Khamis, 1 Oktober 2015

KACANG FOUL CHEESE VERSI BAKAR

Set Kacang Foul
sesuai dimakan pada bila2 jer.. Sarapan atau mkn malam

Kacang Foul versi bakar

Assalamualaikum semua... salam siaran kembali.. cap cipsmore ea.. kejap ada kejap x de hihihihi.. tqvm kepada semua sahabat2 dan pengunjung2 halamaku.. n maaf banyak2 kalau ada yg menunggu x update.. kot lah kalau ada hihihi.. apapun untuk terus meninggalkan duni blogger ni cam sayang.. segala kenangan, ilmu dan jalinan silaturrahim x mo terhenti or terputus .. insyaallah.. cuma kadang tu byk kekangan so.. maaf yer...
ok lah n3 kalini nak share menu.. sebelum neh mmg pernah n3 SINI Kacang Foul neh.. tapi x boh resepi.. ramai kawan2 minta resepi dok lah taip kat w.app tu.. maklumlah sekarang ni trend w.ap ye tak..Pelbagai versi n resepi nak wat kacang Foul neh.. aku pun x lah tau resepi yang sebenarnya.. macam Kacang Foul yang glamour n hangat di JB tu.. tapi ni versi tekak tuan tanah n alhamdulillah sedap n respon kawan2 yang try pun suker.. so.. kalini ade ruang n masa aku tepek kat dapo neh.. untuk rujukan diri n kawan2.. jom layan..

Resepi Kacang Foul versi erma

Bahan Utama
1 tin Kacang Foul - Kisar Halus
1 cawan daging kisar

Bahan Tumis
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu ketumbar
1 sudu jintan putih
1 sudu jintan manis
3 sudu cili kisar (ikut kepedasan)
1/2 sudu serbuk kari
(kisar semua bahan2)

Bahan2 rampai n eksesori
1 Labu bawang besar (Holand) - potong dadu
3 tangkai cili besar hijau - potong bulat
Telur ayam ( goreng mata - gegar/ tak garing) agak2 berapa biji..
setiap hidangan 1 biji telur
Limau kasturi - potong 2

Cara2

1. tumiskan bahan2 kisar sehingga masak n pecah minyak..
2.masukkan daging kisar.. tumis sebati
3. masukkan kacang Foul
4. kacau sebati.. masak n didihkan..
5. perasakan dengan sedikit garam n gula
6. bila dah cukup rasa.. mendidih.. siap..

Cara2 menghidang

1. letakkan kuah kacang Foul didalam mangkuk/ bekas pilihan
2. letakkan bawang holand yg di potong dadu
3. cili hijau yg di potong bulat
4. telur goreng separa masak/ gegar
5. limau kasturi
hidangkan bersama roti bakar atau roti pilihan.. SINI

tapi kali neh.. tetiba dapat idea utk aneka kan rasa n cara.. kalini erma bakar.. jom share..

tumis bahan2 tumis yang dikisar.. + serbuk kari

setelah masak n sebati + daging kisar
terus tumis sehingga daging masak n sebati

+ kacang Foul yang dikisar halus

perasakan n siap..

masukkan kuah kacang foul ke dalam bekas tahan panas

taburkan bawang holand yg di potong dadu

tambah buah tomato yang dipotong dadu

tambah cili hijau yg dipotong bulat

pecahkan beberapa biji telur
Taburkan mozarela cheese n bakar..

suhu 180 dan 15 minit

hidang bersama roti bakar atau roti pilihan..
sedap tau.. selamat mencuba..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan