Jumaat, 30 Oktober 2015

TEMPAHAN 5 - SPEGETTY BOLOGNES (30 org)

 Spagetty Bolognes

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamanku.. apa khabar? n3 kali neh nak tepek menu tempahan officemate Saidatul Khatijah yang nak wat jamuan n kenduri doa selamat di umah barunya (Pajam) begeri sembilan... menu tempahannya Spagetty Bolognes.. menu ni pun hanyalah menu tambahan utk menu utamanya adalah menu Nasi Lemak berlauk...

tuan rumah (baju kuning hitam)
Pn. Saidatul Khatijag Ismail
tqvm atas jemputan semoga beroleh keberkatan, kebahgian n rezeki tuk sai sekeluarga.. Amin..

jom layan menu tempahan.. utk kali ni Spagetty bolognes tuk 30 orang

 kuah bolognes

 spagetty

 tabur cheddar cheese n rempah origano

siap tuk di hantar ke Rumah Sai di Pajam

Khamis, 29 Oktober 2015

TEMPAHAN 4 - NASI TOMATO (30 ORG)

 Tempahan Nasi Tomato - 50org

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamanku.. hihihi jangan boring tau.. n3 kalini nak berkongsi tempahan daripada sahabatku Nurul Nadirah.. utk program mentoring akhir.. last perjumpaan bersama mentee2 untuk semester ini katanya...Alhamdulillah Menu Set Nasi Tomato untuk 30 tamu.. jom layan.. Tqvm kepada nadirah sudi membuat tempahan.. harap semua berpuashati yea...

 Nasi Tomato

 Ayam Masak Merah

 Acar

Set Nasi Tomato

Rabu, 28 Oktober 2015

TEMPAHAN 3 - MARBLE CHEESE BROWNIES (30 BIJI)

Tempahan Marble Cheese Brownies

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamanku semua.. apa khabar semua.. harap2 semua sihat2 n baik2 jer.. lately ni cuaca kat Bangi sering hujan.. terutama pada waktu petang.. risau gak.. dengar n tgk berita banjir lak dah mula melanda negeri2 di pantai timur... tang jerebu tu Alhamdulillah lah.. agak baik n pulih.. tapi ujian banjir lak.. semoga semua saudara2 di negeri pantai timur selamat dari segala bahaya n bencana..
ok lah berbalik kepada n3 Alhamdulillah ada tempahan dari sahabatku Nor zaiyana (kak ana) utk majlis makan2 katanya tqvm k.ana sudi tempah.. agak banyak gak tempahanya.. semoga k.ana berpushati ngan tempahan ni..

bahan2 tuk baking

proses pembakaran..

selesai

packing tuk penghantaran
kalau nak resepi boleh tgk SINI

TEMPAHAN 2 - MAKARONI BAKAR

 Makaroni bakar Meatball

Assalamualaikum semua sahabat2 dan pengunjung2 Halamanku..n3 kali ni nak share menu tempahan.. Alhamdulillah selagi ada yang sudi menjamah hasil masakanku.. bersyukur n happy.. hihihi.. kadang apa yang kita wat ni adalah untuk kegembiraan n kepuasan.. Alhamdulillah.. ok lah berbalik kepada n3.. sahabatku Noor fazliah.. tqvm sudi tempah kali sekian kalinya menu ni.. Makaroni bakar.. jom layan..

Makaroni yang telah direbus n tos..
ratakan pada bekas pembakar..

tuangkan pes daging n cendawan

buh slice cheese

ulang lapisan sehingga penuh bekas pembakar
buh meatball

buh lagi slice cheese

tambahkan mozarela chhese dan bakar 180 selama 20minit

Selasa, 20 Oktober 2015

MENU BENTO AZFAR 04 (NASI PUTIH, AYAM KARI KERING N CUCUR)

