Jumaat, 22 Disember 2017

ISI AYAM MASAK SOS SOUR PLUM

Isi Ayam Masak Sos Sour Plum

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku.. Apa khabar semua? harap2 semua sihat2.. maaf tuan tanah jarang bersiaran dek kekangan n macam2 perkara yang mengejutkan berlaku hihihi... nanti kita story yea, tak bersiaran tidak bermakna rutin ini terhenti, cuma belum berkesempatan utk ku kongsi n abady di Halamanku ini, ok lah berbalik ngan menu simple mudah n sedap ni.. memang masyaallah resepi lebur meleburku berjaya dengan bahan2 yang ada hihihi Alhamdulillah mmg sedap n sesuai ngan tekak ni n puteraku Azfar.. maklumlah x pedas, so ok tuk lauk Azfar juga, cuma di samping ulam n sambal belacan tuk SK, hihihi SK suka juga ngan sambal belacan, so sedap sikit hidangan lunch ni.. jom layan

Isi Ayam Masak Sos Sour Plum vs Ulam Sambal Belacan


Ayam Masak Sos Sour Plum

Bahan- bahan
200grm Isi Ayam - 3-4keping Ayam
100grm Kacang Buncis - pilihan sayur untuk rampai
1 Labu bwg besar potong Baji

Bahan Kisar
3 Ulas Bwg merah
1 Ulas Bwg pth
1 inci Halia

Bahan Sos
3 sudu Sos Sour Plum
2 sudu Sos Cili
1 sudu Sos Tiram
1 sudu Kicap manis
1 sudu kecil lada hitam

garam n gula secukup rasa

Cara2
1. Bersihkan dan potong isi ayam ikut pilihan

2. perapkan isi ayam dengan bahan sos dan lada hitam - rehatkan sebentar

3. tumiskan bahan kisar sehingga harun n pecah minyak.

4. Masukkan isi ayam yang telah diperap bersama bahan sos perapan

5. gaul sebati sehingga bahan sos mula kering, 

6. masukkan bahan rampai (kacang buncis dan bawang besar potong baji)

7. perasakan dengan sedikit garam n gula, seimbangkan rasa

8. terus tumis sehingga bahan rampai lembut dan kuah kering sebati.

9. SIAP... boleh dihidangkan, Selamat Mencuba.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan