Khamis, 14 April 2011

Ta-koh Sa-ku (Puding Sagu dengan Pati Santan) II

Pudang Sagu vs Pati Santan

Assalamualaikum semua... morning... ni nak tepek pepagi menu pilihan tuk Mesyuarat KPK semalam.. he he he dengan tibanya giliran Biro kami tuk sponser jamuan... SK request tuk pencuci mulut aku yang wat.. x tau aper nak wat.. asalnyer nak wat tepung pelita.. sekali x de stok sengkuang mmmm nak wat dadih.. cam biase lah pulok.. so aku teringat nak wat puding Sagu ni... sambutan amat menggalakkan.. alhamdulillah.. he he he aku ni tang kuih lembik2 agak kureng.. so sangat happy bila kengkawan suker makan... n atas permintaan kengkawanlah aku tepek n3 ni sekali lagi.. kepada yang menyumbang idea asal tqvm.. Izah Tokey muffin n kepada sesiapa sahaja yang turut menyumbang... jom layan Puding Saguku itew...

setelah bahagian Sagu disudukan ke dalam bekas..
sementara sejuk bleh kacau bahagian Pati Santan ..

Pati Santan telah disudukan..

simpan dalam peti sejuk.. sedap dihidangkan ketika sejuk2

Kepada sahabat2 ahli mes. KPK yang nak resepi semalam meh boleh tgk SINI atau ni erma tepek..

Bahan-bahan

1/2 cawan sagu
1/4 cawan tepung ubi/tepung jagung *saya guna tpg jagung
3 cawan air
1/4 cawan air pandan pekat atau 1 sudu teh pandan paste
2/3 cawan gula (lebih kurang 9 sudu besar)

Bahan2 utk pati santan:

1 cawan santan pekat
1 cawan air
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam

Cara-cara

Basuh sagu dan rendamkan lebih kurang 1/2 jam dan toskan.
Masukkan sagu, air, tepung ubi/tepung jagung dan air pandan/pandan paste ke dalam periuk. Kacau atas api sederhana.
Apabila campuran menjadi pekat, masukkan gula dan kacau hingga gula larut dan bancuhan bertukar menjadi jernih.
Sudukan ke dalam bekas dan ketepikan.
**Cara2 utk membuat pati santan:

Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau atas api kecil sehingga masak dan pekat.
Sudukan ke atas Puding Sagu. Sejukkan dulu baru la dihidangkan..

SELAMAT MENCUBA

10 ulasan:

  1. wahh..banyaknya..
    kasi kak mas sikit...
    peberet kak mas tu...

    BalasPadam
  2. ha ah kreatif erma.buat dalam bekas gini kan.aduhai sedap makan sejuk

    BalasPadam
  3. To : Kak Mas
    he he he boleh.. kalu dekat lama dah paskut tingkap tu hi hi hihi

    BalasPadam
  4. To : Izahdaut
    he he he senang.. sekali mkn abis he he he betultu Zah mkn time sejuk.. laris he he he

    BalasPadam
  5. wah banyak tu boleh pas sebekas dua ke parit sulung ni.. he he he

    BalasPadam
  6. Assalamualikum Erma, apa khabar?
    panas-panas makan puding sago ni jadi sejuk ajer tekak....

    BalasPadam
  7. To : Salina
    he he he he kalau dekat maunyer past he he he blh cuba.. mudah tu..

    BalasPadam
  8. To : Kak Azian
    w'salam akak alhamdulillah sihat.. lama x nampak akak...
    betul tu kak cuaca panas2 memang best jek.. terasa sejuk lalau kat tekak he he he

    BalasPadam
  9. salam erma.
    1st of all makasih promokan biskut kacang sedap akak, tak silap lagi akak baig erma menang GA!heee, pomote2 la lagi yer,
    2nd thnx sgt1 utk puding sagu yg sedap (akak mkn 3, take away 4!hahaha)..1st time akak tgk dan mkn akak pk, kreatif sungguh erma ni
    3rd,,makasih tepek respi, ak musti buat sbb bende2 cenggini mmg fav akak!

    BalasPadam
  10. Salam...Erma..sedapnya puding sagu tuuuuu...

    BalasPadam