Khamis, 20 Julai 2017

TAUHU POKET - MENU PILIHAN POTLUCK HARI RAYA

Tauhu Poket

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku, maaf cam lama tak n3, Alhamdulillah pelajar2 baharu masih lagi mendaftar dari semasa ke semasa jadi kesibukan melanda.. balik umah dah penat tido awal.. so mmg x de lah kesempatan nak n3 ni hihihi, ok lah berbalik kepada n3, ni menu potluck, Family SK (makcik2 belah FIL kat sg. merab) wat majlis jamuan hari raya, konsep menu potluck.. ketika perbincangan time tu berbuka puasa, sama2 menentukan tarikh n menu, so ada pemintaan Along Iza nak Tauhu Poket, yang suatu ketika dahulu pernah ku hidangkan ketika mereka ziarah raya ke rumah kami.. SINI..  jadi tuk majlis ni, kami kena bawa AIR dan TAUHU POKET..
Alhamdulillah sambutan hangat, hihihi.. sebelum ni pernah gak n3 SINI, Jom kita tepek resepi, kita layan resepi bergambar ea.. 

Bahan2 untuk inti (dapat 200biji Tauhu Poket)
10 keping Tauhu
250 grm isi ayam/udang - cincang
2 Labu bwh besar - dadu
3 ulas bwg putih - cincang halus
1 pokok daun suo - mayang
1 pokok daun bawang - mayang
3 biji telur

Tauhu Goreng/ Pok Yan 100 biji potong 2 = 200 biji

1. lecek tauhu/ hancurkan tauhu

2. Campurkan bahan ke dalam Tauhu yang telah di lecek
3. tambahkan 3 biji telur + 1 sudu whitepepper + 1/2 sudu garam dan gula + 3 sudu sos tiram

4.Gaul sebati
so.. siap lah inti Tauhu Poket Kita

5. Isi kan inti Tauhu Poket sehingga penuh dan kemas, jangan risau inti takkan terkeluar
ketika menggoreng kerana kandungan telur dan peranannya.

Tauhu yang siap diisi penuh dengan inti

Goreng sehingga masak, garing dan keemasan..
siap,
  SELAMAT MENCUBA
Mudahkan..

menu kami
Air Jagung, Air Asam Boi Kasturi dan Tauhu Poket,
cuma time ni x buh lagi ais.. belum beli hihihi



1 ulasan: