Isnin, 30 Disember 2013

MAJLIS JEJAK TANAH AZFAR HERYZAL (7 Bulan)

 Majlis Jejak Tanah Putera Kami
Azfar Heryzal b. Mohd Faizal
28 September 2013
11.30pg
Kediaman Embah Minah Kg.Rinching Selangor..


Assalamualaikum semua... lama betul aku tidak bersiaran.. kekangan masa yang tidak mengizinkan... bayak perkara yang berlaku yang ingin ku kongsikan... Insyaaallah kalau diizinkan Aku berazam akan lebih rajin n3 pada masa akan datang he he he boleh percaya ker? he he he ni pun n3 tertunggak... tapi ingin kukongsikan dan Abadykan di Halamanku untuk kenangan n rujukan masa datang...
Pernah dengar Majlis Jejak Tanah? ni pun kami pestime dengar... katanya adat Jawa... Akupun orang jawa tapi tak pernah lak kat family aku amalkan... dengarpun tidak.. mungkin masyarakat Jawa di sesetangah tempat kot... Oklah.. Makcik yang ingin mengadakan upacara Jejak tanah neh sebenarnya bukan saudara tapi kenalan aku dari bujang lagi... time tu kawan seoffis aku kenalkan bila kami mencari tukang2 urut neh... nama Aminah n suker dengan panggilan Mbah Minah... Tinggal di kampung Rincing... agak dikenali dikalangan staff kat office neh... sehinggalah aku berkahwin... walaupun jarang berjumpa, bila ader masa kami luangkan untuk melawat Mbah, walau bukan nak berurut... sehinggalah aku dikurniakan cahaya mata... Dia antara orang yang terawal tahu, Mak akupun kenal gak ngan Mbah neh... selepas aku keluar Wad (Hospital Serdang) Azfar cam kena sawan tangis, semalaman x tido so kami bawalah ke umah Mbah sebelum dibawa pulang ke kampung Johor.. Alhamdulillah.. Azfar ok... so bermulalah.. dia pernah berpesan, sekiranya Azfar berusia 7 bulan minta beritahu n bawa berjumpanya untuk Upacara Jejak Tanah.
  Bila Aku rujuk kat Bonda di Kampung, dia ok jer.. n terkejut, ye lah memang tak pernah wat tapi ader orang yang sudi nak raikan... seminggu sebelum Majlis aku dah gtau Mbah Minah.. dia minta kami bawa jer Azfar... bila di tanya aper perlu disediakan? katanya takde aper... perlahan2 aku search internet kot2 ader pengalaman kengkawan... Jom layan gambar sambil aku teruskan story...

 Persiapan dibuat sederhana..
Mbah kata Majlis untuk budak2 so aku watlah gift untuk kanak2
tak banyak 30 pek sahaja..

 Perkara2 yang aku buh dalam beg

 Pepagi Aku wat menu simple, Mee Goreng n Sanwich Sardin
SK menyiapkan Putera yang Di Rai..

 Azfar Heryzal

 Tahniah Azfar
Dah besar Anak Papa n Mama 7 bulan..

 Siap...
Kami pilih untuk pakai baju Melayu..

 Ready... gerak ke umah Mbah kul 11pg.

 Tetamu yang Hadir Kak Norzaiyana Md. Nusi
x-officemate umah dia dekat2 situ n kenal rapat gak ngan Mbah..

 Rupanya memang Mbah jemput Kanak2 sahaja n 
di Raikan di beranda belakang Umah Mbah..


Aku datang bersama Norhana.
 Kak Zaiyana bersama 2 Putra Muaz n Muiz
katanya dulu Mbah Raikan gak Majlis Jejak Tanah untuk anaknya..

 Posing2 sementara tunggu kanak2.. 
tak ramai sangat anak2 jiran tetangga Mbah..

 Antara yang dah sampai..
posing ambil gambar kenangan..

 Upacara Jejak Tanah nak dimulakan..
Bismillahirahmanirrahim...

 lipat sikit seluar Azfar..

 Mbah Baca Doa + Selawat + Mengadap Kiblat
Azfar diturunkan, Jejak ke tanah..
Bukan sahaja Majlis malah memang Azfar kali pertama dalam hidupnya menjejak kaki di tanah..

 Pada awalnya Azfar geli2 n angkat kaki..

 3 langkah..
Azfar mula seronok n gelak2

 tengok tu menanggis bila di angkat... Anak.. anak.. Sabar jer..

 Mama kena pujuk..

 Selesai tu, Mbah campak gula-gula + duit Syiling..

 rebut gula-gula n duit.. cam sukaneka pulak.. tapi memang seronok tgk.
pengalaman pertama kami..

 Masa menjamu selera..
Mbah terkejut aku bawa menu n gift..
Maklumlah kami tak tau, adat bermanis bawa ke Majlis..

 Alhamdulillah semua berjalan lancar..
seronok tgk kanak2 happy n menjamu selera..
Mbah kata selalunya.. upacara jejak tanah + rebut gula-gula n duit sahaja..
Kalini Azfar Special sikit katanya...
Alhamdulillah..

 Lepak santai ngan Azfar ketika yang lain sibuk menjamu selera..
Azfar masih sentiasa bersarung kaki a.k.a stoking.. ni lah pestime dia buka stoking tu.. jangankan jejak tanah, jejak lantaipun dia x pernah tanpa stoking..

 Kanak2 menjamu selera..

 Lepak ngan Mbah


Ahamdulillah
terima kasih Mbah sudi meraikan Azfar n kami..
kenangan terindah untuk tatapan n ku abadykan..