balik kerja makn2 kami layan cita tu.. tgk tv kat bilik... selalu amalanku time tgk tv memag akan duk lepak bersenang lenang atas katil, tapi tak tau petang tu aku boleh lepak atas lantai golek2 ngan SK.. tak pulak sakit pinggang tu.. habis layan cita Setia Hujung Nyawa tu, aku nak bangun.. korang dapat bayangkan camana mak buyung yang berdiri? mestilah dengan bantuan ye tak? SK tolong tarik tangan aku... bila aku berdiri je.. Masyaallah air mula keluar ngan banyaknyer.. panic aku sekejap.. air tu sangat bayak lebih dari kita buang air kecil tu.. bonda aku cool je.. aku kembar air katanya.. ntahlah apalah yang aku tahutime tu... yang aku rasa takut.. terbanyang2 nak kena bersalin hu hu hu takutnyer.. agaknyer camtulah yang di rasai oleh ibu2 yang mengalami kelahiran pertama hu hu.. SK mula panic gak.. Alhamdulillah adanya bonda bersama membuat suasana tenang.. air tu mula tumpah lagi.. eh betul ke istilah ni?.. paham2 je lah yer.. rasanya 1/2 - 1jam sekali.. tapi tak sakit.. sehinggalah kul 10.30mlm.. aku rasa mengantuk... mak suruh tido jek.. SK alas katil ngan pelapik n kain.. aku tido.. n akan tersedar bila air tumpah n SK akan tukar kain alas... sehinggalah kul 2.30pg aku tersedar n mula rasa sakit.. camni ke rasa sakit nak bersalin? ia mula sakit tepat 1 jam.. ulang2 sehinggalah kul 4.30pg..bonda minta kami bersiap tuk ke hospital... sebelum bergerak kami sempat berbincang.. nak menuju n bersalin kat Hospital Mana? Swasta Az-Zahrah @ Kerajaan Hospital Serdang... gerak hatiku nak ke Hospital Kerajaan Serdang... kalau nak ikutkan kedua2 hospital tu aku ader rekod untuk kesihatan n booking kelahiran..

 Bonda dan SK setia menanti di luar dewan bersalin

bermacam2 cerita n pengalaman yang ku dengari.. Aku hanya mampu berdoa semoga Allah permudahkan segalanya.. isu x de wad, kena balik semula bila belum betul2 nak bersalin.. macam2 hu hu hu.. bila SK daftarkan aku.. jururawat panggil n aku diminta masuk wad menunggu n tukar pakaian.. debaran amat terasa.. 2 orang Doktor semak kesihatanku n bukaan (istilah) katanya baru 2cm.. ntah akupun tak pasti.. aku diminta rehat.. aku sambung tido.. sakit ayang aku alami kekadang ade kekadang tak.. sehingga kul 11.30pg  keadaan masih sama.. katanya anak sulung neh lambat sikit.. tapi nak lengah gi hospital takul pulak.. jadinya melepaklah aku atas katil hospital tu.. 

 Kat Labour Room

Saat menanti.. time ni aku masih ok lagi.. so lepak2 tido2 lagi.. jururawat dah wat ujian imbasan.. scan.. jangkaan babyku 3.3kg dan berkeadaan baik samaada kedudukan baby, air ketuban n uri.. Alhamdulillah..
sehinggalah waktu kemuncak aku mula sakit Dr. n jururawat bertugas sentiasa selia sehingga bukaan 8cm.. time tu aku mula mamai n mengantuk je.. proses push cam kureng menjadi ngan takde pengalaman.. katanya x pandai nak push? he he he sehingga akhirnya aku selamat melahirkan seorang Putra pada pukul 6.23ptg

 Aku mengalami pendarahan yang agak teruk sehingga aku menerima 3 suntikan n aku x sedar... sesiap semua baby diserahkan kepadaku setelah dibersihkan dan direkodkan kelahirannya... amat mengejutkan bila babyku mencatat 4.1kg beratnya.. semua Dr. n jururawat yang membantu proses kelahiranku datang semula.. Subhanallah walhamdulillah wala ilahailallah wallahu akbar.. ketika aku direhatkan SK telah melakukan proses Azan, ikomat n Tahniq anak kami..
Alhamdulillah baby tiada masalah menyusu ketika diserahkan kepadaku pada 8mlm.. jururawat bertugas teruja melihat keadaan itu.. begitu juga aku.. baby terus menyusu dan air susu menderu laju Alhamdulillah bukti kebesaran Allah yang amat mengharukanku...

