Khamis, 7 Januari 2010

Udang Masak Rempah

Udang Masak Rempah
Salam semua...selamat pagi.. N3 kali ni lauk makan malam ari tu..wat simple2 jek..udang masak rempah.. wat pun tak banyak tuk skali makan jek..selasai.. makan ngan nasi panas2 bertambah SK makan...jom tengok resepi..
Bahan A
200grm udang segar
(dibersihkan n ditos)
Bahan B
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit
1/2 inci lengkuas
1 batang serai
1/2 sudu jintan putih
1/2 sudu jintan manis
2 sudu ketumbar
10 tangkai cili kering
Bahan C
1 Labu Bawang Besar (Dimayang)
2-3 sudu air asam jawa
sedikit garam, gula untuk perasa
Cara:
Kisar lumat Bahab B.. Tumis dengan api sederhana sehingga pecah minyak n naik bau... masukkan Udang (Bahan A) setelah agak masak masukkan air asam jawa, perasakan ngan garam n gula... tabur n gaul bawang yang telah dimayang dan boleh dihidang...
Sedap di makan ngan nasi panas...
Selamat mencuba..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan