Khamis, 8 Oktober 2015

MENU BENTO AZFAR 02 (NASI PUTIH, SINGGANG IKAN N CUCUR SAYUR)

Bento Azfar
Nasi Bear + Singgang Ikan Merah + cucur sayur

Assalamualaikum semua sahabat2 dan pengunjung2 Halamanku yang disayangi... Alhamdulillah bertemu lagi di n3 kalini nak tepek n berkongsi next menu bento Azfar.. menu kalini ku masakkan bento Azfar Ikan merah masak pindang atau singgang ... apa-apapun istilah n panggilannya.. kira halallah yer.. rasanya sama macam2 ibu yang lain kot.. untuk lauk pauk anak neh selain berkhasiat kita akan cari yang mudah.. contohnya ikan.. ikan yang kurang tulang.. so anak kita mudah n x fobia kot2 tersekat tulang ikan ni ye tak? hihihi..  saiz ikan pun penting.. tuk satu hidangan memang aku masak satu ketul ikan yang saiznya kecil.. so taklah membazir.. kita dapat agak kan sukatan pemakanan anak kita.. hihihi.. untuk set sarapan pagi.. aku leburkan cucur/ cekodok sayur.. cuma apapun yg kita masak untuk anak seusia Azfar, eloklah kalau masakan tanpa sebarang perasa tambahan.. garam/gula.. seeloknya perasa2 dari bahan semulajadi.. jom layan..

Singgang Ikan Merah

Bahan2

2 hiris ikan Merah
1 Lobak Merah saiz kecil
1 batang Saderi
 sedikit bunga kobis
1 cawan air

Bahan Tumis
1 Labu bawang sederhana besar - hiris tipis
1 Ulas Bawang putih - cincang halus
1/2 inci halia - sagat
1/2 inci kunyit - sagat
sedikit minyak zaitun

Cara2
1. Panaskan minyak zaitun
2. Tumis bahan tumis
3. Masukkan Ikan
4. tambahkan 1 cawan air
5. Tambah asyuran
6.tutup
7. tunggu sehingga mendidih masak n bahan sayuran lembut.. siap

Cucur Sayuran

Bahan2
1/2 cawan tepung
1 labu bawang merah saiz sedang
1 btg lobak merah saiz kecil
sedikit daun sup n bawang
1/2 cawan air

cara2
1. gaul bahan2 diatas sehingga sebati dan sesuai adunan cucur
2. goreng sehingga masak
3. tos n siap..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan