Rabu, 15 Mei 2013

MEE KARI

 Mee Kari

Assalamualaikum  semua.. lama tak n3 menu2 masak2 makan2 he he he... ni nak tepek menu dinner kami berdua.. cam biasa yang mudah2 ajer.. bahanpun aper yang ader kat peti ajaibku ajer.. selalu kalau mkn malam neh dah jarang mkn nasi n lauk pauk.. laagi bagus he he he senang keje kita lebur2 je yer.. jom layan menu simple mudah n sedap.. Mee Kari..

Belum buh kuah..
watpun dua mangkuk je.. maklumlah bedua he he he

setelah kebanjiran.. jom layan..

Bahan-Bahan tuk 2 orang:
Bahan tumis:
*5 biji bawang merah 
*3 biji bawang putih 
*3 sudu besar serbuk kari (babas)
*2 sudu besar cili kering kisar
# kisar bahan bertanda*

2 keping tauhu yang dipotong kecil
250g ( 2-3ketul ayam) potong kecil
3 keping fishcake yang dipotong
1 paket (fishball) yang dibelah dua
Sedikit air asam jawa
Garam n gula secukup rasa
5 ketul tahu kering-potong dua

Santan (1 kotak:200ml)
Sedikit air

Bahan rampai
1 bungkus mi kuning yang dicelur
1 biji telur - rebus potong dua
Bawang goreng 
Tauge secukupnya dicelur
Sawi secukupnya dicelur
Cili hijau n merah - dimayang
 cara :
1. Mula-mula tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan sedikit air bersama cili giling dan serbuk kari.
3. Setelah, bahan tumisan masak n pecah minyak, masukkan ayam yang dipotong kecil, tumis sehingga ayam masak n empuk
4.+ air asam jawa dan  dan  santan kelapa.
5. Kemudian, masukkan fishcake, fish ball, tahu n tahu kering. Biarkan menggelegak sambil dikacau-kacau kuahnya supaya santan tidak pecah minyak.
6. Masukkan garam n gula secukup rasa dan angkat untuk dihidangkan.

6 ulasan:

  1. assalam, banyak betul makanan sedap2 kat sini...terliur pagi2 ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam.. he he he takdelah sesedap mana kak.. menu biasa2 je.. berbanding dapo sifu2 yang lain he he he tqvm akak singgah dapo yang tak seberapa neh..

      Padam
  2. Salam wah sedapnyer.. rajin n sempat masak walau dah ader anak kecik tu ha ha ha tabik springlah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam lina.. he he he mestilah menu yang senang2 n lebur2 jek.. he he he mana yang sempat ajer he he he

      Padam
  3. sedapnyer.. kak ema memang rajin hu hu hu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hu hu hu aper yang mampu n sempat jek he he he

      Padam