Khamis, 22 Mac 2012

SUP AYAM LENGKUAS

 Sup Ayam Lengkuas

Salam semua.. maaf semalam tak sempat nak n3 n mengunjungi umah kengkawan semua.. sibuk sedikit semalam.. mmmm macam2 perkara yang berlaku kat ofis neh sejak akhir2 ni.. moga segalanyer cepat berlalu dan brakhir.. insyaallah.. ok lah berbalik ngan tajuk n3 kita .. menu lunch.. wat Sup Ayam Lengkuas... kenalah kan.. nampaknyer memang sesiap masak awal pagi sebelum ke pejabat.. so time lunch panas2 kan.. bab waktu rehat 1jam nak masak, makan n solat rasanya x sempat.. berkat doa kengkawan Alhamdulillah bondaku telah beransur pulih.. bengkat ditangan n lengannyer kian surut.. Alhamdulillah.. bondapun telah boleh menguruskan dirinya sendiri Alhamdulillah.. ok jom layan sup ayam yang simple n sedap neh he he he lagi2 kena ngan sambal kicap.. tapi kalini tak snap gambo sambal tu bab dah biasa he he he kalau ader sesapa nak try blh tengok SINI pernag dah wat sebelum ni..

Sup Ayam Lengkuas buh kentang, carrot n tomato..
tabur ngan daun sup, daun bawang n bawng goreng.. nyum3

Selasa, 20 Mac 2012

MEE BANDUNG II

Mee Bandung..

 nyum3

Salam semua.. ni menu malam tadi kebetulan anak saudaraku Yusri Rosdi aka didi dan member Lan.. nak datang umah ziarah bonda.. mereka ni rapat ngan bonda bab tahun lepas practikal kat Maktab Perguruan Batu Pahat n tinggal ngan bondaku selama 3-4 bulan ntah akupun tak pasti.. so Lan dah macam anak saudara n adik sendiri.. dia pun orang johor kat Kulai.. family diapun pernah datang umah aku.. dapat call kul 7 dia orang nak gerak datang umah..  aku lak semalam balik lewat so aku taram lebur2 jek aper yang ader kat peti ajaibku itew.. jom layan Mee Bandung ku.. kalau ader sesapa nak try blh tengok kat SINI  pernah wat n n3 sebelum ni.. mudahpun muda.. kompom sedap ha ha ha bertambah2 mereka makan he he he jom layan menu dinner yang mudah n sedap he he he

Mee Bandung..

Isnin, 19 Mac 2012

BUBUR CANDIL aka BUBUR TEPUNG PULUT

 Bubur Candil aka bubur Tepung Pulut

Salam semua.. kembali bersiaran..Alahmdulillah aku n SK sesihat jek.. cuma ader sedikit masalah.. bondaku tak sihat.. bonda ku terjatuh ketika 'rewang' menolong kenduri kahwin didewan orang ramai kampugku.. ketika itu aku berada di kampung dan bersiap untuk pulang ke bangi.. dengan musibah itu aku n SK bercuti kecemasan isnin - rabu.. time tu kami uruskan bondaku.. dengan hantar untuk berurut dan ke hospital untuk rawatan dan x-ray...tangan kanan bondaku terseliuh dan membengkak.... pada lewat petang rabu ketika bondaku telah boleh bangun dan berjalan dengan ok.. aku bawa bondaku bersama.. Alhamdulillah bondaku tinggal bersama kami.. disini hatiku lebih senang bab sebelumni bondaku tinggal berseorangan.. so kalau kat sini legalah depan mata ye tak... mohon doakan bondaku cepat sembuh...
      oklah berbalik kepada n3.. ni wat malam tadi.. wat saja2 kebetulan memberku Hana nak datang ziarah bonda alhamdulillah dapatlah merasa.. jom layan bubur candil aka bubur tepung pulut.. kalini aku wat kalerful he he he jom..

 Siap terhidang

Tepung pulut yang telah dimasak dengan pelbagai warna..
he he he wat comel2 SK bantu gak wat he he he

  setelah dimasak ngan sagu..

 Jom kengkawan.. sedap ni he he he
jom tepek resepi atau 


BUBUR CANDIL
bahan-bahannya
  • 2 cawan tepung pulut
  • sedikit garam
  • air untuk menguli tepung dan merebus adunan tepung
  • santan dari sebiji kelapa
  • sedikit sagu biji
  • 1 senduk gula merah
  • 1/2 senduk gula(boleh kurangkan)
  • garam dan daun pandan 

 Cara-caranya
    1. uli tepung dengan sedikit garam dan air sehingga boleh digentel bulat.Boleh letak pewarna jika suka.
    2. kemudian rebus hingga tepung timbul dipermukaan air.angkat dan toskan
    3. sagu biji dibersihkan dan toskan.masukkan kedalam periuk bersama dengan gula dan daun pandan.
    4. tuangkan sedikit air,renihkan.masukkah santan dan garam sambil dikacau.akhir sekali masukkan tepung pulut yang sudah direbus tadi.
    5. perasakan manis nye.bila dah mendidih bolehlah diangkat

