Khamis, 30 Disember 2010

CUTI UMUM

Salam semua... Tahniah kepada Pasukan Bola Malaysia di atas kemenangan Semalam... tgk siapa yang untung? ha ha ha seluruh rakyat juga mrasa... apa taknyer penat bersorak sorai ha ah ha... ye ker... tumpanglah sekaki.. sebagaimana PM yang mengumumkan cuti UMUM pada esok 31 Dis 2010.. Syukur KUIS juga bersama menyambut umum itu... Sok Kami cuti... tapi... ada tapi tu... arini bz giler... pening gak.. budak nak mula print slip exam...Student erma exam 3 - 7 Jan 2011 hu hu hu kesian tak? Bah. Pengurusan Akademikpun sama2 fenin ha ha ha...
Apapun
Selamat menduduki Peperiksaan Kepada semua Pelajar2 Asasi.. semoga kalian sucsess...

Selamat Bercuti tuk semua yang sama2 menyambut cuti UMUM ini...

Soto Daging

Soto Daging

Salam semua...n3 kalini Soto Daging... he he he selalu wat soto Ayam... kalini wat versi daging pulak.. he he he... sedap... lelagi ada lawan si sambal kicap tu.. nyum2 memang ngam holah he he he tgh musim hujan sedaplah hirup2 sup... jom.. layan menu simple..


Menu mudah n sedap..

Rabu, 29 Disember 2010

Lemak Pak Choy Udang vs Ikan Bakar n Sambal Belacan Kukus

Lemak Pak Choy ngan Udang

Salam semua... hari sibuk ha ha ha unjuran oh unjuran Pensyarah... hu hu hu..ok... ni nak tepek n3 menu yang mudah n sedap gak sesekali pekena lauk2 mudah ni he he he ok.. sebenarnyer akupun x pernah makan atau masak menu ni.. ntah.. dah x tahu nak masak aper so aku try lebur ngan harapan sedap n mendapat sambutan dari SK... huh memang x menghampakan... SK siap tanya mane dapat menu ni? akupun x tau hentam sajer... ha ha ah tapi memang best.. mungkin ader yang biasa aku jek yang x tahu... masak x lama.. Pak Choy rangup dalam masakan lemak.. memang best.. kemanisan Udang segar terasa...

Ikan Bakar n Sambal Belacan kukus...

Ha.. lawan lauk lemak Pak Choy... senang jek.. golek garam kunyit n rempah sikit... Bako...
memang kombinasi berkesan ha ha ha ayat power bleh cuber..

Sambal Belacan Kukus
ader yang pernah wat? aku pestime wat n pppsssttt sorry aku aku x mkn SK jek mkn belacan.. tapi memang dia kata best... jom aku tepek cara wat Belacan Kukus senang...

Bahan

1 inci Belacan
7 tangkai Cili Api
1 ulas bawang putih
1 biji belimbing buluh

Cara2

he he he jangan gelak ok...

* sumer2 bahan tu taram jek kat atas nasi dlm ricecooker masa nasi tgh warm...dlm 3-5 minit...
* tumbuk cam biaser kalu x de belimbing buluh tu perahlah asam limau tu byk sikit (erma letak 2)
* perasakan ngan garam n guler..
* senangkan... selamat mencuber..

Selasa, 28 Disember 2010

Mee Kicap


Mee Kicap

Senangnyer dalam hati... wat sarapan pagi.. la la la .. kena2 menu sonang ni.. mok cik sonang atilah jawabnyer.. he he he.. Ok n3.. kalini nak tepek menu bekpes kami.. he he he sokmo boring nak masak aper.. he he he ayat 'M'.. last2 SK mintak nak bekper Mee Kicap.. penggunaan kicap pekat n cari agak penting.. so.. siap.. jom sarapan... jangan gelak ok... sedap...

set yang cepat n mudah disediakan di waktu pagi..
nak lepak umah n dapo kawan2 lama x lepak... jom join...adeer sesapa nak join?
aku tepek resepi

Bahan2

500grm Mee kering (celur) nak guna mee kuningpun seedap
3 Ulas bawang putih (ketuk)
3 tangkai cili merah n hijau (Mayang)
3 sudu kicap pekat
3 sudu kicap cair
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
Udang (ikut suker nak letak aper n berapa byk)

Cara2

*Panaskan minyak
*tumiskan bawang putih sehingga kekuningan + kicap pekat, cair, sos tiram, sos cili + Udang
*masukakan mee + cili potong..
* perasakan garam n gula sekukup rasa..
*siap... senangkan... kacau2 godak2.. hidang ikut suker..

selamat mencuba... lagi simple lagi sodap...
*

Isnin, 27 Disember 2010

Nasi Ayam

Set Nasi Ayam

Salam semua... n3 kalini nak syer ha ha ha cam biaser menu yang senang2 ajek lah jawabnya... kita wat Nasi Ayam Madu.. he he he set pun mudah2 aper yang ader hu hu hu timun jee.. sayur salad dah manapous. he he he cap tong jawabnya.. ok Nasi Ayamni..wat yang senang2 ajer...yang penting sedap, mudah n cepat disediakan..

nyum2 best..

Nasi + Ayam  Madu + Sup Ayam + Timun + Sambal

Khamis, 23 Disember 2010

Seafood Pizza (K.HANA)

Seafood Pizza

Salam semua... Morning2 tqvm kepada semua pengunjung2 yang sudi singgah lepak n komen.. semalam bz ngan Taklimat Prog. Pelajar ke Kem Janda Baik... huh x sempat n3.. ok n3 kalini menu bekpes he he he lama tak n3 menu kan? he he he.. aku dah ikut Izahdautnyer stail.. buh terus tuannyer resepi..senang cita..skangni aku dah mula berani nak cuba resepi dari kawan2 he he  yang senang2 jek.. yang susoh lum lagi.. cam biaser Dapo K. Hana aku tuju ... habis gobok dia aku selongkar...ammpunnnn tapi sumpah aku kemas bali, tau ha ah ha... selalu wat pizza biaser2 jek he he kalini kita wat resepi K.Hana Jepun nun.. he he he tapi tang deko he he he erma wat yang senang 2 ajek... nak tgk yang comel leh tgk SINI jom layan...

masih pakai slice cheese he he eh itu jek yg ader stok..

siap dibakar..

nyum..nyum.. sedap..

tgk.. memang gebus yer...

Kak Hana.. halallah yer... tq rsepi yang sodap n gebus..Jom aku cnp resepi..
Bahan-bahan (1 keping saiz 30cm)


Bahan2 doh:

120gm tepung gandum
120gm tepung roti
1 camb olive oil
1/4 camt garam
1 camt yis
150-160ml air suam
sedikit olive oil - untuk sapuan atas permukaan doh

bahan2 untuk topping:
sos pizza/pasta secukupnya
200gm chicken breast - direbus/digoreng - ganti seafood
1/2 biji cili benggala (capsicum) hijau - dipotong memanjang
5 biji buah zaiton - dipotong bulat - xdak!
100gm cheese mozarella
sedikit parutan cheese parmesan

bahan2 herb seasoning:

secubit herba thyme
secubit herba rosemary
secubit italian seasoning
secubit herba parsley atau flakes

cara-cara

masukkan semua bahan2 doh ke dalam BM dan tekankan untuk setting dough
tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam (bergantung pada jenis BM masing2)
selepas itu keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan rehatkan selama 10 min
selepas itu bolehlah dicanaikan doh menjadi bulat besar di antara 28-30cm
letakkan di atas pizza pan yang telah digriskan terlebih dahulu
cucuk2kan permukaan doh tadi dengan garfu
kemudian sapukan permukaan doh dengan olive oil
bakar pada suhu 180C selama 10min - hana bakar skali harung jerk!
keluarkan dari oven dan biarkan sejuk
selepas itu bolehlah disapukan dengan sos pizza/pasta dipermukaan doh
taburkan dengan cheese mozarella, ayam, capsicum, buah zaitun dan bahan2 herb seasoning
akhir sekali taburkan lagi cheese mozarella dan parutan cheese parmesan
bakar lagi sekali pada suhu 200C selama 10-15 min atau sehingga masak dan garing (bergantung pada selera masing2)

hidangkan panas2

note: topping boleh dipelbagaikan ikut selera masing2. kalau pergi makan di domino pizza jangan lupe order garlic sauce then boleh simpan kat umah makan ngan homemade pizza


Rabu, 22 Disember 2010

APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang)

Kami mendapat Anugerah Khidmat Setia

Salam semua.. sebagaimana lazim setiap organisasi meraikan kakitangan begitu juga ngan KUIS.. sebagaimana biasa Program APC dijalankan pada
Hari : Isnin
Tarikh : 20 Dis 2010
Masa : 8.00pg - 12.tgh
Tempat : Pusat Konvensyen KUIS

Ok.. tuk tahun ni kami menerima Anugerah Khidmat Setia ha ha ha nampak sesangatlah dah lama kejer n veteren ha ha ha boleh camtu? Ok aku mula berkhidmat kat KUIS yang satu ketika dulu sebagai KISDAR pada 10 Julai 2000.. he he he masa tu ngah muda belia tu ha ha ha... pejam celik cepat betul masa berlalu.. begitu juga ngan SK... x sangka lama betul aku dah berkhidmat di KUIS.. dulu aku bertugas di Perpustakaan.. macam2 ilmu n pengalaman yang aku timba disana... aku sayang kat x-office akutu... aper taknyer.. disitulah tempat pertama aku mula mengenal erti bekerja sebenar... dari Punch kedatangan sehingga tugas2 menutup pintu he he he memacam.. aku berkhidmat di Perpustakaan sehingga tahun 2009 (19 Febuari) Aku di anugerahkah Perkhidmatan Cemerlang pada 2007... semua tinggal kenangan.. byk kenangan pahit n manis selama 8 thn aku berkhidmat di sana.. Aku mohon tukar jabatan n bermula 23 Febuari 2009 aku mula bertugas di Pusat Asasi (Matrik) di sini aku mula bertugas n berkhidmat dengan penuh dedikasi.. tugas aku amat berat kerana Pusat Asasi sgt baru cuma ade aku ngan Dekan... tapi kini semua telah berubah.. ada penambahan kakitngan n buat aku + gembira n selesa.. walau aku terpaksa kehilangan Dekan yang byk membimbing n mendidik ku Dr. Zulkefli b. Haji Aini... (beliau dah Jadi Tim. Rektor Akademik)... fuh panjang betul sejarah akuni... ha ha ha jom layan sekitar perjalanan Program layan...

Time SK menerima Anugerah.. Disampaikan oleh Yg Bhg. Dato' Setia Mohd Azib

Aku Lak... he he he sorry gambo agak kureng..


Masa tuk makan..

Rakan semeja merangkap penerima Anugerah sesama Setia ni..
dr kiri : K.Yuhanis (x-officemate) Hanifah (officemate) K.Aisyah (rekan se van) time dolu2 mula kejer..

Aku, K. Fazilah (teman dating masa bujang2 dulu) n K. Harliah
Tahniah kawan2 sumer

Bergambar kenangan Bersama Penerima Anugerah Khidmat Setia
SK belang duduk.. berdiri 2 dari kiri..

Bergambar kenangan Bersama Penerima Anugerah Khidmat Setia
Aku berdiri 7 dari kiri (tudung kuning)


Dari Kiri : Hanifah, Me n Kak Azilah...
Tahniah semua kerana setia bersama KUIS he eh he moga terus maju jaya semua...
Terima Kasih kepada KUIS keran menghargai Kami..

Selasa, 21 Disember 2010

Program Makan Malam Bersama X-5

Program Makan Malam X-5
Ok.. n3 yang ni sambung dari n3 tadi he he he boleh camtu? ye lah kan kalau wat lagi n3 2 in 1 alamat panjang giler ha ha ha ah... Ok.. seperti yang diprogramkan... kami kena join lagi satu program.. yang sebenarnyer kena join kul 3ptg... tapi nak wat camana.. balik dari kenduri umagh Alin sesak tul lalu lintas kat Hulu Langat tu... sesampai umah bersiap... lepas Asar baru bertolak ke Melaka... huh.. sian SK letih drive.. tapi nak wat camana... he he he ikut jer.. kalu tak hampir cancel bab dah letih n x larat... Ok sesampai sana sumer dah sampai.. mujur ader Hafiz n Harris... diaorangpun bz ader program gak tu yang lewat...

Program Makan Malam
Tema : Couple
18 Dis 2010
Medan Ikan Bakar
Tanjung Agas Melaka

 Jom Layan Story mory..

ni depan bangunan Medan Ikan Bakar

Antara Menu yang telah di order.. sesampai tinggal makan jek.. ader ker patut ha ha ha
jangan marah sumer.. enjoy join korang..

Ramai kan? memang happening..

Yah Kak Ina jangan tak perabih... tapi makanan kat sini sumer sedap2
x larat mkn byk sangat...

Habis jek makan...
celebrate birthday girl
Selamat Ulang Tahun ke 8

Puteri Alifah..
Semoga menjadi anak Solehah
Berjaya dalam pelajaran n hidup

inilah kedua Ibu Bapa Puteri
Bad & K. Ina

Ok.. Ibu potong Kek.. nyum2 sedap.. Secret Recipe katanya..

Ok bagi hadiah dari kami..
K.Ina kata D.O.B ibu, Ayah n Anak sama... so kami bagi jek tuk suker2 he he
x tahan bila abang kak Ina kata cam hadiah cabutan bertuah ha ha ha

Bergambar kenangan Bersama..

sorry gambo kureng..
inilah program sepanjang hari pada 18 Disember 2010... huh penat x hingat tapi aperpun happy sesangat dapat luang masa bersama.. semoga bertemu di lain masa....




Selamat Pengantin Baru Nur Fadhlina & Mohd Fazli

Kami bergambar kenangan bersama mempelai..

Salam semua.. ni n3 ari sabtu 18 Dis 2010
hari kesibukan kami... penuh betul jadual kami arini... 1st nak story.. sebenarnyer dari semalam lagi 17 Dis kami berdua bertugas sebagai urusetia KPK (Kursus Pembangunan Keluarga) he he he minta adjust jadual bertugas supaya segala program n jemputan dapat kami penuhi huh... sangat letih... habis Program 12.45tgh kami berdua bergegas tuk penuhi undangan majlis Perkahwinan Alin.. Officemate... Tahniah kepada pasangan secocok ni... mana tak kelam kabutnya... sepatutnya 3.00ptg kami kena bertolak ke Melaka tuk join program X-5....  aperpun jom layan n3 ni dulu yer...

Dari kiri.. SK, I, Yatie n Rini...
bergambar bersama mempelai..


Ok ni kami baru sampai.. time tu mempelai baru diarak ke Dewan..
sama cantik sama padan

Mempelai duduk bersanding..
cantik n pemilihan warna yang sangat menyerlah..

Aku ngan Effa officemate... mkn jgn tak mkn..
aku x mkn nasi bab dah mkn time program KPK tadi.. aku mkn bubur.. mmm sedap..

ngan SK

Ok.. ucapan ikhlas dariku untuk Alin..

** Selamat Pengantin Baru
** Semoga Berbahagia dan Berkekalan hingga ke Akhir Hayat
** Hidup diberkati n DiRahmati Dunia n Akhirat
** Dikurniakan cahayamata Soleh n Solehah..
Amin...

Jumaat, 17 Disember 2010

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan & Selamat Pengantin Baru Kariman n Nik Azizah

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan 1
10 Dis 2010
 
Salam semua... maaf semua lama x kemas umah fuh letih mengemas n buang sawang2 he he he.. ketiadaanku ini he he he ada yang rindu he he he agak sibuk sikit dengan program n kerja harian..tq pada semua yang sudi singgah n menyapa.. karang akan kunjung balas... Ok n3 kalini 2 in 1 he he he Genap usia perkahwinan kami 1 thn he he he Alhamdulillah.. semua pasangan ingin kebahagian n kesejahteraan bersama.. begitu juga ngan diri ini... syukur di atas keredhaan n rezeki yang Allah berikan kesempatan untuk kami terus bersama.. semoga berkekalan ke Akhir Hayat... Amin..Doakan kami yea.. Bangun pagi sesiap... SK beri Hadiah sempena Anniversary pertama kami.. Terharu wei... tqvm Sayang Ku ... atas segalanya.. bukan setakat Hadiah n Pemberian tapi Perhatian dan Kasih Sayang yang kurasa tiada tandingan he he he..Ikhlas tau.. x salah pilihan Bonda.. terima kasih...
Ok jom layan hadiah pemberian SK.. termasuk ngan lembaran Ucapan kat atas tu... he he he Sayang SK..


Set SK II

Set SK II kalini dapat skaf..

mmm siap balut .. jangan marah

buka2 jgn x buka..

