Jumaat, 5 Ogos 2011

Berbuka Ramadhan 4 2011

Assalamualaikum... Salam Ramadhan ke 5 semua... ni nak tepek n3 berbuka kami semalam.. cam biasa ayat lapok 'yang senang2 sajer' ha ha ha ha.. kekadang tu terliur n geram jek tgk dapo kengkawan masak yang sesedap hu hu hu.. balik kejer sampai umah kul 6.30ptg... ader kejer urgent hu hu hu aperpun masak jek yang senang2 n aper yang ader kat peti ajaibku itew he he he so jom layan menu berbuka kami.... Mee Hailam..

  
Mee Hailam Simple

wat 2 mangkuk jek he he he maklumler sekali mkn jek..

Cucur aka cekodok Jagung he he he syedap lah he he he

 mmmm kelako tak suker makan cucur2 time buker.. 
sikitpun jadilah he he he
atas permintaan erma tepek resepi mee Hailam Sendiri.. he he he selamat mencuba..
Bahan-bahan (2 org mkn)

  • 100grm mee kuning - basuh n toskan
  • 1 kpg dada ayam - potong dadu
  •  udang - agak2 dlm 10-15 ekor
  • Sotong - 3-5 ekor dipotong ring
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 3 ulas bawang merah
  • * 1 sudu besar cili kisar
  • * 3 sudu  udang kering 
  • 3 sudubesar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Kicap secukupnyer
** kisar bahan betanda*
Bahan Rampai
- 1 cwn taugeh
- 1 batang lobak merah -potong ikut suka
- 2-3 kelopak Kobis - mayang
- Daun sup dan daun bawang
- 1 sudu tepung jagung dibancuh dengan setengah cawan air(untuk pekatkan kuah)

Cara-cara

  1. -tumiskan bahan  yang telah diblender sehingga naik baunya. - kemudian masukkan cili kisar..tumis sehingga masak atau pecah minyak..
  2. masukkan udang, sotong dan serta ayam gaul sebati
  3. masukkan sayur yang telah dipotong n basuh bersih
  4. + bahan sos ke dalam ramuan tadi. 
  5. setelah semua sebati.. perasakan dengan sedikit garam (tak perlu byk kerana bhn sos n kicap dah rasa)
  6. + mee.. gaul rata
  7. untuk memekatkan kuah +  tepung jagung yang telah dibancuh bersama air dan kacau.
  8. taburkan sedikit hirisan daun sup dan daun bawang atau aper2 sahaja mengikut kpilihan..
SIAP... MUDAHKAN? SELAMAT MENCUBA...



4 ulasan:

  1. erma...kak mas pun berbuka yg simple2 jerk....
    rasa tak berapa lalu lak makan nasi..he..he..

    BalasPadam
  2. To : Althea
    salam.. tq sudi singgah he he he aperlah yang di testnyer tu he he he

    BalasPadam
  3. To : Kak Mas
    he he he samalah kak.. wah ni memang boleh slim ni kak he he he erma tak kisah sgt lagi simple lagi bagus bab skang ngah sibuklah kak.. mana dan jek masak he he he

    BalasPadam