Isnin, 6 Januari 2014

SAYUR LABU SIAM GORENG BELACAN Cek Mat Gebu (CMG)

 Sayur Labu Siam Goreng Belacan

Assalamualaikum semua... pernah kenal tak sayur Labu Siam neh? Selalau memang jumpa kat Pasar MAlam atau Pasar Minggu tapi ntah aper nama? Masak Apa? Rasa? Siapa yang Beli? bab tak pernah nampak sesapa yang membelinya... kalau nampak nak juga cuba bertanya... Al-Kisah Officemateku Aina Al-Mardhia bercerita pasal sayur neh dan biasa memakannya... Adiknya pula bekerja sambilan di Cameron Highland... bawa banyak Sayur neh.. Alhamdulillah dia berkongsi n mengagihkan Sayur neh kepadaku... Akupun bersamanya google kat tenet neh bab, Aina Panggil Sayur Jambu... n Alhamdulillah pencarian kami berhasil.. rupanya Labu Siam... ahaks... katanya masak tumis atau sup sedap... aku trylah tumis Udang... n dia bagi 2biji neh, dapatnya banyak n aku bawa ke office untuk sama2 merasa sayurneh...Alhamdulillah sayur neh memang macam sayur Labu Air..Sedap...Tqvm Aina sudi beri kami sayur n sedap.. cuma masa siang dia payah sikit x macam labu air biasa...Jom layan

 Sayur Jambu aka Labu Siam

 Besar gak setiap satu tuh..

 Bila belah dua.. terdapat 1biji... macam biji mangga muda.

 Buang kulit n potong2 tipis

Tara... Siap dimasak n sedap dimakan ngan nasi panas2 nyum2
untuk resepi sedap neh aku rujuk kat Otai kita... Dapo Cik Mat Gebu CMG.. Mohon Halal yer..
jom aku cnp resepi..

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 biji labu siam
15 ekor udang siaz sederhana
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukupnya
Secubit gula dan garam jika perlu
Air secukupnya
1 biji bawang besar saiz sederhana*
2 ulas bawang putih*
1 biji cili merah*
8 biji cili padi (optional)*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)
Hirisan daun bawang sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

- Labu siam dikupas kulit, belah dua, buang biji dan hiris nipis atau potong ikut suka, cuci dan toskan. Udang dikupas kulit, cuci bersih dan tos. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masuk sos tiram dan tumis hingga wangi. Masukkan udang dan labu siam tadi. Gaul rata dan tuang air.

- Bila mendidih, kecik kan api dan masak hingga labu siam empuk dan kuah sedikit pekat. Tambah sos ikan secukup rasa dan secubit gula. Kacau dan rasa jika perlu tambah garam atau sos ikan. Masak sekejap dan boleh angkat. Hidangkan..


2 ulasan:

  1. salam Erma,k.atie pon tak pernah mkn labu siam nih..klu jumpa pon agaknya buat tak tau gak :)

    BalasPadam
  2. lah .. baru tau pernah jugak nampak kat pasar malam atau kat pasaraya.. tq berkongsi..

    BalasPadam