Isnin, 19 Mac 2012

BUBUR CANDIL aka BUBUR TEPUNG PULUT

 Bubur Candil aka bubur Tepung Pulut

Salam semua.. kembali bersiaran..Alahmdulillah aku n SK sesihat jek.. cuma ader sedikit masalah.. bondaku tak sihat.. bonda ku terjatuh ketika 'rewang' menolong kenduri kahwin didewan orang ramai kampugku.. ketika itu aku berada di kampung dan bersiap untuk pulang ke bangi.. dengan musibah itu aku n SK bercuti kecemasan isnin - rabu.. time tu kami uruskan bondaku.. dengan hantar untuk berurut dan ke hospital untuk rawatan dan x-ray...tangan kanan bondaku terseliuh dan membengkak.... pada lewat petang rabu ketika bondaku telah boleh bangun dan berjalan dengan ok.. aku bawa bondaku bersama.. Alhamdulillah bondaku tinggal bersama kami.. disini hatiku lebih senang bab sebelumni bondaku tinggal berseorangan.. so kalau kat sini legalah depan mata ye tak... mohon doakan bondaku cepat sembuh...
      oklah berbalik kepada n3.. ni wat malam tadi.. wat saja2 kebetulan memberku Hana nak datang ziarah bonda alhamdulillah dapatlah merasa.. jom layan bubur candil aka bubur tepung pulut.. kalini aku wat kalerful he he he jom..

 Siap terhidang

Tepung pulut yang telah dimasak dengan pelbagai warna..
he he he wat comel2 SK bantu gak wat he he he

  setelah dimasak ngan sagu..

 Jom kengkawan.. sedap ni he he he
jom tepek resepi atau 


BUBUR CANDIL
bahan-bahannya
  • 2 cawan tepung pulut
  • sedikit garam
  • air untuk menguli tepung dan merebus adunan tepung
  • santan dari sebiji kelapa
  • sedikit sagu biji
  • 1 senduk gula merah
  • 1/2 senduk gula(boleh kurangkan)
  • garam dan daun pandan 

 Cara-caranya
    1. uli tepung dengan sedikit garam dan air sehingga boleh digentel bulat.Boleh letak pewarna jika suka.
    2. kemudian rebus hingga tepung timbul dipermukaan air.angkat dan toskan
    3. sagu biji dibersihkan dan toskan.masukkan kedalam periuk bersama dengan gula dan daun pandan.
    4. tuangkan sedikit air,renihkan.masukkah santan dan garam sambil dikacau.akhir sekali masukkan tepung pulut yang sudah direbus tadi.
    5. perasakan manis nye.bila dah mendidih bolehlah diangkat

14 ulasan:

  1. sedap ni, nak buatla, ank dah suruh td..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Ana.. setuju!!! he he he selain sedap senang nak watnyer he he he t akak tayang lak bubur candil akak he he he

      Padam
  2. lama tak makan, dulu keliling tengok ibu gentel candil, hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Sari Yusa.. meh reramai wat n makan bubur candil ni he he he betullah kak dulu tgk mak2 jek wat skang teringin wat lah sendiri he he he

      Padam
  3. Kak Sari Yusa.. meh reramai wat n makan bubur candil ni he he he betullah kak dulu tgk mak2 jek wat skang teringin wat lah sendiri he he he

    BalasPadam
  4. sedapnya tgk bubur ni..terliur la..ada wat lebih tak erma?hehe

    semoga bonda erma cepat sembuh yer..amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. meh Kak Nieza ader lagi simpan dalam peti sejuk mkn time sejuk2 nyaman gak he he he
      terima kasih atas doa akak.. Amin... moga dimakbulkan tqvm akak..

      Padam
  5. Salam erma! buur ank2 org jawa hihihi... sedapnyer! lama sgt tak buat, nanti buat jgklah! ehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam Ika betultu.. memang tepat ha ha ha meh wat n makan bubur candil.. sedap2 layan Ika he he he

      Padam
  6. waduh erma..ni ler bubur yg plg akak suker..x muak makan leh tambah bermangkuk2..adehh!! bak semangkuk..kempunan sehh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Ina .. tu lah watnyerpun senang ala2 kuih buah melaka.. tapi betul SK suker, mkn bertambah2 lelagi dia kenyal2 lembut he he he siap erma dah tapau tuk akak semangkuk neh he he he

      Padam
  7. Kak Ina .. tu lah watnyerpun senang ala2 kuih buah melaka.. tapi betul SK suker, mkn bertambah2 lelagi dia kenyal2 lembut he he he siap erma dah tapau tuk akak semangkuk neh he he he

    BalasPadam
  8. Salam Erma..k.atie dtg bawak mangkuk ni nak tapau bubur candil yg mcm2 kaler tu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam kak atiesayang.. ha cepat2 tu lah lambat nak abis dah neh ha ha ha.. ok siap tapau bubur candil warna warni tuk akak he he he

      Padam