Jumaat, 9 Mac 2012

CUCUR JEJARI KETAM BERSAYUR

 Cucur Jejari Ketam Bersayur

Salam semua.. he he he menu kudap2 mlm tadi.. nak kata aperkan.. menu yang senang2 ajelah.. kalini kita lebur2 .. asalnyer SK minta nak Cekodok ikan bilis.. tekak ni pulak cam tak mo jek.. so gi selongkar peti ajaib tu n than.. ha ha ha moh kita lebur2 ku leburkan (cincang isi udang) + (jejari ketam) + (bawang) + (daun sup & daun bawang).. aha... memang wangi n sedap... nyum2 jom layan menu kudap2 yang sodap n senang nak membuatnyer

nyum3 boleh mkn ngan sos pilihan
jom kita syer resepi mudah..sebenarnyer untuk wat cucur aka cekodokni mudah tetapi jika betul teknik membancuh, adunan akan lebih cantik dan menghasilkan cucur yang lebih sedap ceewwaahh.. he he he

Bahan

21/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung (memberi kerangupan)
1cawan bawang (dipotong dadu) - 2 labu bawang besar
1cawan daun sup + daun bawang (dicincang)
1cawan jejari ketam potong serong2
1cawan isi udang
2 cawan air
garam secukup rasa

Cara
* Sediakan bekas letakkan tepung gandum dan tepung jagung
* gaulkan bawang yang dipotong dadu (gaul sebati)
* + garam
* + air dan gaul sebati (adunan biasa)
* + bahan rampai (Isi Udang, jejari ketam dan daun bawang& daun sup)
* gaul sebati dan adunan sedia untuk digoreng..
*ketika menggoreng pastikan minyak lebih, agar gorengan cantik..

SIAP SELAMAT MENCUBA..


Khamis, 8 Mac 2012

UDANG BLACK PEPPER MADU

 Udang Black Pepper Madu

Salam semua.. cuaca yang sangat sejuk.. malam tadi ke pagi.. hu hu hu hu hujan... pagi nak bangun Subhanallah sejuk mejuk tu... he he he ok lah nak tepek menu dinner.. mmm nyum3 sedap medap yer.. buat nyer pun sesangat lah mudah n cepat rasanyer pun sedap gandingan ngan nasi panas n telur dadar... simple kan? ye lah akhir2 ni sering balik lewat masak pun yang ringkas2 ajer.. Jom layan menu mudah ni..

Udang Black Pepper Madu
Jom layan resepi ..

Bahan
150grm Udang 
 
Bahan Perap
 
*3 ulas bawang putih - ketuk n cincang halus
*1 inci halia - ketuk n cincang halus   
*3 sudu besar kicap pekat
*3 sudu madu
*2 sudu besar sos tiram
*2 sudu besar sos cili
*1 sudu besar sos tomato
*2 sudu besar serbuk lada hitam (kasar)
## Perap Udang bersama bahan perapan, gaul sebati dan perap 15- 30minit
 
Bahan Rampai
Kacang pis - secukupnyer
Lobak - secukupnya
1 labu bawang besar - potong berbaji
garam dan gula secukup rasa
untuk memekatkan kuah -1 sudu besar tepung jagung - di bancuh dngn 1/2 cwn air

Cara 2
* Panaskan minyak (secukupnya) dan gorengkan/ tumis udang yang telah diperap
* setelah itu + bahan rampai dan gaul rata..
* untuk memekatkan  + bancuhan tepung jagung dan gaul sebati.
* tambah air jika nak lebih kuah..
* Perasakan dengan garam n gula... SIAP..
 
SELAMAT MENCUBA


Rabu, 7 Mac 2012

KUIH BAKAR PANDAN aka BINGKA PANDAN


 Kuih Bakar Pandan aka Bingka Pandan

Salam semua.. salam bersiaran kembali setelah beberapa hari tak kemas umah n berehat.. jadual hujung minggu yang agak penuh n tetiba aku tak sihat.. Alhamdulillah telah beransur pulih n ok... katanyer aku angin n demam urat.. ntah lah.. yang penting aku dah ok.. kalau tidak nak garakpun serba tak kena dibuatnyer ngan muntah2.. bebetul pusing kepala ni.. 
ok lah berbalik kepada n3 harini.. he he he godak malam tadi.. SK lama cam tak makan kuih ni.. dia ader sebut.. tapi time tu aku terlepek jek.. hu hu hu bila berdaya malam tadi bahan pun ader akupun melebur.. sebenarnyer watnyer tak susah.. lebur2 taram dalam oven tapi tang bijan tu kekadang kehabisan stok..tu yang maleh tu he he he.. oklah wat malam tadi merangkap bekpeb pagi ni he he he he tapau jek gi kejer.. ye tak? he he he jom layan kuih bakar yang sedap dan mudah disediakan...

mmm sedia dimakan.. sedap..

 sebelum kebakaran
watpun satu adunan.. selalunyer memang wat satu adunan
kalau takat makan berdua memang tak habis so mkn ngan kengkawan kat ofis

Siap Di Bakar..
Sajek wat garing2 tang kerak yang menjadi rebutan ngan bau wangi pandan


