Jumaat, 4 Disember 2009

Rendang Ayam

*kisar
Rendang Ayam
N3 ni... Ha tu dier...rendang ayam...akhirnya.... Sesekali memang best makan rendang...aku lebih gemarkan rendang ayam berbanding daging... syedap kalau dimakan ngan nasi himpit....tapi aku...makan ngan nasi panaspun sodap...jom layan...


Atas permintaan, meh aku tepek resepi untuk rujukan semua.. terima kasih..

Jom join resepi mudahku ini...
Bahan2
½ kg ayam
1 mangkuk santan dari 1 biji kelapa
*10 tangkai cili kering,
*8 ulas bawang merah 
* 6 ulas bawang putih,
*1 biji buah keras,
*3 camca kecil ketumbar biji,
*1 camca kecil jintan manis,
*2 batang serai,
*1 inci halia,
*1 inci lengkuas,
**Kisar halus bahan
3 sm kulit kayu manis,
3 biji buah pelaga,
3 kuntum bunga lawang,
Garam secukup rasa
3 camca besar kerisik

1 camca kecil gula
Sedikit asam jawa

Cara2
Ayam dipotong ikut suka, perap sebentar bahan giling bersama ayam. Panaskan minyak, tumis bahan penumis kemudian masukkan ayam yang telah diperap ngan bahan2 rempah kisar tadi... Gaul rata.. terus tumis n masak dengan api sederhana..Setelah itu masukkan santan dan biarkan ia mendidih buat seketika. + kerisik, air asam dan perasakan dengan garam n gula. Biarkan sehingga ayam empuk n masak. kalau nak sedap + daun kunyit @ daun limau purut...ppssstt x perasan x stok he he he he..









1 ulasan: