Jumaat, 18 Disember 2009

Daging Blackpaper

Salam...Daging Blackpaperni...menu mudah n cepat disediakan.... sekarang aku x pasti boleh ke lagi guna istilah "Dapo Bujang Senang" he he dah jadi suri...cewah... jom layan menu simple n digemari SuamiKu n DeqNa..

Daging Blackpaper

Wat tak banyak... tuk satu hidangan jek... jom makan


Bahan-bahan
500gm daging batang pinang- (Potong tipis)

1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada benggala hijau
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
minyak utk menggoreng

Cara-cara
Potong daging nipis2 . Bersihkan dan toskan. Mayang/ rampaikan kedua2 lada.
Panaskan minyak. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit dan ketepikan. Kurangkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati.

Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Boleh dihidangkan dgn nasi panas2 . Mudahkan selamat mencube..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan