Jumaat, 4 Disember 2015

KEK BUAH


Kek Buah Simple

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku.. n3 kalini nak share resepi mudah n sedap ni.. Alhamdulillah kalini taburan buah yang canteq n rasa yang moist.. sebelum tu.. 
meh aku share pengalamanku dengan kek buah neh...sebenarnya sebelum ni pernah wat.. lama dah .. time tu single lagi.. buat2.. tapi malangnya buah2an ku mendap.. huhuhuhu.. masa memang masak.. sedap boleh lah.. tapi tang taburan buahnya buat aku sakit hati.. huhuhuhu.. baru2 ni aku ade tgk rancangan masakan afc.. chef Anna Olson yang menjadi idolaku itew hihihi.. resepi semua lebih kurang sama kecuali campuran arak.. aku naik pelik gak masa mula2 tengok.. ammbbooiiii.. banyaknyer penggunaan buah2an kering.. rasanya kalau nisbah adunan kek tu.. buah2an tu 3/4 dari adunan kot.. tapi aku tak kisah.. yang penting aku nak tengok cara2 wat kek tu.. hihihi.. rupanya dia rendam dulu buah2 tu.. hahahahaha... apalah.. mungkin uall semua dah tau.. aku jer.. so.. dengan gigihnya agu try lagi.. resepi simple yang sama cuma tang buah tu.. jom.. layan kek buah ni..

setelah sejuk..
korang tahu.. aku wat kek ni malam.. tapi serem punya pasal.. x mo ku tengok kek tu.. sehingga esok..
sabar tak sabar.. aku sesiap solat sambil wat sarapan.. aku tebalikkan kek ni..

yahoooo... hahahah.. rasa nak melompat..

ku potong2 n hidang.. time bekpes tu tak tahan.. SK puji sodap..
aku sebenarnya bukan penggemar kek buah.. tapi kalau boleh nak lah jadi bila wat tu..
ye tak? hihihi
kepada kengkawanku terutama.. widyana.. selamat mencuba.. meh tepek resepi..


Bahan A
1 cawan Butter - suhu bilik
Bahan B (bahan kering)
2 cawan tepung gandum

Bahan B
2 cawan buah-buahan kering
1 cawan air
1/2 cawan cuka delima (pilihan) boleh ganti jus oren

Bahan C 1 cawan gula perang
3 biji telur
1 1/2 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/2 sk serbuk buah pala
1/2 sk serbuk kayu manis

Cara2
1. Di dalam mangkuk satukan buah2an kering dengan air dan cuka delima.. biarkan kembang – erma rendam semalaman.
2. cairkan butter dan gaul sebati dengan buah-buahan tadi.
3. tambahkan telur, gaul sebati.
4. Di dalam mangkuk lain, ayak semua bahan2 kering,
5. Tambahkan bahan2 kering ke dalam bahan2 basah, gaul sebati dengan cara kaub-balik sahaja
6. sediakan Loyang yang telah di gris dengan sedikit butter, tabur tepung dan ratakan. Buang dan ketuk2           sedikit Loyang untuk mengeluarkan baki tepung yang tidak digunakan.
7. tuangkan adunan ke dalam Loyang, ratakan dan bakar suhu 180 selama 45minit – 1 jam.. mengikut oven masing-masing..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan