Khamis, 26 April 2012

Labu Manis Masak Sambal Udang Kering

Labu Manis Masak Sambal Udang Kering

Assalamualaikum semua.. salam bersiaran kembali.. cam pelik tak? alah jangan lah pelik sedapni.. he he he.. selalu jumpa masak lemak labu ye tak? kalini aku nak syer menu yang simple tapi sedap.. tak pastilah korang pernah jumpa atau makan tak? tapi yang pastinyer lepas aku wat menu ni nampaknyer SK gemar gak.. kalau beli labu kuning aka labu manis, sebahagian masak lemak n sebahagian aku masak sambal.. sedap, rasanyer lemak manis n semestinyer pedas2 sambal tu kan.. wat pulak sambal tumis udang kering aroma wangi udang kering tu memang menyelerakan ye tak? jom layan menu simple, mudah n sedap neh..
 
Labu Manis Masak Sambal Udang Kering
Ader sesapa nak try.. meh aku tepek resepi simple ni..
 
 
Labu Manis Masak Sambal Udang Kering

Bahan
1/2 buji buah labu - kupas buang kulit n potong dadu

Bahan Sambal

* 3 ulas bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1 labu bawang besar
* 3 sudu besar udang kering
5 sudu besar cili kisar (cili kering kisar) ikut kepedasan.
minyak untuk menumis
garam n gula secukup rasa
 
Cara2
* Kisar bahan bertanda*
* panaskan minyak untuk menumis
* tumis bahan kisar sehingga masak n naik minyak
* masukkan cili kisar
* terus tumis sehingga masak n sebati
* masukkan labu.. gaul sekata n sebati..
* + air sekiranyer perlu
* perasakan ngan garam n gula
* masak sehingga labu empuk/ lembut
* Siap....
 
SELAMAT MENCUBA

8 ulasan:

  1. erma...
    kak mas tak pernah try lagi masak gini..
    sedappnya tengok....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Mas..
      he he he erma dah agak mesti ramai yang tak pernah.. hi hi hi blh try kak sedap hi hi hi

      Padam
  2. Salam, terliur akak, tak pernah jumpa labu masak macam ni.. sama macam Mas juga ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Sari,
      tu lah time nak n3 cam dah agak ramai yang pelik he he tapi saja nak syer.. blh try sedap he he he

      Padam
  3. akk xpernah lg buat sambal labu cmni...terliur pulak nengoknya....hihihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Liza.. tu lah kak ermapun terasa ramai yang tak pernah try atau jumpa.. tapi kalau nak try ok gak sedap he he he

      Padam
  4. Alhamdulillah... dunia masakan ni luas, banyak sangat resepi yang boleh direkacipta.... sedap tu sayur labu manis sambal udang kering!

    BalasPadam
  5. Kak Amie.. he he he tu lah baiknyer berkongsi ye kak.. aperpun blh dikongsikan yang penting bermanfaat he he he.. ha'ah kak blh try kak sedap he he he

    BalasPadam