Rabu, 18 April 2012

Sambal kering aka Sira (Kacang Tanah & Ikan Bilis)

Sambal kering aka Sira (Kacang Tanah & Ikan Bilis)
Assalamualaikum.. menu kudap2 he he he maklum lah kalau dah takde aper yang nak dileburkan kita main lebur2 aje ikut aper yang ader kat stok tu ye tak? he he he.. nai nak tepek menu febret SK gak kiranyer neh.. cuma boleh dibuat pelbagai versi sama ader kacang n ikan bilis atau boleh gak kalau nak ditambah ngan tempe.. ader panggil sambal kering ataupun sira pedas.. semua2 boleh jek.. Ok lah menu sambal kering neh boleh di ratah begitu sahaja maupun di gandingkan ngan nasi lemak atau aper2 kalu bebetul kering boleh gak disimpan lama sedikit he he he.. kekadang tu time nak puasa wat awal2 sambal ni kot2 terbangun lambat kiranya lauk segera atau wat pembuka selera he he he.. jom layan Sambal kering aka Sira (Kacang  Tanah& Ikan Bilis) yang simple n seap neh he he he

Sambal kering aka Sira (Kacang Tanah & Ikan Bilis)
jom erma tepek tuk dikongsi bersama...
Sambal kering aka Sira (Kacang Tanah & Ikan Bilis)

Bahan2
250 gram kacang tanah - goreng dan ketepikan
100 gram ikan bilis siap dikupas - goreng dan ketepikan.

Bahan2 sambal
1 mangkuk cili kering yang telah dikisar - mengikut kepedasan
3 biji bawang putih - kisar
7 labu bawang merah - kisar
1 biji buah keras - kisar
1/4 cawan air asam jawa
1 sudu kecil garam
1/2 cawan gula
minyak untuk menumis

Cara2
* Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau n masak
* + cili kering yang telah dikisar
* + garam
* + air asam jawa.. masak sehingga pekat dan sebati
* + gula.. masak sehingga bahan benar2 masak n berbuih.. tanda gula betuk2 masak
* setelah bahan benar2 masak, masukkan kacang yang telah digoreng.. gaul sebati.. kalau boleh sentiasa gaul untuk elakkan hangit.. 
* bila semua bahan sebati.. baru masukkan ikan bilis yang telah digoreng.. gaul rata n Siap..mudahkan? 

SELAMAT MENCUBA..

11 ulasan:

  1. Aslmkm..sedapnya sambal gini, ratah je pun laku nih..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam.. kak ana.. memang kak ratah2 sedap he he he nak2 sambil tengok tv licin ha ha ha

      Padam
  2. sedapnyaaaa....terliur nengok

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmm setuju.. betul tu.. sedap kudap2 sambil tengok tv he he he pedas2 manis n rangup kacang memang best kak meh join he he he

      Padam
  3. Ni akak suka..bila ko nak watkan akak se-tupperware, dear?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Yat.. he he he kalaulah kita berjiran kompom erma anto satutupperware kacang sira n mangkuk kosong mintak kek yang sedap kak dapo akak tu he he he he

      Padam
  4. Salam Erma..Kak Sue pun suka kacang sira macam ni..Dah lama tak buat....

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam kak Sue.. ni erma dah siap tapau tuk akak.. sedap akak wat kudap2 he he he

      Padam
  5. akupun suker kacang sira pedas.. ikan bilis bagi lebih tau.. kruk krak sambil ngadap laptop ni hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kacang sira ikan bilis lebih siap.. nah aku bagi semangkuk tuk ko lina.. he he he tak cukup ko buat sendiri..

      Padam
  6. Terima kasih ats resepi ni...
    Fav en hubbyku

    BalasPadam