Ni masih kat Labour Room.. atas masalah pendarahan yang berlaku aku semalaman di labour room untuk pemerhatian... pepagi esok ( 2 Feb 2013) aku di tempatkan di wad 5E

time2 cam ni sapa yang amat teruja? SUAMI hu hu hu lelagi bila babyboy ni kan? cahayamata pertama lak tu he he he.. Alhamdulillah..
Kepada SK (SayangKu) terima kasih banyak2 di atas pengorbanan dan sama2 melalui saat itu.. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.. Semoga kita menjalani tanggungjawab ke atas amanah yang diberikan.. Amin..

Ni lah Putra Pertama Kami
Azfar Heryzal bin Mohd Faizal

Hari ke-2 (2 Feb 2013)
Ni time kat Wad..
hari2 SK teman Alhamdulillah

Hari ke-3 (3 Feb 2013)
Kuar Hospital...
Happy...
Dulu berdua kini BERTIGA
3 Feb 2013
4.20ptg

Balik umah sendiri..
Perancangan awal untuk terus balik Johor selepas kuar Hospital tapi niat tu terpaksa di tangguhkan dulu bab 5 Feb 2013 ader temujanji pemeriksaan detail kat baby... Sabar jek..

Hari ke-3 (3 Feb 2013) cam dah lain lak muka die he he he
Putra Kesayangan Kami

Khamis, 9 Mei 2013

KEHADIRANMU DINANTI & DISYUKURI ALHAMDULILLAH

Kami menanti kehadiranmu Anakku

Assalamualaikum n salam rindu kepada semua sahabat2 dan pengunjung-pengunjung Halamanku.. lama bebeno aku menghilangkan? ade ke yang rindu? he he he... Maaf kerana aku tak berkesempatan nak n3 perkembangan n berita terkini ... Halamanku yang x dapat ku kemas...
oklah... Alhamdulillah Aku telah selamat melahirkan baby... eh betulke istilah neh... melahirkan cahayamata kami yang pertama... seorang Putra...he he he dah bersalin gitu... bila? kat ne? meh aku gitau..

Tarikh  :  1 Feb 2013 (Hari Wilayah) he he he
Masa  :  6.23ptg
Tempat  : Hospital Serdang Selangor
Berat  : 4.1kg
BabyBoy
Normal..huhuhu (Alhamdulillah)

 Baby Boy

Azfar Heryzal bin Mohd Faizal
Terima kasih kepada semua yang sudi mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kami...
cerita selanjutnyer next n3 Insyaallah...

Rabu, 20 Mac 2013

10 DIS 2013 - ULANG TAHUN PERKAHWINAN - 4

 

Assalamualaikum semua...n3 kalini nak ku abadykan story Ulang tahun perkahwinan ke 4 kami.. Alahmdulillah kurniaan dengan Izin Allah kami masih bersama dan dengan kehadiran cahayamata.. putera kesayangan kami.. Azfar Heryzal.. time ni.. kami habiskan masa bersama 10 Dis 2013,  Azfar 10 bulan n cam biasa gi school (umah pengasuh).. hihihi.. boleh kan camtu, time tu aktivitiku (breastpump) .. berjalan seperti biasa.. rutin yang x mungkin ku skip.. insyaallah dengan izin Allah.. berazam nak Azfar full breastfeeding sehingga usia 2 tahun...  Jom.. layan story...

Lokasi pilihan.. memang kejutan bagiku..
terharu sesangat.. aku suka gi muzium... lamanya tak gi muzium... hihihi.. jangan gelak tau..

Kereta Buatan Malaysia..
teringat arwah bapa ku juga mempunya kereta Proton Saga satu ketika dulu 
dan merupakan antara 10 pembeli terawal.. setiap tahun (Hari Raya) dapat hadiah dari EON











lepak2 makan aiskrim nostalgia..
yang jual lak pakcik.. melayu muslim.. seronok sangat

Selesai lawatan di muzium..
jom gi lunch..

SK ajak lunch kat SG..
seronoknya...
ni kat SG IOI Puchung





kemana pergi.. beg Adidas peneman setiaku..
teka apa ada kat dalam tu?

cooling bag, icepeck n semestinya susu
hihihi.. siap kluar gi surau n wat hal kejap pastu sambung makan2 lagi 
hahahaha...



desert ni kira penutuplah yer...

Dedikasi ini kutujukan untuk SK..
Tqvm kerana sudi menjadi Imam, Pemimpin dan teman dikala suka dan duka..
semoga kebahagian ini berkekalan dunia akhirat...
di samping putera... Azfar Heryzal.. dan keluarga tercinta... Amin..