Nasi Elephan vc Ayam kari Kering
menu sarapan cucur kentang

Assalamualaikum semua.. sahabat2 dan pengunjung2 halamanku .. Apa khabar semua.. semoga semua sihat2 di samping keluarga dan anak2 syurga.. cuma kebelakangan ini cuaca kurang baik dek jerebu.. yang anak2/ sekolah cuti... cuti lah.. yang still anta anak kat pengasuh dan nursery tu.. hati2 kurangkan aktiviti luar.. kesian paru2 anak.. kalau tak tahan boleh batuk.. sakit tekak n demam selsema jadinya.. banyak minum air masak n cuci muka..
ok lah.. berbalik kepada n3.. kalini nak share.. antara menu bento Azfar.. Nasi yang dicetak bentuk elephan.. sama cam sebelumni.. satu cetak = 3 sudu nasi, satu hidangan ayam, 1 ekor bahagi / potong 12.. so dapat bayangkan seketui tu besar manakan.. hihihi kalini wat kari kering2 buh sayur lobak merah yang dipotong bulat... selalunya.. tuk sayur Azfar ni beli khas.. pilih lobak yang saiz kecil2 so sekali masak lauk guna 1 batang lobak.. senang.. kalau tuk kami beli yang besar hihihi
macam biasa tuk bento azfar ni wat 2 set. tuk mkn tengahari dan petang.. tuk menu sarapan..  wat cekodok buh kentang...

Khamis, 15 Oktober 2015

Jumaat, 9 Oktober 2015

SUP KETAM VS MEE SUAH

 Sup Ketam vs Mee Suah

Assalamualaikum semua.. kepada semua pengunjung2 Halamanku.. n3 kalini nek tepek Menu Sup Ketam? pernah wat tak? mesti selalu ea.. nak ikutkan tuan tanah ni x berapa pandai mkn ketam neh.. susah hahahah.. tapi kalau ade yang tolong ketap bukak tu.. mkn gak hihihi.. ok lah selalu sup ketam neh dikaitkan ngan demam denggi.. tapi kali ni x de sapa yang kena demam denggi tapi SK request nak mkn sup ketam.. aku yang tambah ngan mee suah ni.. cuma x leh lah masak panas2 atau istilah perangat.. bab mee suah neh akan menyerap air/ sup neh.. ok jom layan menu Sup Ketam kami neh..

 beli pun 2 ekor jer.. tuk sekali mkn je..

 Sup Ketam in progress

Sup Ketam vs Mee Suah..
sedap.. mkn lak ngan sambal kicap.. berpeluh SK dibuatnya.. hihihi

Khamis, 8 Oktober 2015

MENU BENTO AZFAR 03 (NASI PUTIH N AYAM KRISPY HOMEMADE)

Bento Azfar
Nasi Fish + Ayam Goreng Krispy

Assalamualaikum semua.. tgh apa tu.. harap2 semua sihat2 n happy di samping menjalani rutin harian yer.. ok lah berbalik kepada tajuk n3 kali neh nak tepek lauk tuk bento Azfar.. macam biasa mestila menu yang simple2 n mudah2 tu di sediakan pagi2 neh.. hahahahaha.. nampak tak menu bekpes x dan nak wat.. lauk Azfar pun.. hhaaaa... menu frozen teruk tak? tu lah kalau ada tragedi2 bangun lewat neh.. memang lauk lebur je jawabnya hihihi tuk menu Ayam Goreng Krispy neh boleh tgk SINI aritu ade share menu2 frozen neh.. ok lah n3 simple tuk kali neh.. bye

MENU BENTO AZFAR 02 (NASI PUTIH, SINGGANG IKAN N CUCUR SAYUR)

Bento Azfar
Nasi Bear + Singgang Ikan Merah + cucur sayur

Assalamualaikum semua sahabat2 dan pengunjung2 Halamanku yang disayangi... Alhamdulillah bertemu lagi di n3 kalini nak tepek n berkongsi next menu bento Azfar.. menu kalini ku masakkan bento Azfar Ikan merah masak pindang atau singgang ... apa-apapun istilah n panggilannya.. kira halallah yer.. rasanya sama macam2 ibu yang lain kot.. untuk lauk pauk anak neh selain berkhasiat kita akan cari yang mudah.. contohnya ikan.. ikan yang kurang tulang.. so anak kita mudah n x fobia kot2 tersekat tulang ikan ni ye tak? hihihi..  saiz ikan pun penting.. tuk satu hidangan memang aku masak satu ketul ikan yang saiznya kecil.. so taklah membazir.. kita dapat agak kan sukatan pemakanan anak kita.. hihihi.. untuk set sarapan pagi.. aku leburkan cucur/ cekodok sayur.. cuma apapun yg kita masak untuk anak seusia Azfar, eloklah kalau masakan tanpa sebarang perasa tambahan.. garam/gula.. seeloknya perasa2 dari bahan semulajadi.. jom layan..

Singgang Ikan Merah

Bahan2

2 hiris ikan Merah
1 Lobak Merah saiz kecil
1 batang Saderi
 sedikit bunga kobis
1 cawan air

Bahan Tumis
1 Labu bawang sederhana besar - hiris tipis
1 Ulas Bawang putih - cincang halus
1/2 inci halia - sagat
1/2 inci kunyit - sagat
sedikit minyak zaitun

Cara2
1. Panaskan minyak zaitun
2. Tumis bahan tumis
3. Masukkan Ikan
4. tambahkan 1 cawan air
5. Tambah asyuran
6.tutup
7. tunggu sehingga mendidih masak n bahan sayuran lembut.. siap

Cucur Sayuran

Bahan2
1/2 cawan tepung
1 labu bawang merah saiz sedang
1 btg lobak merah saiz kecil
sedikit daun sup n bawang
1/2 cawan air

cara2
1. gaul bahan2 diatas sehingga sebati dan sesuai adunan cucur
2. goreng sehingga masak
3. tos n siap..






Rabu, 7 Oktober 2015

MENU BENTO AZFAR 01(NASI PUTIH, SUP IKAN N MEE HOON GORENG)

Bento Azfar
Nasi Bear + Senangin Sup Blackpepper + Mee Hoon Goreng Kicap

Assalamualaikum semua... apa khabar semua? harap u all semua happy di samping cuaca jerebu yang kurang menyihatkan neh yer.. semoga Allah permudahkan segala urusan dan segalanya berlalu segera.. Amin.. ada di kalangan kawan2 yang anak2 n pusat asuhan tutup.. kadang stress gak sebab tempat kerja kita ibu n bapa x ttp ye tak? ada yang dok mengangkut anak2 gi tempat kerja.. kepada boss n majikan jangan lah marah.. mereka lakukan kerana nak gi kerja.. ye tak? macamkat opis neh ada jer.. tapi selagi anak mereka tidak mengganggu kerja2 or bising2 sampai terganggu pensyarah n pelajar2 so kira ok lah tu.. ye tak.. hihihihi panjang lak bebelanku..
 ok lah berbalik kepada n3 kali neh bento Azfar.. putera kesayangan kami.. meh nak kongsi.. Azfar mula sepenuhnya menjalani rutin pemakanan bermula 2 tahun sebulan.. yang mana baru betul2 keberi pemakanan yang penuh di samping ku putuskan penyusuan badan perlahan... Alahmdulillah Azfar dapat kuberikan sepenuhnya susu ibu sebagaimana yang di sunnahkan.. syukur diatas rezeki dan izin dari Allah s.w.t.
 Setiap hari aku akn bekalkan Azfar dengan makan yang ku masak sendiri.. 1. Sarapan (kalau sempat) 2. Set tuk mkn tengahari 3. Set tuk mkn petang... tang set sarapan tu kalau sempat.. kalau tak bawa lah roti ke.. apa2 yg sempat lah yer..hihihi
  Nasi akan ku cetak bukan tuk cantik je.. tapi sukat gak.. satu bentuk tu = 3 sudu nasi.. lauk lak kalini masak ikan senangin sup blackpepper + sayur lobak merah + saderi + bungta kobis.. tanpa bahan perasa.. semua perasa adalah semulajadi dari bahan2 masakan sahaja...

Ikan Senangin Sup Balckpepper

Bahan2
2 hiris ikan Senangin
1 Lobak Merah saiz kecil
1 batang Saderi
1 cawan air

Bahan Tumis
1 Labu bawang sederhana besar - hiris tipis
1 Ulas Bawang putih - cincang halus
1/2 inci halia - sagat
1 sudu kecil serbuk blackpepper
sedikit minyak zaitun

Cara2
1. Panaskan minyak zaitun
2. Tumis bahan tumis
3. Masukkan Ikan
4. tambahkan 1 cawan air
5. Tambah asyuran
6.tutup
7. tunggu sehingga mendidih masak n bahan sayuran lembut.. siap



