Jumaat, 22 Disember 2017

ISI AYAM MASAK SOS SOUR PLUM

Isi Ayam Masak Sos Sour Plum

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku.. Apa khabar semua? harap2 semua sihat2.. maaf tuan tanah jarang bersiaran dek kekangan n macam2 perkara yang mengejutkan berlaku hihihi... nanti kita story yea, tak bersiaran tidak bermakna rutin ini terhenti, cuma belum berkesempatan utk ku kongsi n abady di Halamanku ini, ok lah berbalik ngan menu simple mudah n sedap ni.. memang masyaallah resepi lebur meleburku berjaya dengan bahan2 yang ada hihihi Alhamdulillah mmg sedap n sesuai ngan tekak ni n puteraku Azfar.. maklumlah x pedas, so ok tuk lauk Azfar juga, cuma di samping ulam n sambal belacan tuk SK, hihihi SK suka juga ngan sambal belacan, so sedap sikit hidangan lunch ni.. jom layan

Isi Ayam Masak Sos Sour Plum vs Ulam Sambal Belacan


Ayam Masak Sos Sour Plum

Bahan- bahan
200grm Isi Ayam - 3-4keping Ayam
100grm Kacang Buncis - pilihan sayur untuk rampai
1 Labu bwg besar potong Baji

Bahan Kisar
3 Ulas Bwg merah
1 Ulas Bwg pth
1 inci Halia

Bahan Sos
3 sudu Sos Sour Plum
2 sudu Sos Cili
1 sudu Sos Tiram
1 sudu Kicap manis
1 sudu kecil lada hitam

garam n gula secukup rasa

Cara2
1. Bersihkan dan potong isi ayam ikut pilihan

2. perapkan isi ayam dengan bahan sos dan lada hitam - rehatkan sebentar

3. tumiskan bahan kisar sehingga harun n pecah minyak.

4. Masukkan isi ayam yang telah diperap bersama bahan sos perapan

5. gaul sebati sehingga bahan sos mula kering, 

6. masukkan bahan rampai (kacang buncis dan bawang besar potong baji)

7. perasakan dengan sedikit garam n gula, seimbangkan rasa

8. terus tumis sehingga bahan rampai lembut dan kuah kering sebati.

9. SIAP... boleh dihidangkan, Selamat Mencuba.



Rabu, 11 Oktober 2017

SELAMAT PENGANTIN BAHARU SYED LUQMANUL HAKIM & NUR ALIA SYAFINAZ

Selamat Pengantin Baharu
Syed Luqmanul Hakim & Nur Alia Syafinaz
Semoga dikurniakan rahmat, keberkatan, kebahagiaan Dunia akhirat..
kekal hingga ke Jannah
10 September 2017

ke kenduri belah lelaki Syed Luqmanul Hakim Syed Oslan
16 September 2017

bergambar bersama  pengantin
puan Maizan, Ustazah Noor Hazleena, tuan tanah
anak2 Sofea Irdina, Sofea Insyirah n Azfar Heryzal

Gubahan Hantaran yang sempat  kuilhamkan buat 
Syed Luqmanul Hakim Syed Oslan
kepada Isteri tersayang Nur Alia Syafinaz

Mas Kahwin

Set Sejadah n Telekong
untuk hantaran.. Insyaallah next n3 yea..



Khamis, 28 September 2017

REKREASI NILAI 3

Azfar possing ngan grasshopper

Assalamualaikum.. semua pengunjung2 Halamanku, apa khabar semua? harap semua sihat2 n ceria2 selalu.. n3 kalini ni kira n3 tertunggak, sebenarnya kami gi 6 Ogos 2017, time ni ada karnival buah2an.. kat nilai 3, setelah rounder2 karnival, Azfar teruja replika2 flora dan gauna di muzium 3D yang tengah dlm proses pembinaan, so layan gambar2 yea.. jom.

luar Akarium

train Bee

Replika Snail

bersama replika cake n mouse

replika Arnab n kura-kura

Replika Ziraffah

Replika Ayam

Main buaian

Replika caterpillar

Replika 3 Tupai

Replika terumbu karang

Spider

Replika Dinasour
( baru2 ni kluar berita.. terbakar dah replika Dinasour)


Beca Berlampu


Azfar nak pandu..

Mama n papa kayuh.. addooiiii tak larat lutut  hahahaha..