 Jom makan.. sedap ni..
u/p Kak Zetty selamat menjamu selera he he he

Bahan2

1 cwn tepung*
1 cwn gula*-boleh kurangkan
1 cwn air pandan*
1 cwn susu sejat/cair*- saya guna susu segar
1 biji telur*
sedikit pewarna hijau jika perlu
2 sudu besar butter*
Sedikit Bijan untuk hiasan

Cara2

1. Blender semua bahan*
2. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
3. Taburkan bijan
4. Bakar 180C selama 45 minit.. guna api bawah
5. + 15 minit bakar guna api atas (untuk elak bijan hangus)
6. + 15 minit guna api atas bawah or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
5. Sejukkan.. baru di potong..
 *Kalau nak potongan cantik kena tunggu kuih sejuk dulu, 

Senangkan, Selamat Mencuba




Jumaat, 2 Mac 2012

AYAM HOKKIEN VS ASPARAGUS

 Ayam Hokkien vs Asparagus

Salam Jumaat semua... sekejap jek masa berlalukan? dah hujung minggu dah.. ni dah masuk Mac dah... ok lah ni nak tepek menu simple tuk lunch.. ni kira menu ulanganlah yer.. aritu time shopping teringgin bebeno nak makan asparagus ni cam lama dah tak masak n makan asparagus..mmmm ye ker? ntah lupa dah.. he eh he kalau ader sesapa yang nak try masakan ni blh tengok SINI atau SINI atau SINUN he he he nampak sangatlah selalu gak masak lauk ni.. selain mudah disedaiakan sedap.. he eh eh jom layan menu simple n mudah ni..

 Ayam Hokkien vs Asparagus
gandingan yang ku gemari.. he he he
atas permintaan kengkawan meh erma tepek resepi.. mudah ni..

Bahan Utama
350grm Ayam - Potong kecil/ ikut suker
Cendawan Kering aka cendawan Jepun - rendam ngan air panas, Tos , Potong 2
Bahan Tumis
3 ulas bawang Putih - Ketuk n Cincang
1 inci Halia - Mayang
7 tangkai Cili Kering - Potong, cuci n tos.
3 sudu Sos Tiram
3 sudu Kicap Cair
3 sudu Kicap Pekat
sedikit air
1 sudu tepung jagung - bancuh ngan 3sudu air (utk pekatkan kuah)
garam n gula secukup rasa
Cara2
* Tumiskan bawang putih, halia sehingga wangi..
* + ayam + cili kering.. gaul sebati... balik2kan hingga ayam masak
* + sos tiram, kicap cair n kicap pekat
* + air ikut suka nak kuah byk mana... perasakan ngan garam n gula
* + air tepung jagung untuk memekatkan...
siap n boleh dihidangkan... mudahkan? nak best... + sayur Asparagus celur masa menghidang.. .. hidangan yang sempurna.. lauk + sayur... he he he


Khamis, 1 Mac 2012

LAMB CHOP BLACKPEPPER HOMEMADE

Set Lamb Chop

Salam semua... n3 kalini hu hu hu maaf bebanyak bab kualiti gambo memang menyedihkan.. ppssttt sebenarnyer ambil gambar pakai h.p bab kamera kong hu hu hu padan muka kan? cam tak clear gambar.. nak editpun x ok.. kesian tak.. aperpun menu senangni memang best.. SK suker..pppsssttt ni pun menu khas tuk SK bab aku lum reti makan daging kambing lagi he he he menuni sebenarnyer  festime buat seumur hidupku ha ha ha caya tak? SK teringin nak mkn Lamp.. nak mkn kat kedai tak tau mana kedai yang sedap so masa shopping barang dapo SK belilah Kepingan Lamb.. dah siap dipotong ader 2 potong jek.. bab dia sorang jek nak makan so akupun perap lah dlm 1 jam camtu sambil aku sediakan bhn2 nak mkn dengan Lamb ni.. pas tu taram jek kat oven siap!!! senangkan? so menuni khas aku sediakan tuk SK.. katanyer cukup sedap n best he he he jom layan menu Dinner..

Set Lamb Chop
Salad Kentang dan coleslaw
Jom tepek resepi tuk syer..

Bahan
2 keping daging lamb

Bahan tuk  Marinate
5 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam (kisar kasar)
1 sudu makan daun rosemary kering
2 sudu besar sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 sudu besar madu
1 sudu kecil garam
2 sudu besar jus limau
2 – 3 sudu besar minyak zaitun

Cara penyediaan
1. Goreng bawang putih  dengan minyak zaitun hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Gaul dan campur lada hitam, daun rosemary kering, madu, sos tiram jus limau, kicap . Kemudian masukkan bawang putih yang telah digoreng, minyak  zaitun ( bekas gorengan bawang putih tadi ), gaul sebati.
3. Gaul sebati rempah tadi dengan daging lamb.
4. Perap semalaman dalam peti sejuk dalam 45mnt - 1jam
5. Bila masa untuk memanggang bolehlah di bakar n taram dalam oven.. Jangan lupa untuk menyapu butter untuk mengelakkan daging terlalu kering..
Siap n boleh dihidangkan dengan Salad kentang n coleslaw..