Selasa, 23 November 2010

Lempeng vs Sambal Sardin

Set Lempeng vs Sambal Sardin

Salam sumer selamat pagi.... cuaca arini cerah n menyegarkan... n3 kalini adalah menu bekpes... he he he boleh SK request nak makan lempeng ngan sambal Sardin? he he he senang kejer makcik ye tak? he he he
jom layan menu bekpes kami yang mudah n mables itew...

mmm sedap n mengenyangkan

ok tang sambal Sardin tqvm kepada k.ina@moklong
sebenarnyer boleh dikatakan sumer boleh n pandai masak sambal Sardin ye tak? Tapi pelbagai citarasa n cara yang kreatif untuk menyedapkan lagi... tqvm k.ina@moklong memang syedap n jom kita kongsi resepi n teknik penyedap sambal sardinku itew....

Bahan-Bahan
1 tin besar sardin king cup [aku guna ayam brand]
5 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih dikisar atau ditumbuk halus
3 ulas bawang merah [dimayang]
1/2 cawan cili kisar [kalau nak buat nasi lemak, lebihkan cili sebab perlu lebih kuah]
1 labu bawang besar dihiris melintang
1 biji kentang dihiris nipis [kalau suka - n aku x letak pun]
3 biji cili padi diketuk
garam, gula secukup rasa

Cara-Cara

1. panaskan 5 sudu besar minyak di dalam periuk. tumiskan bawang merah hiris hungga kekuningan. masukkan bawang kisar dan cili padi. tumis lagi hingga wangi.
2. masukkan cili kisar. tumis hingga pecah minyak. masukkan sos tomato dalam sardin dan kacau sambal hingga sebati. tambahkan 1/2 cawan air. perlahankan api.
3. masukkan kentang dan bawang besar. masukkan ikan sardin. masak hingga kentang empuk dan sambal pekat. kacau rata. tambah garam (+/-1 sudu teh) dan gula (1 sudu besar) jika perlu.
4. tutup api dan sedia dihidang.

"bawang hiris yang ditumis dan cili padi, menambahkan keenakan sardin"
setelah mencuba, ya aku setuju :)

8 ulasan:

  1. erma...k.mas nak join makan lempeng ..sedapp tu..

    BalasPadam
  2. To : Kak Mas
    jom kak Mas... byk ni n syedap2 bleh try.. dulu tgk pelik bila org wat sambal + cili api.. rupanya memang lagi best.. wangi n sedap

    BalasPadam
  3. nampak sedap tapi x pedas giler ker? letak lagi cili api? boleh try

    BalasPadam
  4. To : Salina
    bukan jek nampak rasa memang sedap ok... xdelah pedas giler cuma + wangi n sedap.. cubalah try.. x menyesal

    BalasPadam
  5. oh sardinnnnnnnn..... aku mau dong! huhuhu syian aku... Aritu jumpa sardin tp dlm sos kicap manis..tk syok! huhuhu

    BalasPadam
  6. To : Kak Hana
    meh meh kak.. kesiannyer...ye ker kak.. tapi akak bleh buat sardin sendiri...lagi sedap... he he he

    BalasPadam
  7. erma..cantiknya lempeng tu nampak cam capati:)

    BalasPadam
  8. To : cikmanggis
    he he he lempeng jek kak lum pernah wat capati...he he he jom..

    BalasPadam