Rabu, 27 September 2017

ROJAK SAYUR (PETIS)

Rojak Sayur (Petis)

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku, tqvm atas kesudian dan kunjugan ke Dapo yang comey n menghasilkan menu2 yang ringkas dan simple.. hihihi apa yang tuan tanah tahu masak je.. yang tak tahu? hihihi memang x de lah ye hahahahaha.. seadanya je menu tuan tanah ni.. 
ok lah berbalik kepada n3 kalini, antara menu feberet tuan tanah.. kadang wat rojak tauhu tempe vs sambal kicap, kadang rojak sayur/pecal vs kuah kacang kadang rojak sayur vs kuah petis.. hihihi macam2 versi mengikut selera dan stok bahan yang ada kat lam peti ajaibku itew.. hihhi, asalnya nak wt rojak petis.. tp bahan yang ada x ckp, stok nanas, sengkuang n kangkung x dok.. so apa yang ada kita taram je lah yer, Rojak sayur vs kuah petis.. jom layan

Tauhu Goreng potong Dadu + sayur timun mayang + sayur taugeh celur
vs
kuah rojak petis 

Siap set Rojak

Rojak Sayur vs kuah petis

tu dia.. siap buh kuah petis n sedia di makan.. jom.. sedap ni..

meh tepek resepi mudah

Pes Rojak Petis utk 1 Hidangan

Bahan2
2 sudu cili kisar (cili kering, rebus kisar)
1 sudu petis
1/2 inci belacan
2 sudu gula perang
1 sudu gula putih
3 sudu kicap
1/2 sudu pes asam jawa

Bahan2 rampai sayuran pilihan

2 keping tauhu - goreng potong dadu
1/2 mangkuk sayur taugeh - celur
1/2 mangkuk timun - mayang
1/2 mangkuk buah nanas - mayang (x de stok)
1/2 mangkuk sengkuang - mayang (x de stok)
1/2 mangkuk sayur kangkung - celur (x de stok)

Kacang tumbuk - secukupnya

cara2
1. Gaul semua bahan2 pes petis sehingga sebati.
2. Tambah sayuran pilihan dan gaul sebati
3. Taburkan kacang tumbuk

# Siap, cuma setiap kali wat pes rojak ni, wat sekali banyak n simpan lam peti, bila nak guna senang hihihi ye tak?

Khamis, 21 September 2017

REKREASI DI KLUANG JDT


Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku... n3 kalini inginku abadykan, aktiviti rekreasi kami sekeluarga ke Kluang JDT, 02 September 2017 aritu, sebenarnya ni story masa cuti Hari Raya AidilAdha tempohari, kalini balik kampung gader2 ngan kakakku kak Rose n anak saudara nieda, ni pestime kami nek keta gader2 blk kg, kebetulan kami cuti yang sama so, balik lah sekali.. bila dah balik sekalini banyak lah aktiviti rekreasi n makan2nya ye tak.. hihihi SK suker je bila jalan2 neh, jom layan

 
first destinasi kami ke Kluang Rail Coffee

sementara lepak2 tunggu oder..

possing2

layan kopi ais.. memang kaw hihihi

possing2 sebelum balik
SK, Azfar, Mak Lawa, Kak Rose n Nieda

Possing2  Kluang Rail Coffee

setelah lepak2 manggis mengopi kita jalan2 ke Street Art.. Jom layan

Layan Kluang Streets Art

Jom layan2 gambar, kenangan macam2 Aksi Azfar ni hihihi jom layan..

jalan mana ni?

possing ngan Ironmen.. siap cakap, 
Azfar: mama bila saya boleh jumpa Ironmen?
Mama : Insyaallah Azfar doalah nanti kita dapat jumpa Ironmen..
dalam hati mama ' Insyaallah mama n papa nak bawa Azfar jumpa di Bandung nanti" hihihi suprise!

Ada gaya


chuuu... chuu.. 
susah nak snap gambar dia beraksi ngan tran 

Banana

Papa layan..

Duk sesama lam cawan

yaarrrkkkk sengguh-sungguh Azfar

la.. laa.. laa.. laa.. laa..

ngan Mak.. gaya nak mendaki neh hihihi
tq mak.. spoting mak layan2 sumer ni terutama Azfar ni macam2 kerenahnya..

ada gaya.. hihhi

Sekian je.. n3 kalini x de lah byk story, layan2 gambar2 kami berekreasi.. hihihi.