Selasa, 31 Julai 2012

BERSAHUR RAMADHAN 10 2012

 Ayam Hokkien
sesapa nak try boleh tengok SINI atau SANA atau SINUN 

 Sayur Goreng

Assalamualaikum... next n3 menu bersahur ari Isnin semalam he he he.. cam biasa menu yang mudah2 n boleh dilebur cepat waktu pagi... bangunpun lewat 4.30pg... memangpun he he he nak sahur kul 5.00pg he he he so memang masak yang mudah2 n ringkas2. so layan zzzz he he he


BERBUKA PUASA RAMADHAN 9 2012

 Mee Hoon Goreng Ala Jawa

Assalamualaikum semua.. morning2 hu hu hu pagi yang sangat sejuk... hujan turun dengan lebatnyer BBUURRSSSHHHH he he he ader yang tak jadi g kejer? ader yang lewat? he he he biasalah tu.. oklah ni n3 menu berbuka puasa ari Ahad ppsssttt perasan tak tak de n3 menu bersahur? ha ha ha menu nasi baryani tu membawa ke sahur he he he boleh cam tu? nak wat camana ada lagi baki berbuka.. he he he kira halallah yer... ok lah berbalik kepada n3 ni.. kira n3 tertunggaklah yer.. perlahan2 tuan tanah ni nak update.. he he he.. walaupun hari Ahad kami mendapat undangan untuk berbuka beramai2 kat umah nenek SK, pastinyer ader menu yang aku masak gak  he he he tapi bawak bubur jek... tang mee ni sendiri teringin sebenarnyer.. ader sesapa pernah makan atau jumpa? sebenarnya kalau masyarakat Jawa kat kampung aku lah kan.. bila wat Nasi Ambeng Set Mee Hoon dia akan goreng cam ni.. bahan simple, ringan, x de haiwan dalam tu, hanya sayuran jek.. pernah jumpa ke? ke kat kampung aku jek? he he he.. lagi satu warnanyer memang kuning ye.. rendam ngan kunyit.. he he he bagi yang suker.. suker lah cam aku.. he he he bab tak pedas cili cuma ada campuran serbuk lada sulah jek.. wangi.. jom layan Mee Hoon Ala Jawa ni..

 mmm sedap.. kanak2 pun boleh mkn x pedas he he he

Bubur Kacang
Menu sampingan he he he senang, watpun sikit tuk berdua jek.. he he he

Kepada sesapa yang nak tau atau nak cuba mee Hoon Goreng Ala Jawa meh aku kongsikan resepi mudah ni... Selamat Mencuba..

MEE HOON GORENG ALA JAWA

# 1/2 Paket Mee Hoon = rendam ngan air dan kunyit (1inci kunyit tumbuk)
# 5 ulas Bawang Merah
# 3 ulas bawang putih
# Ikan Bilis Secukupnya - agak2
# 1sudu serbuk lada sulah
# 1/2 inci lengkuas
# 1/2 inci halia
# garam n gula secukup rasa
-- Tumbuk @ kisar semua bahan kecuali Mee he he he

Bahan Rampai:
# 1 Mangkuk Sayur Tauge
# 1 Mangkuk Tahu = 3 keping potong dadu 
# 1 Mangkuk Daun Kucai = dipotong11/2 inci
# Sedikit Daun Sup n Daun Bawang

Cara2
1. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk atau kisar sehingga masak n harum
2. masukkan serbuk lada sulah
3. tambah garam n gula secukup rasa
4. Masukkan tauhu yang dipotong dadu.. tumis manja sehingga tauhu agak masak
5. Masukkan Mee Hoon yang telah direndam ngan air kunyit... Mee akan bewarna Kuning
6. Gaul sebati sehingga masak
7. tambahkan bahan rampai.. gaul mesra n siap dihidang....Senangkan? Selamat Mencuba


Isnin, 30 Julai 2012

MENU BERBUKA RAMADHAN 8 2012

Set Nasi Baryani

Assalamualaikum semua... Alhamdulillah dikurniakan kesihatan dan kesempatan untuk update blog kesayangnku ini... maaf bebanyak.. kekangan kesihatan membuatku agak ketinggalan di dalam mengupdate Dapo kesayanganku ini.. aperpun Alhamdulilah arini ader sedikit kesempatan dan kesihatan.. tuk menu tertunggak t insyaallah akan ader n3 kalau diberi kesempatan ye.. Jom meh aku tepek menu berbuka ari sabtu lepas.. he he he hari cuti bolehlah nak wat menu istimewa sikit he he he kalau tak aper yang dan je.. balik keje lewat.. ngan kesihatan yang tak menentu so menupun menu Radho ha ha ha boleh cam tu?.. Menu yang senang, ringkas n sedap he he he jom layan..

