Lega...ok rupa n rase...
Tepung PelitaKu...
Jom nak cube... resepi nie..
Bahan-bahan
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam
Cara-cara
Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati .
Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat Aku sagatkan buah sengkuang n masukkan ketika adunan betul2 masak n berkilat...
Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pandan@pisang lagi sedap.
Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan