Isnin, 27 Jun 2011

DONUT BALL

Donut Ball

Salam semua.. morning.. eh tak berapa nak morning maklumlah tadi pepagi dah bz... he he he aperpun ni nak tayang Donut Ball yang sangat simple n sedap ni.. he he he dah ketinggalan zaman ye tak? semua2 dah wat tinggal i jek yang baru bak membuatnyer.. ni wat malam tadi he he he lebihan wat mini Pizza.. he he ..n pepagi goreng n wat bekpes.. he he he tqvm wat Kak Mas yang rajin tu.. erma ceduk kat Dapo.. n kepada semua kawan2 yang telah mencubanyer... kalau nak tgk yang comel boleh jengah kat Dapo Kak Mas... jom layan Donut Ball ku itew...

mmm gebus n sedap..

tu die selepas di tabur ngan bedak aka gula...mmmm nyum2
resepi erma tepek.. mohon halal yer.. Kak Mas..

Bahan2
• 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein

• 2 1/2 sudu besar gula
• 1 sudu besar susu tepung
• 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
• 1 sudu kecil ovallette
• 1/2 sudu kecil garam
• 1 biji telur
• 1 sudu besar marjerin
• 1/3 cawan air / susu segar (-/+)
• gula saduran
• **(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)

Cara membuatnya :

1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan


13 ulasan:

  1. salam Erma..meh!htr kat umah k.atie 4 ketul donut ball.lama x makan donut..emmmmm

    BalasPadam
  2. sedappp...
    iman n aya sure suka nih..
    bila la nak buat yer...

    BalasPadam
  3. Salam erma! waaahhhh.. meh golek2 kat ai donut ball tu 3 ketul ke nak bg sume pun boleh hihihi...

    BalasPadam
  4. Haah Erma,akak pun mcm Ika juga,nak erma golek2kan sikit kat sini...akak nk 2 ketui aje...konon nk jaga diet nie....hehe...perasan kan akak mu ini????

    BalasPadam
  5. bestkan erma donut ball ni..
    gebu gebass jerk...

    BalasPadam
  6. bilala nak buat ni...list makin lam makin tak nampak hujung dah..hehe

    BalasPadam
  7. To : Kak Azatiesayang
    w'salam akak he he he ok nah sesiap erma dah tapau Donut Ball he he he

    BalasPadam
  8. To : Kak rose@ila
    betulkak kak.. ermapun suker... bukan saja sedap mlh mudah nak ngap he he he comel2 x besaq cam donut tu.. he he he.. masuk list dulu yer..past uli jgn tak uli he he he

    BalasPadam
  9. To : Ijayuji
    he he he Donut Ball Golek siap! ha ah ha comellah Ika ni..

    BalasPadam
  10. To :Kak Nuridah..
    Ai.. Kak Nur cayang.. ha sokong.. diet.. nah amek seketui jek wat rasa he eh t kalu byk.. gemuk cam adeqmu ini sob.. sob.. sob.. he he he

    BalasPadam
  11. To : Kak Mas
    Alamak.. sifu Donut Ball dah mai.. he he he amacam akak.. lulus tak? he he he

    BalasPadam
  12. To : Kak Anna Qawina
    betullah kak.. erma kalau nak try2 mesti tunggu masa terluang.. ni sokmo x terluang.. alasan ha ha ha.. takpe kak.. kita kumpul dulu.. pastu cabut undi he he he

    BalasPadam
  13. nak dragon ball 3 biji.. eh silap.. donut ball.. ikikiki.. ermaaaaaaa.. nak donut yeyy

    BalasPadam