Selasa, 6 Oktober 2015

AYAM KRISPY FROZEN - AKTIVITI HUJUNG MINGGU

 Ayam Krispy Frozen

Assalamualikum semua... kepada semua pengunjung2 Halamanku tqvm sebab tak jemu2 singgah kat Dapo yang x seberape neh.. hihihi.. ok lah n3 kalini nak tepek lah.. antara menu Azfar yang selalulah dok buat.. tapi ni lah nak share.. selalu hujung minggu kalau x de aktiviti... adalah masa yang paling sesuai tuk wat benda2 neh.. kalau weekday.. balik2 kerja.. lebur2 masak menu dinner sudah.. pepagi nanti barulah lebur2 masak tuk menu jualan.. menu bento kami tapi yang paling penting bento Azfar.. Alhamdulillah sejak Azfar mula mkn penuh pada usia 2 tahun neh aku dapat masak n bekalkan bento tuk Azfar.. so pengasuh hanya panas2 kan menu harian yang aku bawak...
Selain menu masakan harian.. aku juga wat menu2 segera neh.. cam Ayam Goreng Krispy.. nugget yang ku frozen kan.. so kalau agak terlajak n terbangun lewat tu.. mmg akan masak lauk2 segera nilah yer.. hihihi..
ok lah jom layan Menu Ayam Krispy yang selalu ku buat tuk lauk Azfar..

Bahan2 Utama
Ayam, Telur, tepung yang telah ku rempahkan
untuk menu2 Azfar aku masak tanpa bahan perisa..
bahan tepung tu aku guna...
Tepung Jagung+serbuk paprika/cili+lada Sulah+serbuk kari

Celop Ayam+telur+tepung (ulang proses 2x)
Goreng separa masak

Siap goreng
tos n sejukkan

masuk n susun pada bekas yang sesuai 
simpan dibahagian sejuk beku..
boleh digunakan bila masa2 kecemasan (bgn lambat hahahaha)

Sabtu, 3 Oktober 2015

IKAN BAKAR PETAI

 Ikan Bakar Petang

Assalamualaikum semua.. harap semua sihat2 n happy di hujung minggu.. n3 kali ni nak share pasal Ikan Bakar .. Pernah dengar tak Restoren/ Medan Ikan Bakar Ana Petai? Resteron ne kat Bandar Baru Bangi.. selalu gak kami lalu kat depan restoren tu.. mak aiiii... x pernah x ramai.. selalu mmg penuh aja.. ada yg kata sedap ada yg kata murah.. mmg selalu ramai n meriah kedai mkn tu...  so.. inspirasi dari tu.. aku try wat Ikan bakar sendiri jom layan Ikan Bakar Petai versi Erma.. hahahahaha..

 Sapu rempah2 pada Ikan
n bakar.. bakar pun guna nonstick pan je.. hihihi

 Siap Bakar

Buh Pes Sambal Petai
siap.. tapi ni versi erma.. x tahu lak yg sebenarnya rupa camana.. hihihi

Jumaat, 2 Oktober 2015

NASI - AYAM GORENG

 Nasi Ayam Goreng

Assalamualaikum semua sahabat2 n tak lupa pengunjung2 Halamanku yang di sayangi .. sebelum ni nak gtau awal2 jangan boring ye.. Dapo ni x de lah menarik tuk berkongsi menu2 yang hebat n bombastik.. hanya sekadar perkongsian menu yang ada kat Dapo n yang mudah jer.. maaf yer.. selain daripada perkongsian hanya untuk simpan n abadykan dalam Halamanku neh.. hihihi.. harap terima seadanya.. kalau nak resepi yang hebat2 rujuk kat Dapo sifu2 yang sememangnya hebat n tidak mengecewakan..
   ok lah berbalik kepada n3 kalini nak share menu mudah.. cepat n sedap neh.. kalau agak2 sibuk x sempat atau malas.. mmg lebur2 cam ni lah jawabnyer yer hahahahaha... Nasi Ayam Goreng.. Jom layan menu mudah n share resepi skali..

 Nasi:
Bahan Tumis
1 labu bawang besar - mayang
3 ulas bawang putih - mayang
1 inci halia - mayang
3 biji buah pelaga
sedikit kayu manis
sedikit serbuk kunyit
2 sudu sos tomato
sedikit garam
tumis semua bahan
tambahkan 1/2 cawan susu sejat
1 1/2 cawan air
2 cawan beras
buhkan daun ketumbar n daun bawang...

Tanak Nasi

 Setelah nasi masak..
letak n susun ayam goreng 
tabur daun sup, bawang n bawang goreng

 warm seketika
sambil sediakan salad mudah

 bahan utama.. Cuka Delima, Madu

 Bahan2 Salad
Buah tomato, Timun, Bawang Besar n serbuk lada hitam

 untuk sos
Campurkan Madu, Cuka Delima, minyak zaitun n serbuk lada hitam
kacau sebati..

 sebatikan basic salad ngan bawang besar yg di mayang

gaulkan semua bahan2 salad.. Siap