Kalini guna beras Basmati..
Saja tak mo cetak biar nasi tu lerai he he he
Gandingan Ayam Kashmir dan Acar Jelatah..
Kalau sesapa nak resepi boleh tgk  SINI

Cucur Ikan bilis vs Sos jek tak dan wat sambal kicap ..
Menu Sampingan he he he

Isnin, 23 Julai 2012

ALHAMDULILLAH.. YANG DINANTI

Nilai yang amat berharga

Salam semua.. Selamat menjalani ibadat puasa kepada semua sahabat2 dan pengunjung2 Halamanku..Alhamdulillah dah masuk hari ke-3 kita berpuasa.. n3 menu berbuka n bersahur akan menyusul ye he he he..

Bismillahirrahmanirrahim...Ehem.. ehem.. Bagaimana nak ku mula..he he he.. aperpun semua mesti faham bila tengok gambo kat atas tu he he he.. sebelum story nak bagi 10stars kat Kak Dzana@Dzanariah.blogspot.com  yang bijak n berpengalaman menekanyer...

Oklah Alhamdulillah aku n SK memanjatkan 1juta kesyukuran kehadrat Allah s.w.t yang mengizinkan dan mengurniakan segala2 nyer... Kami sesangat bersyukur.. Alhamdulillah.. tak tau nak luahkan camana.. mungkin sahabat2 pernah mengalami pengalaman sama ketika pertama kali disahkan Hamil.... sebenarnyer kami telah membuat pemeriksaan dan telah disahkan oleh Doktor pada 6 Jun 2012 yang mana pada ketika itu usia kandunganku berusia 5 minggu... Subhanallah... hilang segala demam2 alahan2 yang aku alami 2 minggu dan akan datang pada waktu Maghrib... setelah menerima berita yang amat membahagiakan...Subhanallah..  diiringi dengan airmata kesyukuran aku n SK.. Alhamdulillah, berkat doa keluarga dan kengkawan yang ingin melihat kami menimang cahaya mata... Alhamdulillah.. setelah itu kami manjalani rutin seperti biasa dengan ceria n cergas sekali.. maklumlah tiada alahan pada waktu siang menyebabkan tiada siapa yang mengetahuinya.. aku n SK menerima nasihat dari keluarga yang mahu dirahsiakan berikutan usia kandungan yang masih awal n muda.. mereka jiga berharap kami tidak terlalu beria n banyakkan berdoa... sehinggalah aku membuka buku rawatan di klinik kesihatan yang berhampiran n usia kandunganku kini telah masuk 13 minggu.. 
Alhamdulillah... aku memnberanikan diri untuk wat n3 selain ingin mengabadikan kenangan terindah mohon doa daripada semua sahabat2 agar semuanyer dipermudahkan.. Walau aku mula merasa alahan ketika hari pertama berpuasa.. Aku berharap n bermohon kepada Allah agar diberi kesempatan n peluang untuk menyempurnakan Ibadah Puasa pada Ramadhan kali ini... Setakat ini aku masih mampu menyediakan juadah berbuka n bersahur.. cuma ader masa kemuncak aku akan muntah2.. Apapun aku akan cuba untuk kuatkan semangat menjalani ibadah puasa...
Semoga kalian sudi mendoakan dan memberi tunjuk ajar kepada kami yang serba kekurangan ini...
Sekian dulu yang ingin diabadikan berkaitan dunia baruku ini.. he he he

Jumaat, 20 Julai 2012

SALAM KEMAAFAN & SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Salam Kemaafan & Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum n selamat pagi semua... Salam Jumaat yang berkat.. mendengar pengumuman semalam mengamit kenangan yang indah... cepat sungguh masa berlalu.. Alhamdulillah n syukur kerana diberi peluang untuk bertemu bulan yang mulia dan penuh keberkatan...ini merupakan kali ke3 aku menjalani ibadah puasa sebagai seorang isteri n bersama SK.. n...hi hi hi Alhamdulillah..
Dikesempatan ini, erma ingin menyusun 10 jari diatas segala kesilapan dan ketelanjuran.. sama ada yang disengajakan atau sebaliknya sepanjang berblogging ni..manalah tau kot2 ader terkasar bahasa atau menyinggung perasaan.. sesungguhnya segala kelemahan adalah daripada kedhaifan diri ini sendiri.. Maaf juga kepada semua pengunjung halamanku ini yang selalu tutup buka pintu.. kadang tu tutup tak buka2  ha ha ha aperlah tuan tnah nie kan? he he he ader berita gembira yang ingin dikongsikan dan diabadikan disini tapi belum berkesempatan lagi.. insyaallah n3 akan menyusul...
Akhir Kalam...Semoga kita bersama dapat mengambil manfaat di atas kemuliaan dan keberkatan Ramadhan dan menjalani Ibadat Puasa dan Sunnah2 yang lain... dan moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan semapurna daripada Ramadhan yang lalu... Insya-Allah.. Amin....

P/s: Kepada semua sahabat2 dang pengunjung2 halamanku silalah ambil kad ucapan ini.. h ehe he ehsan dari Pak Encik Google.. he he he