Tu dia... he he he sebenar ni set 3 selepas set trial
tq sesangat 2 sukeeeeee

ni Set SK II  ke 2 lepas trial.. yang dulu Alhamdulillah rasi..siap beg tu... best2
sesiap kami gerak ke Kelantan...tak lupa DeqNa.. kami gader2 gi teringat masa lum kawin..kami selalu bertiga


Ok sampai Masjid ni tuk Solat Zuhur...he he he masa yang dinanti
Kami dinikahkan pada 10 Dis 2010, 3ptg so nilah time aku nak selebrte lak he he he


Masjid pilihan kenangan Abadi...Alhamdulillah

Tepat Jam 3ptg aku bagi hadiah..
SK lagi terharu...best sesangat


SK teruja membuka hadiah.. he he he

ni jek yang aku mampu berikan..
Semoga SK menerima seadanya.. bkn hadiah jek Owangnye sekali yer...


Tag..

Kami bertiga...
dulu masa aku nikan n kenduri DeqNa ader tau.. tu yang terasa mengimbau kenangan..

Jom makan.. tengahari.. salah dah petangpun..
bawa bekal..he he

he he he

ngan DeqNa..
Daging Blackpepper, Sambal Sardin n Ayam Ungkep

Sesiap nak gi kenduri Kariman
Ha tu dia jom serbu umah dia ha ha ha
kami gerak lepas Zuhur.. sampai umah Kariman kul 2.30ptg.. rezeki.. pengantin x sampai lagi..
Jom layan story ..

Ok.. next story.. tarikh 6 Dis 2010.. x-officemate aku bernikah.. Muhamad Kariman & Nik Azizah.. kendurinya pada 10 & 11 Dis 2010.. he he he katanya bersempena he he he tq Kariman... Semoga Berbahagia & Berkekalan ke Akhir Hayat..

Gambar Kengan bersama.. time ni Pengantin Perempuan x sampai lagi..

Ha...sesama tgk Inai..aper maknanya... Aku ngan SK Ann 1thn DeqNa.. meraikan..
tu lah yang berlaku setahun yang lalu.. kami pakai sama2 kan DeqNa?

Fokus sikit..

ha ha ha bebetui payung terjun.. Payung + Bidang Terjun he he he
apa yang penting kerjasama

Mempelai Berarak dari rumah penanggah
Kariman n Nik Azizah
Sama cantik sama padan..
Tahniah..

Pos yang Ayu..

Meja tuk makan beradab

antara hantaran...

tacap jangan x tacap.. Alah Man dan encem dah..

malu2 tapi mau ha ha ha

Post istimewa dari mempelai..

Gambar Kenangan dari kami yang jauh.. 

Gambar lagi..

Arahan Kariman.. ha ha ha
gambo ngan pasangan masing2 maklum sama2 rai hari bahgia

Settle kenduri.. Jom Jalan2 gi Sungai Golok...

intro shopping.. ha ha ha tak tahan pakai baju kenduri kan DeqNa... wah wah wah

lwt petang kami beredar n menuju ke Kota Bharu.. so menginap kat Kota Bharu

Ronda2 KB DeqNa..

Kami ha ha ha
Ok gi mkn kat Pantai Cahaya Bulan

Restoren Pilihan

Order...


Makanan Laut ..
sumer goreng ngan tepung vs ngan cicahan Sambal/ Sos
Menu DeqNa... Belut Masak Halia

Tom Yam campur
Tqvm.. DeqNa kerana sudi belanja kami...
DeqNa ingat.. Papa rindu nak pegang wolet Adidas hijau ha ha ha

ni pagi checkout...

bekpes time... tgk menu2


DeqNa.. Nasi Dagang..(Nasi Trompet) ha ha ha

SK Nasi Berlauk (gulai lemak Ikan Tongkol)

kita makan nasi lemak yang x berapa nak rasa hu hu hu sabo jek..
siap sarapan.. jom gi sambung shopping semalam.. ha ha ha

Kastam


tgk tu..mmmm rambang mata.. tapi harga lebih kurang kat sini..

SK he he he tq yayang tolong angkat sumer2
mcm shopping tapi x sempat nak snap sumer2 kan DeqNa kan3 he he he
settle terus bergerak pulang ke KL.. syukur sumer berjalan lancar.. Alhamdulillah kerana memudahkan urusan kami...